Tertarik dengan satu petikan dari ruangan majalah,
yang bertajuk
" AWET MUDA CARA ISLAM"
Menurut penulis,
semua petua yang dikongsikan ini merupakan amalan yang
telah diperturunkan dari arwah bondanya.
Antara Petua yang dikongsi Penulis :
Selepas bangun tidur biasanya kulit muka berminyak & ini merupakan masa yang terbaik untuk melakukan urutan wajah. Bagi mendapat kesan terbaik,wajah diurut dengan air dari bahagian bawah
dagu sehingga ke atas dahi.
dagu sehingga ke atas dahi.
Lakukannya sambil berselawat ke atas Nabi sebanyak 3 kali.
Guna jari telunjuk kedua-dua belah tangan & letakkan di bawah dagu.
Mula memusing-musingkan jari anda ke pipi,diikuti bahagian hidung
& seterusnya bahagian dahi.
Lakukannya setiap pagi disusuli dengan meminum air suam
sebelum sarapan pagi.
sebelum sarapan pagi.
PERINGATAN - Jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana
dikatakan ia akan mempercepatkan proses kedutan!!
Sejurus bangun tidur ,
amalan membaca doa adalah sangat afdal.
Sebelum manda & gosok gigi pula, masukkan air dalam
mulut selama 10 saat
mulut selama 10 saat
& selawat sebanyak 3 kali dalam hati.Kemudian baru teguk.
Air liur pada awal pagi dikatakan mengandungi enzim yang boleh
menjadipenawar!
menjadipenawar!
Menurut Penulis lagi...
Jika dapat dibaca sekali ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah
setiap kali mandi
setiap kali mandi
untuk curahan pertama,amatlah dialu-alukan!!
INGAT!
Mulakan dari kepala.
Selepas solat subuh,
diamalkannya surah Yusuf dan minum air suam seelok-eloknya 3 teguk.
Lakukan senaman ringan,hirup udara segar dari luar dan berjalan tanpa kasut
di halaman berumput yang masih berembun.
Amalan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu
Isnin,Khamis & Jumaat
Mulakan dengan telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan
seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri ke ibu jari kiri
& diakhiri dengan ibu jari kanan.
Amalan lain yang disarankan agar menanam kuku & rambut yang dipotong atau gugur,
mudahan mendapat berkat di dunia & di akhirat.
Semasa berdandan waktu pagi,
bacalah selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan
ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti
Nabi Yusuf a.s.
Amalkannya setiap pagi!
Ketika makan,jangan disulamkan dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Selain itu,rajin-rajinlah membaca Quran dengan niat ikhlas kerana ALLAH.
Solat tahajjud dan memohon agar sentiasa tenang & bersikap positif.
Sesuatu kerja dan memulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yan baik
& niat semata-mata ALLAH.
Tiada dendam di hati & maafkan semua orang sebelum tidur.
Inilah yang dikatakan kecantikan diluar perlu dijaga dan
yang paling utama,
Kecantikan dalaman juga sentiasa dipupuk rapi!
Semoga n3 yang dipaparkan kali ini memberikan satu lagi
input yang mungkin tidak seberapa..
namun andai dijadikan satu amalan ...
pasti keindahan itu
ADA!
............insyaAllah.
............insyaAllah.
:)