CETUSAN MINDA

..Penangan Tajuk Baru!!!..



Hari ni...
Kelas Biologi start  pukul 11.20am  hingga 12.40 pm
Kiranya satu tempoh masa yang memerlukan daya tahan yang kental
dari pelajar!!!
Al-maklumlah....
waktu tengahari yang sinonim dengan 'kemengantukan'nya!

Tapi untuk hari ini...
Semuaaaaaaaaaaaa  pelajar menunjukkan semangat yang luar biasa
dan mata mereka pun nampak besar2 belaka..
Kiranya tak dek yang buat proses 'Penjulingan' mata...menahan ngantuk!!!!


 &
Hari ni juga.........
Semuaaaaaaaaaaaaaaa pelajar dalam kelas tu hadir!!!
Biasa2 ada juga yang  sorang dua yang tak hadirnya...
ermmmmmmmmmm....
bagus!bagus!bagus!

Sebelum start ajar tadi..
"Cher..(singkatan untuk Teacher)......
cher mesti berdebar nak ajar ni"

"hahhh!!Berdebar???..
"ermmmmm.....setakat nak ajar budak2 kecik cam awak niii....
tak dek berdebar2nyaaa"
"Hatta...kalau Tuan Pengetua nak duk belakang dengar cikgu ajar pun....tak kisahhhhhh.."

hehehe...
Kiranya..
nilai2 keselambaan seorang guru bio kena ada!!
Kalau takkk...tak menarik lak jadinya nanti!!
Tak ke gituu..
:):):)

Maka hari ni ..
Belajar lee mereka proses2 
Spermatogenesis..
Untuk pembetukan ini... 


&
Oogenesis...
Untuk Pembentukan ini..:


Alhamdulillah...
Semua berminat dengan tajuk barunya..
Sampaikan ada yang cakap
" Cher....cepat jee masa habisss!!!"
hhuuuhuhu...!!

Begitulah reaksi pelajar form 5 setiap tahun..
Memang excited semacam jee
Semua kerana
Penangan Tajuk Baru
Apa lagi kalau bukan 
Topik
:
:
:
:
:
:

:
V

 PEMBIAKAN

Uhhhh!

Next sub-Topic:

:
:
:
:
:
V







Lagilah dia orang excited yaa...

Aduhaiii...
:)




Bermusim!!!!

Assalamualaikum..
:)


Tajuk n3 kali ni...Bermusim??
  bukan nak bincang pasal  musim bunga ke...musim bola ke....musim kuinin kee..
tapi berkenaan musim  kempen 
Supplement!!

dan Untuk orang sini..
memang lemah 'iman' sikit..bila dengar sesuatu yang elok..
(ye laa kann...orang berkempen ...semua elok2!!!semua kata itu berkesaN ..ini  berkesan..kiranya semuaaaa baik2 belakaaalah...!!)

Tu pasallah dah byk jenis supplement yang diambil..
Pernah amal product  Luxor 

Lepas tu..
ada lakk satu group mai sekolah
buat kempen untuk jaga kesihatan....
 Maka  berpaling tadahlah orang sini
pada Shaklee lak!
erkkk!!

Tak lama kemudian ...
Ada yang promote Susu  Alpha Lipid...memang elok..
& try jugak tapi tak lama lepas tu..
hi hi bye! bye!!
Uhhh!!
Pernah juga  amal makanan organik Melillea..

Lama juga bertahan setianya pada melillea..
dan masa tu amat jarang juga ambil nasi...
(Ada Orang kata...Makan Dedak!!!huhuuh....)
tapi tu laaa...lama -kelamaan...jadi jemu lak!
&
Sekarang,
supplement yang diambil ...

..Usana & Herbalife


Tapi entah camne
awal tahun hari tuu...bila ada yang kempen satu jenis product
'terambil' juga....

erkkkk!!!
Tapi selepas tu..tergerak hati nak stop guna product ni..
dan kembali semula kepada supplement Usana
(.......tak lama selepas tu..ada guru perempuan yang juga mengambil supplement ni..menjk kesan sampingannya....mungkin ketidaksuaian dengan darah)




TUP!TUP!
OPSSS!!
 Satu lagi pemakanan yang boleh dikatakan mendapat  sambutan yang 
memberangsangkan
di sekolah KINI...! 
Orang sini  tahu2 product ni pun masa kat resort hari tu...
Masa duk santai2 di Resort bersama guru2 lain
ada lakkkkkkkkk Cikgu sorang ni sakan mengempen...
Yang menariknya....tukang kempen ni ..guru LELAKI!
  :
:
:
V



........musim 'U-Queen' lakk

ermmmmmmm....
dengar dari kempen tu....
menarik juga!!...Erkkk!!!

Aduhaiiii !!
:):)



Gundah ...


Semalam...


...Anakanda Aisha Selsema+ Batuk + Demam...
Biarpun demam...Alhamdulillah..senang makan ubat...
Gambar tersenyum tuu...bila makbonda kejutkan dia dari tido ..nak berikan ubat!


Hari Ini..

Tetiba lakk terima tepon dari PK1..
Katanya anakanda Aizad terpilih untuk Kem Kecemerlangan 1 Malaysia 2011
(.....baru lepas maknya "meng-kem-kan" anak org...
now...anak sendiri lak ..hehhe..)
Maka apa lagi...
kelam kelibut lee makbondanya..
Si anak lakk..biasalah ...relaks jee!!



...Pada mulanya berat juga dia nak pergi...
.....memandangkan dia satu2nya pelajar lelaki yang terpilih..
(sorang lagi..pelajar perempuan.!)
tapi. .......
Alhamdulillah..
atas nasihat itu ini...termakan juga pujuk maknya ni haaa
Tapi kesian juga adiknya Aisha...tak sempat jumpa dengan abangnya  tadi!
Balik umah...tengok2..abangnya dah tak de..
sunyi laah dia tu tak dek org nak dia gaduh! ...aduhaii


...duk topup tepon 'pinjam'
(...memang anakanda tak dibenarkan guna handset2 sebelum nii...)
:
:
:
:

Moga Anakanda Aizad dipermudah segala urusan di kem sana
dan diberkati segala ilmu yang ditimbanya...
&
Moga anakanda Aisha..cepat2 sembuh..& kembali ceria!





...Sudah Sebahagian..

Last entry..21 hb Jun 2011
Lepas tu.......
Sunyi sepi!
Diam hanya di alam maya...Maka blog CM turut terkena tempias!
Apa taknya...baru hari ini baru ada kesempatan menjenguk2 blog sendiri..
Bukannya apa...
Sekadar memberi fokus utk yang di alam nyata!!
&

Alhamdulillah...
Selesai sudah sebahagian t/jawab
Untuk 3 hari 2 malam...
Hanyalah bersama dengan mereka...


Hari ni...Alhamdulillah
Selesai Sudah 
Kem Menuju Puncak - SPM 2011

...moga Allah berkati segala usaha kalian...
 
Antara pengalaman 3 hari 2 malam di resort :

-  Malam pertama di bilik resort..tetiba jekk 5-6 ekor lipas merayap lam bilik!!!!!!
Siap mengawan lagi...!!!!GggRrrrrrrrrrrr...!!
Ada yang cakap..lipas pun tahu bilik tu cikgu bio duduk!!!huhuhuhu...

- lam 3 hari 2 malam.....-----> 2 hari berturut migrain!!!hhuuhuu

Sekian...
Laporan Ringkas
:)

InsyaAllah....
jumpa lagi yaa





..be haPpY..



“Let’s forget our own unhappiness
–by trying to create a little happiness for others. 
When you are good to others,
you are best to yourself.”
-Dale Carnegie-
:)

.... Tenang Di SANA....



"Selamat Hari Bapa...."



"....Perginya Ayahanda Tidak akan kembali lagi
Terkenang dalam ingatan
Terbayang dalam kenangan
Kasih sayang tulus tak pernah henti
Bagai mentari menyinari bumi....
Setiap detik  bagaikan tidak percaya
Engkau telah dijemput Ilahi untuk selamanya
Hanya doa dapat ku panjatkan
Semoga ayah berada di taman-taman syurga
Tempat idaman semua mukmin....."
Al-Fatihah....


 p/s:
Selamat Hari Bapa...
Pastinya untuk kalian juga 
yang bergelar 
BAPA!
 
:):)


Awet MUDA!..



Tertarik dengan satu petikan dari ruangan majalah,
yang bertajuk

" AWET MUDA CARA ISLAM"


Menurut penulis,
semua petua yang dikongsikan ini merupakan amalan yang
telah diperturunkan dari arwah bondanya.

Antara Petua yang dikongsi Penulis :

Selepas bangun tidur biasanya kulit muka berminyak & ini merupakan masa yang terbaik untuk melakukan urutan wajah.  Bagi mendapat kesan terbaik,wajah diurut dengan air dari bahagian bawah
dagu sehingga ke atas dahi.
Lakukannya sambil berselawat ke atas Nabi sebanyak 3 kali.
Guna jari telunjuk kedua-dua belah tangan & letakkan di bawah dagu.
Mula memusing-musingkan jari anda ke pipi,diikuti bahagian hidung 
& seterusnya  bahagian dahi.
Lakukannya setiap pagi disusuli dengan meminum air suam 
sebelum sarapan pagi.

PERINGATAN -  Jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana
dikatakan ia akan mempercepatkan proses kedutan!!





Sejurus bangun tidur ,
amalan membaca doa adalah sangat afdal.
Sebelum manda & gosok gigi pula, masukkan air dalam 
mulut selama 10 saat
& selawat sebanyak 3 kali dalam hati.Kemudian baru teguk.
Air liur pada awal pagi dikatakan mengandungi enzim yang boleh 
menjadipenawar!
Menurut Penulis lagi...
Jika dapat dibaca sekali ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah 
setiap kali mandi
untuk curahan pertama,amatlah dialu-alukan!!

INGAT!
Mulakan dari kepala.





Selepas solat subuh,
diamalkannya surah Yusuf dan minum air suam seelok-eloknya 3 teguk.

Lakukan senaman ringan,hirup udara segar dari luar dan berjalan tanpa kasut
di halaman berumput yang masih berembun.



Amalan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu  
Isnin,Khamis & Jumaat
Mulakan dengan telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan
seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari  kiri ke ibu jari kiri
& diakhiri dengan ibu jari kanan.

Amalan lain yang disarankan agar menanam kuku & rambut  yang dipotong atau gugur,
mudahan mendapat berkat di dunia & di akhirat.



Semasa berdandan waktu pagi,
bacalah selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan
ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti
Nabi Yusuf a.s.
Amalkannya setiap pagi!

Ketika makan,jangan disulamkan dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Selain itu,rajin-rajinlah membaca Quran dengan niat ikhlas kerana ALLAH.
Solat tahajjud dan memohon agar sentiasa tenang & bersikap positif.

Sesuatu kerja dan memulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yan baik 
& niat semata-mata ALLAH.

Tiada dendam di hati & maafkan semua orang sebelum tidur.

Inilah yang dikatakan kecantikan diluar perlu  dijaga dan
yang paling utama,
Kecantikan dalaman juga sentiasa dipupuk rapi!



Semoga n3 yang dipaparkan kali ini memberikan satu lagi
input yang mungkin tidak seberapa..
namun andai dijadikan satu amalan ...
pasti keindahan itu
ADA!
............insyaAllah.


:)






Tak Selamanya MUDA!..



Begitulah realitinya...
Tidak akan  selamanya muda gagah perkasa itu dimiliki manusia
Tiba masa dan ketikanya..dengan perlahan segala nikmat yang dianugerahNya
Pasti akan ditarikNya jua...
Semakin meningkat usia...Semakin berkurang keupayaan seseorang...
Itulah proses semulajadi yang tidak boleh dihalang oleh kita.


Antara Perubahan dalam Meniti Proses Penuaan
Sebagai checklist untuk kita yang semakin hari sememangnya 
semakin meningkat usia!

     -  KULIT -  
Menampakkan kedut di muka,kulit lebih kering & mungkin bertompok

- SENDI ,TULANG,OTOT  -
-  Mudah patah,Otot menjadi lemah,Sendi menjadi kaku

- DERIA -
Mata-  Mula rabun dekat,penglihatan menjadi kabur
Telinga - Kurang Pendengaran kepada bunyi nyaring
Lidah & Hidung - Deria rasa & bau juga akan bertambah kurang


-  Tindakbalas lebih lambat
-  Penghadaman juga menjadi lambat
-  Saluran darah lebih keras dan kurang elastik
-  Keupayaan jantung mengepam berkurangan
-  Kurang keupayaan mengawal kencing
-  Daya ingatan terutama kepada peristiwa baru menjadi kurang 
-  Kekeliruan akan sesuatu mungkin berlaku
-  Sering sakit kepala
-  Sukar untuk tidur
-  Otot pinggang sering nyeri/sakit
-  Tubuh cepat lelah & penat
-  Perut sering dan mudah masuk angin
-  Rambut mula beruban


Agak2 camne yaa checklist di atas
Andai  ada pada diri MINIMA 9 daripada tanda2 di atas
Sememangnya itulah kita!!
Yang semakin menuju 
ke 
AMBANG PENUAAN!


:)


SMILEeeeeeeeee............

kerana
Itulah Realitinya!

Yang Penting.....
Semoga ada keberkatan dalam Usia kita yang semakin

mendekati ke alam yang 
hakiki....

InsyaAllah.



..Travelog !..


7 JUNE 2011- SELASA

Destinasi ke-3:

penat duk 'mendaki' bukit.....Berhenti sekejap !
...Persinggahan pertama di Cameron Highand..
Banyak coklat dijual di sini...


..Sempat juga anakanda belikan hadiah besday maknya di Avant Chocolate

...Persinggahan ke-dua...pekena teh tarik Cameron Bharat..memang best!
Kiranya di sini memang sesuai sebagai tempat persinggahan rehat jap..
dengan terbentangnya ladang tehnya


Akhirnya..sampai tempat yang dituju...Hotel De La Ferns!
Memang cantik!


..Aisha dengan mainan barunya!...
Memang semek ni suka duk lam bilik dari ronda2nya..
Bila ronda...ada laaa ayat skemanya.."Mak Sakit perut arrr!!"
Bila balik hotel...automatik..hilang sakit!Aduhaiiii...


...pemandangan hotel di waktu malam..
Sebelah malam...jalan2 cari makan...
Makan Yong Tau Fu!


8 JUNE 2011-RABU

 
 ..1st pic..Si Aisha dengan mood yang  kureng..merengek..Kesejukan!
On d way turun bukit utk ke destinasi seterusnya...
 Singgah ke Cactus Point!..sempatlah juga beli 6 pasu kecil kaktus!
Selepas Cactus Point..sekali lagi singgah jap pekena teh tarik..
:)


 ..."pick your own strawberries!!!"
(..lupa nama tempatnya....)
.......time ni..baru lee mood Aisha ok skit..apa taknya...
seronok main 'gunting2"


....cantik bunga2...yang palinggggggg suka.....ROSE!

:
:
:

Dari Cameron HIghlands.....ke destinasi terakhir...
Ke Umah adik ipar

...sesekali berkumpul memang riuh!..
Aisha happy leh  jumpa dengan sepupu2nya...
Yang paling 'happening'.....aduhaii..............
"Happy birthday to youuuuuuuuu..happy birthday to youuuuuuuuuuuu....."
huhuu..ada lakkk acara potong kek!!Kezutan dari adik ipar..
Thanks my dear sis!



9 JUNE 2011 - KHAMIS


.....jalan2 cari makan lagi!!
di PapaRich...
Yummy!!

 ....Aksi anakakanda...
 Si Aisha sukalah tu..tak leh gaduh dgn abgnya!dia sorang2..aduhaiii

Anak teruna tak nak ikut...biasalah dia..sesekali jumpa sepupu sebayanya..
lebih suka di umah ,main games!

Sebelah malamnya lak....
Agenda berkumpul adik beradik utk makan2 
Yang lelakinya...sempat lagi tempah dewan malam tu ..main badminton!
Perlawanan adik beradik  sekali dengan anak2 buah..
:)


10 JUNE 2011 - JUMAAT


Bertolak pulang...
&
Alhamdulillah...selamat sampai pada Jam 6.04pm




Sekian....
berakhirnya 

TRAVELOG CUTI-CUTI MALAYSIA
(....idea dari Sis Normah nihh!!Travelog gituuu...!..)

:):):)


p/s: 
......bern3 sebelum nak sambung kerja2 mengemas lak niii....
:)


...Selamat Sampai..


Alhamdulillah...
Selamat sampai pada jam 6.04 pm siang tadi


Terimakasih pada semua teman yang mendoakan
keselamatan perjalanan
:)

Oklah..
Kesinambungan citer dari n3 lepas...
Al-kisah Cuti2 Malaysia yang terhenti di Perhentian Grik 
dengan hidangan faveretnya..
:):):)

6 JUNE 2011

Bertolak dari KB kedestinasi seterusnya...iaitu ke sini  :


 Nampak mercu tanda Jambatan tuuu....
maka sampailah pula ke destinasi ke-2,
Penang
Kiranya 1st time jejak Penang!!..huhuhu....
Ayat yang terkeluar dari mulut Aisha yang buat maknya terkedu...
(..soklan yang ditanya dengan volume suara yang jelas utk didengar leh org lain!!!)
"Mak...kenapa ramai C_ _ _  ?"

emmmm....anakanda Aizad dengan homework !!!
(...maknya lak yg pok pek pok pek.....awat tak siap time kat umahhhh!!!...)
Nampak muka Aisha tuu....memang happylah tuuuu!!
Di Penang.....baru terkial2 booking hotel utk destinasi seterusnya
(....Actually....plan cuti2 Malaysia ke destinasi lain...
tup2 terCETUS idea tukar plan!!!!.erk!!..hehehe...)


Di Penang....sempatlah try makanan ni...:

....1st time makan!.....Pasembur !..Best gak!...
:):)


7 JUNE 2011
(....ops!!my besday!!
Tq again buaT semua teman yang sudi ucap besday tempohari yaa!!)

Ke Destinasi seterusnya...


...Mendaki dan terus mendaki....!!!...

 ...Cam biasa..Aisha Zzzzz...bila jaga..pok pek pok pek..
Bear  Aisha lam gambar..nampaknya jadi mangsa..
makbonda pinjam buat 'neck support pillow!!'hehehe..
Perjalanan rasa jauh....bila kereta cam semut bergeraknya lam  hujan masa tuu....


:
:
:
:

V
Agak2 dapat teka ke.....ke mana laaa destinasi yang nak dituju ni yaaa..
aduhaiii.....


Oklah...n3 panjang dah niii...
kita stop citer dululah yaa
InsyaAllah...
kita sambung citer2 lagi!!

:)
Tq pada yang sudi ikuti episod cuti2 tuan blog!
:):):)

Jumpa lagi ...

InsyaAllah



p/s:
n3 yang ditaip...tika lam perjalanan siang tadi...
:)




LISTEN TO QURAN

Listen to Quran