CETUSAN MINDA

...Genap Setahun....!!!

:
:
:
V

Hari ini genap satu tahun berblog..!
Memang tak pernah terfikir  memiliki blog sendiri..:)
Kalau dulu.. terkadang tersesat masuk ke blog2 orglain..
Dalam masa itu..begitu kagum melihat blog mereka..
dan hati mula terdetik untuk mempunyai blog...tapi
disebabkan tiada kepakaran ..tiada kemahiran untuk memulakannya....
maka dipendamkan sahaja..

Namun..
Teringat lagi..
31 hb Mei 2009
...bermula dengan perasaan agak kecewa & terkilan yang membuak2
dgn kerenah pelajar yang acuh tak acuh dengan pelajaran mereka ..
&
Perasaaan yg terbuku di hati  ingin sahaja diluahkan
dannnnnnnnnnn.....
di situlah bermula segalanya!!!
Entah macam mana...
dengan kaedah trial & error..
Tup2!!!
Owhhh!!!!Menjadi lakkk Blogggg...!!erkk..
Maka..lahirlah
BLOG CETUSAN MINDA

Mengapa namanya sebegitu???

Kerana...ia bermula dari apa yg tercetus di minda..
Sepertimana yg telah diperkatakan sebelum ini pun..
N3 yang ditaipkan berdasarkan apa yang terlintas di fikiran...
dan terkadang juga mengikut apa yg dirasai pada tika itu..
Kalau n3nya sentimental yang  bagaikan rentak balada jekk..
Makna adalah yang menyentuh di hati
Bila n3 nya berbaurkan humournya...rancaknya...cerianya..
Semmgnya itulah yg dirasa..:)
Namun andai ia berbentuk ilmiah maupun motivasi
Kiranya ingin sama2 berkongsi manfaatnya...:)
Itulah dia blog Pn Kartini..:)
yang tidak seberapa...
Selain utk mengabadi sesuatu yang indah 
sebagai kenangan di ruang blog sendiri..:)

 Imbasan  :


*   n3 terawal -sentimental beb!!!

*  Satu di antara n3 yang terkesan di hati ..


*  Hingga kini seramai 136 followers dengan 455 posts


*  Wajah Cetusan Minda dahulu..:
...dulu...backgroundnya hitam...:)


&
Antara gambar yang telah dipaparkan :
( ...termasuk gambar di permulaan & di bawah n3 ini)






Sempena Ulangtahun pertama berblog...:):)
Ucapan  terima kasih kepada semua 136 followers
Jutaan terimakasih jua pada semua teman yang sentiasa setia menziarah ke sini
&
Sudi meninggalkan kata2 di ruangan komen....
Semmgnya kehadiran kalian memberi semangat utk diri ini utk terus berada di sini..
Terima kasih kepada teman2 yang mungkin membacanya di dalam diam..
Kiranya pembaca 'di sebalik tabir' ekk..:):)
Tq utk my sisters...brothers...
Yang mungkin sesekali tersesat ke sini..
:P:P:P:P:P:P
&ribuan tksh utk mana2 yang sudi ziarah ke sini walaupun sekejap...






Semoga Blog Cetusan Minda...
sentiasa di hati anda!!
:)

UBAN

 
 
Uban Mengikut Fakta  Sains  :
 
Rambut yang tumbuh itu terhasil  melalui dua bahagian, iaitu batang rambut dan akar rambut. Batang atau urat rambut jelas dilihat di kepala, yang memaparkan struktur dan warna rambut. Manakala akar rambut tidak kelihatan kerana terletak di dalam kulit kepala. Akar setiap rambut dikelilingi tiub tisu di bawah kulit yang dikenal sebagai folikel rambut. Setiap folikel rambut mengandungi beberapa bilangan sel pigmen yang menghasilkan bahan kimia melanin. Bahan kimia inilah yang menentukan warna rambut sama ada coklat, perang, merah dan sebagainya. Setiap jenis melanin menghasilkan warna yang berbeza. Eumalinin menjadikan rambut berwarna coklat atau hitam. Pheomelanin pula menyebabkan rambut berwarna kekuningan atau merah.
 
Eumalinin dan pheomelanin dihasilkan oleh sel yang dinamakan melanosit yang terletak di dalam akar  rambut, di sepanjang lapisan kulit luar atau epidermis. Melanosit menghubungkan pigmen ini dengan sel-sel epidermal, iaitu keratinosit, yang menghasilkan protein keratin, yang merupakan komponen utama penghasilan rambut.
 
 
Sebenarnya, melanin adalah sebab terbentuknya variasi warna pada rambut. Melanin di akar rambut sama fungsinya dengan melanin di kulit, iaitu menjadikan warna kulit cerah ataupun gelap. Cuma melanin tidak dikawal oleh sumber khas seperti kelenjar. Melanin pada rambut dihasilkan khusus untuk rambut. Disebabkan itu kita melihat sekiranya rambut bertukar menjadi putih, bulu-bulu badan lain masih kekal berwarna hitam. Rambut hitam atau putih adalah bergantung pada jumlah melanin yang terkandung pada setiap akar rambut.
 
 
 
Semakin usia meningkat, sel-sel pigmen di dalam folikel rambut ini beransur­ ansur hilang. Apabila sel pigmen semakin sedikit, melanin tidak dapat menampung "keperluan" warna bagi setiap urat rambut. Maka terhasillah warna-warna yang cerah; sama ada kelabu, perang, atau perak. Fasa terakhir, semua rambut bertukar menjadi putih selepas pigmen tidak lagi menghasilkan melanin. 
 
 
Uban Dalam  Islam  :
 
Uban adalah Cahaya Bagi Seorang Mukmin.
 
Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah -yang lebih dikenal dengan Ibnu Hibban- dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan :
 
“Hadith yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.” Lalu Ibnu Hibban membawakan hadits berikut.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 
 
“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu derajat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)
 

Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari abangnya berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, 
“Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (HR. Abu Daud dan An Nasa’i)

Walau apa pun jua, seorang muslim yang ingin selalu mengikuti petunjuk Nabinya shallallahu ‘alaihi wa sallam dan agar tidak kehilangan cahaya di hari kiamat kelak, maka seharusnya seorang muslim membiarkan ubannya (tidak perlu dicabut). Dengan inilah dia akan mendapat tiga keutamaan:
[1] Allah akan mencatatnya kebaikan,
[2] dan menghapuskan kesalahan serta
[3] akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia    
      jaga di dunia. 
 

..Jalan Kaki...!!

Tahukah anda? Dengan hanya berjalan kaki..mampu menurunkan berat badan jika diamalkan secara konsisten,malah yang utama boleh mencegah pelbagai penyakit kardiovaskular yang lain.


Kelebihan berjalan kaki  :
1.  Membantu menurunkan berat badan seterusnya menambah
      kecergasan. Dengan hanya berjalan 30-60min,kita dpt menambah 
      kadar otot  & seterusnya meningkatkan kadar metabolisme.
     
  
Ada sesetengah org tetap kurus walaupun makan dlm kuantiti yg banyak.Ini bermakna bdn mereka terdiri byk otot & ada pula individu yang hanya makan sedikit ttp badan mereka cepat naik!!  Itu kerana bdn mereka terdiri byk lemak kerana mereka tidak aktif.!

 2.  Berjalan kaki boleh mengelakkan pelbagai penyakit kardiovaskular  
       seperti sakit  jantung,darah  tinggi serta mampu mencegah 
       osteoporosis .   
    
  3.  Berjalan kaki membakar lemak lebih kurang sama dengan 
       berjogging, tetapi berjalan kaki  memberi impak yang kurang 
       kepada sendi. Jadi ia amat sesuai utk individu yang alami 
       masalah  lebihan berat badan dan juga warga emas.

  4.  Pengamal senaman berjalan kaki secara rutin,kadar metabolisme 
       akan aktif & membantu  untuk proses pembakaran lemak sehingga 
      12 jam selepas berjalan kaki  walau hanya berjalan dengan  jarak 
       sejauh 2km!! :)
    
 5.  Berjalan kaki mampu mengurangkan nafsu makan kepada mereka 
      yang sentiasa mempunyai  selera makan yang tinggi!
    
6.  Ia boleh dijadikan sebagai terapi utk sesiapa sahaja yg inginkan 
     hidup sihat.Ini terbukti apabila pesakit yg mengalami strok 
     mengamalkan berjalan kaki  sejauh 1.5km waktu pagi dan 1.5km
     waktu petang selama 2 tahun yang mana di akhirnya pesakit
     berkenaan pulih dari penyakit strok berkenaan.



TIP  PENTING  :


*  Lakukan pemanasan dan senaman regangan sebelum dan
selepas berjalan kaki.

*  Bagi yg ingin memulakan aktiviti berjalan kaki,anda dinasihatkan
memulakan dengan menambah jarak sebelum menambah kelajuan 
berjalan kaki

* Lakukan talk test! Pastikan anda blh bercakap dgn normal tanpa rasa tercungap-cungap semasa berjalan.Jika tdk mampu bercakap bermakna anda berjln terlampau laju.Maka perlahankan sedikit langkah anda krn bg yg tdk biasa mungkin berisiko utk mendpt serangan
jantung atau mungkin pengsan.

*  Minum air secukupnya bg mengelakkan dehidrasi.





* Sumber : Bahan bacaan iSihatJune/2010

..Siapa Qarin Dalam Diri Kita..


Teringat nasihat teman
Dalam pada kita membaca Al-Quran adalah lebih baik juga utk kita
Memahami isi kandungannya...
Kerana di situ segala ilmu ada yang bisa membimbing kita 
agar tidak tersasar jauh...
Kebetulan pula semasa di Bilik Guru..
Ternampak terjemahan Al-Quran di atas meja ustazah
Tertarik juga bila melihat penyampaiannya..yang bukan sahaja ada terjemahan
malah huraian dalam susunan ayat yang mudah difahami di samping
setiap baris ada warna2 berlainan mewakili tajwidnya...
dan rasanya keseluruhannya memang menarik..
& rakan memberitahu...
Harganya RM 300


Bila mendengarnya terdetik di hati..'owh!'...
Namun..
Selepas itu diri mula memikir..
Shopping baju ke..handphone ke...handbag ke..kasut ke..pinggan mangkuk ke..atau apa2 ke
beratus2 harganya  tidak berkira pula bila membelinya..
Walhal semua tu hanya bersifat sementara..

Terasa diri begitu teruk &..daifnya diri...
Kerana ada juga sifat berkira-kira untuk sesuatu yang sememangnya menjamin
kesejahteraan yang berkekalan..iaitu mendalami ilmuNya..
Teringat kata teman..
Di dalam diri kita adanya QARIN..., jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia & boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Tugasnya mendorong dampingannya membuat kejahatan & membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya.Kiranya segala apa yang tidak baik untuk kita.Namun,untuk mengimbangi usaha qarin ini, Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Namun andai kita masih ada imannya dan sentiasa tahu pahala-dosanya..InsyaAllah kita sentiasa di landasanNya...

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: 

Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, 
bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. 
Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, 
"Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: 
"Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. 
Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.


Semoga kita masih diberikan pertimbangan yang waras dalam 
mempertahankan diri dari hasutan qarin....
InsyaAllah..




**  Pada kalian yang berminat untuk memiliki terjemahan Al-Quran
dan ingin melihat penyampaiannya,bolehlah ke laman web :


...Tiada Kata-kata......

Kenapa & Mengapa????

:
:
:
:
V

Jadi...
tiada kata-kata ........



..........................Zzzzzzzzzz

** Majlis Anugerah & Mesyuarat PIBG berakhir hampir 6.30pm..
diiringi dengan hujan nan lebat... 

Untuk komen teman-2
bagi n3 sebelum ini..Thanks..!!
InsyaAllah akan dijawabnya nanti..:):)
Maaf yaa..Penat skit..aduhaii..



..Panas Di Dunia..



Pagi tadi bercakap dengan teman
Dua tiga menjak ni asyik merasa panas..
Berpeluh dibuatnya...
Nak kata metabolisme tinggi...takkanlah kut..
(..walaupun semmgnya memang  mengharap ia sebegitu..aduhaii...
kiranya cepatlah jugak pembakaran kalori dalam badan ni...!!!)
Terfikir juga ...
panas di dunia dah kita mengeluh..
& bagi yang tak tahan mungkin terus order aircondnya...
& bagi yang dah ada..nyaman jekk bila 'meng-aircondkan' diri...
tak ke gitu..:):)

Untuk n3 kali ini..
terlanjur berbicara tentang panasnya cuaca di dunia..
(mungkin jua tahap global warming meningkat lantaran pencemaran udaranya!!)
Maka terpanggil utk kita renungkan diri kita
betapa panasnya 'di sana'
Yang sememangnya tidak tercapai di akal fikiran kita tentang
BAHANG  API  NERAKA 
Menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini.... Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan
untuk meminta api tersebut 
daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


Jibril      : Wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka
untuk  dihantar  ke dunia bagi kegunaan Adam as.

Zabaniah: Sebanyak mana sedikit itu ?


Jibril: Sebesar kurma...


Zabaniah: Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah 
tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.


Jibril: Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...


Zabaniah: Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia ,
                     nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun mengadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. 

Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja 
dari api neraka untuk dibawa ke dunia. 
Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 
70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai = 70 x 70

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan 

di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakkan
tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat Jibril mengambil semula
api tersebut dan dihantar semula
ke neraka.

Kiranya hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini ....
Tapi itulah kita..hanya sebesar zarah sahaja sudah tidak dapat bertahan akan kepanasannya,
bagaimanalah yaa dengan api di neraka itu sendiri....
Allahu A'lam







...Terima kasih....



Terimakasih..
Kerana sentiasa ada..
Menjiwai diri
bersama memberi nafas di ruangan ini
Menjadikan ia lebih bermakna
&
memberikan
Satu INSPIRASI
Untuk terus berada di sini.....





***
Untuk TK..
Terimakasih kerana sentiasa mengingati diri ini..:)
&
Thanks utk award yang cantik ..SUKA!!..
:)


Meriahnya...!!!:)

Sepertimana Yang diperkatakan..
Sesekali bakat ditonjol oleh 'chef-chef' di bilik guru..
Maunya penuh meja dgn hidangannya...
Meriah betulll...
Jadi..
Untuk santapan mata jeklah yaaa...
(mana2 lauk yang memikat selera teman...tertarik menariknya hidangan..
bolehlah kiranya orang sini jadi org tengahnya..untuk merisik resepinya dari
'chef-chef' yang berkenaan yaaa....)
:)
Nampak acar buah tu..ehem!Org sini bawa yaa..:)
Acar buah 'tunjuk2' gitu..:P
 Sayur cendawan ni..best!suka..:)
Sayur pedas keladi...suka gak!!aduhaii!
Kerabu sotong...dari 'musuh ketat'...hehehehe
("pstt!! K jue...., nanti2 print resepi tuu  elok2 ekk..!"
Dessertnya pun meriah maa...aduhaii:)
:
:
Sememangnya menggoda kalbu...
:
V
.....yang menjadi santapan orang sini....!!!..ops!Siap air kopi!!
Santapan yang dikatakan seimbanglah kut...:):):)
Cukup 7 kelas makanan mengikut nisbah yang betul...hehehhe..
Pe2........
Sekali-sekala kan kan....!!!


Sekian...
Yang benar..:)

** Meriahnya kita dengan makanannya...
hampir terlupa dengan insan2 yang makan sesuap nasi..
kais pagi makan pagi....betapa susah & peritnya mereka....
:
Dalam apa jua...Syukur....dengan rezeki yang diberikan olehNya kepada kita...

..Tunjuk Skill :)...



Esok ada lak potlucknya..
Maka cam biasalah guru2 akan tjk bakat terpendam masing2..aduhaiii
Jadi bagi org sini yang rasanya tak deklahh apa2 bakat yg nak dipendamkan
Jadi apa yg dibuatnya..yang dibawanya..
mengikut apa yg tergerak di hati..
Cam blog ni jugak...
Apa2 yang dijadikan n3nya...dari apa yg tercetus dimindanya..
ermmmm....
:)

Maka...
Cam biasa...
Untuk masakan lauk pauk nyaa....biarlah beri laluan pada cikgu2 lain yang pakar!!...
Ayam masak merah ke...dalca ke....rendang ke..saladnya ke..kerabunya ke..
ermmmmmmmmm yummyyyy!!
:):):)
Kiranya nanti adalah sessi bertukar2 resepi yaaa..:):):)
Maka untuk org sini
Yang main campak2...kacau2...tuang2...erk!
Maka menjadilah ia...
PUDING MARBLE ANGGUN VAN HOUNTEN..
.....('anggun' tu tambahan sendiri bahh..heheheh)
REsepi????
Alahai.....
info di hujung jari..selain di tokok tambah dari resepi my sis
( Tq sis....!!..)
Click jekkk My Resepi.com....
Maka dapatlah resepinya...
& hasilnya...
:
:
:
Tarrraaaa....
V
V
Puding 'ekspress' utk guru2...Tema corak- ala2 batik!! :p
V
V
V
.
Sekian...


...Hati Nan Lara..

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati :


1. Pemarah 
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. 
(sapa nak dekat kalau asyik nak marah aje ...bawak2lah senyum.. 
tentu org tak takut nak dekat)

2. Pendendam 
Ia tersembunyi  ibaratkan mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. ( dendam kesumat...aduhaiii..)


3. Hasad dengki 
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. 
(tak elok dengki mendengki)

 
4. Bakhil 
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. 
(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
:
:
Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
 

5. Tamak 
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yg diminum tetap tak habis juga. ( lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah, dlm semak ada duri, ayam kuning buat sarang, org tamak selalu rugi, cam anjing ngan bayang-bayang)

Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

 
6. Tidak sabar 
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. contohnya banyak kerja.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja....:p)
 
7. Ego 
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. 
Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

 
8. Riak
 Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn apa yg kita ada(harta, ilmu amal dll)

 
9. Cinta dunia 
Tidak dapat.... menderita, bila dapat pun masih juga menderita.... kerana bila sudah dapat harta kekayaan,susah pula menjaganya. 
Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu dan bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah
:
:
Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
 
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,
kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya 
bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
 ** Kiriman email teman...Tq:)

Untuk peringatan diri ini jua...

..Selagi Bumi Dipijak...



Selagi Bumi Dipijak...Selagi Langit Dijunjung
Selagi Itu Usaha Takkan Pernah Terhenti
Mencari Ilmu Yang Tiada Tandingan Nilainya
 Bersama Harapan Nan Ikhlas
Berkongsinya Di Sini
Agar Keberkatan Manfaat Bersama Jua...








..TAG!!!..:):):)....

Janji tetap janji...
Rasanya dah lama di tag oleh my dear TK
sekurang2nya..janji telah ditepati yaa
Maka
Inilah hasilnya..aduhaii.. :)

Adakah anda mempunyai lesen memandu?
...mestilah kan..beli2 lesen tk baik kann kan..:p

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
...actually atas nasihat ibu mertuaku...suruh belajar kete..nanti senang katanya....
tp baru tergerak hati tu tahun 2001..:)

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
Mula2 dapat tu..semangat jugak bawak kereta hb..siap ikut highway lagi masa tu...!!
Tapi lepas tu...bila dah asyik tumpang kawan..confident tak dek!..aduhaii..
bila transfer 2001..terpaksa bawa sendiri kete ..kiranya baru 10 tahun kutt!!

Pengalaman pahit ketika memandu?
- Langgar tiang!!!ingatkan profesional undur..tup2 !!adusss..masih ada tandanya..
kiranya buat kenangan lee tuhh:P:P
- Orang langgar..dah elok2 jalan lurus kita..dia dari simpang main masuk jekk..
maybe tak nampak kutttt..!tak pelahh..saborr jekk
- Langgar kucinggggggggggggggggggg...tk sempat brek,tetiba jek melurunya lintas jalan!!!
tp tak mati...:(:rasa bersalah ngat!!
- Abang polis tahan lakk..sbb tak pakai tali pinggang keledar!!adusss...
tp bila tahu drivernya ni cikgu yg rushing nak balik umah dari sekolah..tak jadi nak saman!!uhhh..berkat seorg guru kutt..!!!
pe2..tq abang polis haa..:):):)

Pengalaman manis?
bila dapat kereta kaler kegemaran..light purple!!!:):)

3 tabiat ketika memandu?
- dgr hotfm!!..sekali sekala beradio..coz lam umah tk dek radio!erkk!
- asyik nak speed jekk bila tgk hijauuu...kut tertukar ke lampu kuning terus merahh!!.
- 'termengomel ' bila kete depan slow  nan selamba jekk ..bawa ala2 bersiar2 gitu...
   walhal tak dek pe2 pun kat depan ketenya...sabor jeklahh!!...

3 pantang time i memandu bila?
- Bila Jad & Aisha gaduh sesama dia..aduhaii..

tak tenang makbonda ni nak bawak kete!!
- Orang tak bagi signal ..main masuk/celah jek...!!
- brek mengejut!!!!!kurusssss semangat!!uhhh!!


:)
Sekian...

** To my dear TK...
kiranya akak dah tak dek 'hutang' yaa..
Janji dah ditunai ni.. :)

..Terapi Jap!..


Sekadar mengalih pandangan...
Kiranya terapi  untuk menenangkan diri yang sedang mencari ilham 
untuk siapkan Buku Aturcara  Majlis Anugerah 
Kecemerlangan & Mesyuarat PIBG ni...
Jadi rehatkan diri jap
Melihat & merenung pemandangan indah nan nyaman
Yang mungkin dapat mengimbangi kembali emosi diri..
aduhaii!!
:):):)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran