CETUSAN MINDA

..Mudahnya Berkata-kata..

Dalam seharian ,
 pasti kita akan berbual dengan orang di sekeliling kita
Yang lebih hampir..dengan teman2.
Skop perbualan  terkadang berkisar tentang keluarga.. masakan,..percutian..
masalah kesihatan..petua dll.....
& akan menjadi lebih hangat lagi 
 bila  ia meleret kepada gossip menggosip!
Itulah ia..seolah satu fenomena biasa yangberlaku!
Aduhaiii...

Untuk n3 kali ini..bukan nak bincang pasal siapa diumpat siapa yg mengumpat
Sebab memandangkan ia berlaku di hadapan empunya diri
maka ia tidaklah pula dikategorikan sebagai Mengumpat!!!!
Ia  tentang ragam manusia yang mungkin terlalu telus..
atau dengan kata lain
terlalu ingin mengambil tahu....!!!!
atau
lebih senang juga diklasifikasikan sebagai 'busy body!!" erkkk!

Kiranya bila nak tanya tu..langsung tidak berfikir apa2 ..
langsung tiada rasa janggal bila mengaju soalan pada temannya.....uhhhh!!!
Langsung tidak berfikir perasaan org berkenaan ..hinggakan terkedu dibuatnya...

++++++ 
tercengang!!!!!!!
:
Kenapa ???
Sebab soalan yang diaju  membuat perasaan orang lain tidak selesa utk menjawabnya!!
Ibaratkan kata orang.."cakap ikut sedap mulut jee..main redah jee..!"
Terkadang diri terfikir...
ada jugak yaa spesies macam nii...
betapa mudahnya untuk mengeluarkan kata2..


Jangan ingat semua boleh diajukan soalannya..
Sekurang2nya perlu ada rasa hormat terhadap perasaan org lain...
Menghormati & akur  hak peribadi seseorang
Jangan disebabkan keinginan yang membuak2 utk mengetahui
tanpa memikirkan orang lain...
lantas melangkaui perasaan teman ..
Itulah bahananya mulut

Mudah untuk berkata-kata
Namun terkadang tidak semudah  diterima oleh oranglain...
Umpama duri yang menusuk hati
Tanpa kita sedari..rupanya ada perasaan yang tersentap...
Dengan itu..
Dalam mengatur bicara..biarlah didahului dengan akal dan hati
Sebagaimana Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan:

“Lidah orang yang berakal terletak dibelakang hatinya, 
hati orang yang sebaliknya terletak di belakang lidahnya”
Justeru itu...
dari berbicara yang tidak menentu, maka lebih baik baginya bersikap diam sahaja 
maka  dengan demikian, 
harga diamnya itu
laksana emas.....!

Fikir-Fikirkanlah...








10 comments:

Abd Razak said...

Salam..:):)

Apa kabar kitak tek? Moga sihat hendaknya.

Kadangkali kebanyakan orang berfikir diri mereka mengambil berat tentang teman-teman tapi tanpa disedari bahawa ada perkara yang tak perlu diketahui.

Ini berbalik semula kepada iman seseorang itu...

:)

Kunang-Kunang said...

Salam Sis Tinie,

Memang ada spesis manusia yang macam tu. Orang kata bercakap mulut tak insuran.

Selalunya orang macam ni bila dia ada dalam situasi sedemikian, dia mudah melenting.

penjejak maya said...

salam..

sebaiknya kurangkan bercakap kerana lagi banyak kita bercakap lagi banyak buat kesilapan.

kak Erna said...

tini..sebab tulah..ada pepatah..lidah tidak bertulang..
main cakap aje..tanpa menggunakan fikiran..

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak..:)

Semmgnya kita diuji dgn pelbagai ragam kerenah manusia di sekeliling..& kita jua mempunyai kewarasan utk menilai & mengatasi segalanya ini...:):)

Pn Kartini said...

To my lovely Kak Ani:):)

Begitulah ..kiranya berkata2 tanpa memikirkan baik buruknya...& mungkin tdk menyedari..dalam diam..ada hati yg terasa....terguris..

:)

Pn Kartini said...

To Mr Penjejak Maya..:)

Diam itu indah....
Bila banyak cakapnya..semmgnya byklah kesilapannya...samaada disedari atau sebaliknya..:)

Pn Kartini said...

To my lovely Sis Erna:):)

Betul tu sis...:)
dan kerna lidah jua..boleh tercetus musibahnya...aduhaii..:)

hazeleyed lady said...

to dear sis Tinie
Diam bukan bererti lemah...
Diam bukan bererti kalah...
Ada kalanya lebih baik diam daripada bersuara hanya untuk melukakan...

Semuga kita di pelihariNya dari bersuara yang tak sepatutnya.

Pn Kartini said...

To my lovely sis hazeleyed..:):)

Betul tu sis...:)
....agaknya ada kebaikan jua tinie duk lam makmal..(dah tk dek meja di bilik guru..sbb guru dah ramai..)kiranya < lah sedikit bicaranya..:):):)
InsyaAllah....semoga terpelihara olehNya..:):)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran