CETUSAN MINDA

..Terbentang Kasih...




Dalam kitab karangan ulama’ Sufi Syaikh Abd al-Shamad al-Jawi al-Falimbani yang bertajuk ‘Jalan Kemuliaan Ahli Sufi’  
telah diriwayatkan sebuah hadis oleh Anas r.a :
Telah bersabda Rasulullah SAW 

“Apabila seorang hamba melakukan dosa, maka dituliskan atasnya.”
 Maka bertanya seorang Arab Badwi :  
“Jika dia taubat..?”
Maka Rasulullah SAW menjawab:
“Jika dia taubat dihapuskan dosa itu daripadanya.”
Badwi itu bertanya lagi:
“Jika dia mengulanginya..?”
Rasulullah SAW menjawab:
“Dituliskan pula atasnya.”
Badwi itu bertanya lagi: “Sampai bila..?
Rasulullah SAW menjawab:
“Sehingga dia mengucapkan istighfar dan bertaubat
kepada Allah Taala daripada dosa-dosanya.

Sesungguhnya Allah Taala tidak pernah bosan mengampuni hamba-Nya hinggalah hamba-Nya itu bosan memohon keampunan daripada-Nya.

Apabila seorang hamba bercita-cita hendak melakukan kebaikan,
maka malaikat yang di sebelah kanannya akan menuliskan
baginya satu kebaikan, 
dan jika dia mengerjakan kebaikan itu ,
maka dituliskan pula baginya sepuluh kebajikan, yang kemudiannya  digandakan lagi menjadi tujuh ratus kali ganda oleh Allah Taala.


Sebaliknya, 
seorang hamba yang  bercita-cita hendak melakukan kejahatan,
maka tidak dituliskan lagi baginya satu kejahatan. 
Jika dia telah melakukannya, maka barulah dituliskan
baginya satu kejahatan dan disebaliknya itu masih
terbentang sebaik-baik kemaafan daripada  Allah ‘Azza wa Jalla.”


Betapa Dia Maha Pengasih.....
kepada hambaNya...




8 comments:

Cikli said...

Allah yang pengasih

Abd Razak said...

Assalamualaikum kitak..:)

Moga terhias di hati kitak keimanan dan ketaqwaan, sentiasa merasa diri diawasi oleh Allah Taala..amin :)

Hendaknya kita sentiasa berusaha bertaubat dan memohon keampunan dari Allah SWT atas dosa-dosa yang lalu, dan jangan hendaknya melambat-lambatkan taubat kerana ajal kita tidak memandang usia dan tempat.

Semoga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha) dan ikhlas kerana Allah SWT. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang..

Thanks kitak..:):)

missgee said...

Terkedu..huhuhu

P/s: Terima kasih atas perkongsiaan ini..

Afida Anuar said...

Assalamualaikum my dear kak tinie, betapa Allah tu sayangnya kat kita kan kak? cuma kita ni je....yang masih tak sedar, yang masih duk berbuat dosa...

ya Allah...ampunkanlah dosa2 kami ya Allah...

Pn Kartini said...

To Mr CikLi:)

.......Dia sememangnya MAHA pengasih terhadap hambaNya....

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

Waalaikumusalam:)
Moga kitak juga dilimpahi rahmatNya dan dianugerahkan kesiahtan yang baik :)Amin...

Thanks juak utk kitak..pasti ada sahaja peringatan demi kebaikan dan keredhaanNya bersama..:):)

tksh yaa kitakkk:)

Pn Kartini said...

To my dear missgee:)

:):).....itulah kasihNya pada hambaNya....

:)sama2 dear

Pn Kartini said...

To my dear dik fida:)

salam dear:)

Begitulah luas terbentang kasihNya..namun begitu jualah manusia..yang terkdg...dikaburi dengan kelekaan duniawi..:(

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran