CETUSAN MINDA

..Rawatan 5 Minit...


Badan kita ibarat " mesin biologi" yang sungguh hebat.
Ia mempunyai pelbagai fungsi,hasil kombinasi beberapa sistem
yang berintegrasi sesama sendiri.
Namun terkadang,
kita terlalu memfokuskan diri pada kerja seharian 
tanpa rehat yang secukupnya.
Di usia yang masih gagah..segala kudrat dan minda diguna sepenuhnya
tanpa menyedari  kepentingan diri terabai sekaligus 
mengarahkan kepada impak negatif  terhadap kesihatan diri.

R A W A T A N   L I M A   M I N I T

Kita tidak perlu berbelanja beribu ringgit untuk rawatan ini,
cukup sekadar memperuntukkan 5 minit untuk diri kita sendiri 
bagi setiap 1 hingga 3 jam waktu bekerja.

TEKNIK  1
- PERNAFASAN  PERUT -

Luangkan masa  selama 5 minit untuk menarik nafas 
dalam keadaan TENANG!

Tahukah Anda..
Apabila kita dalam keadaan stress & kalut..
kita berkecenderung bernafas dengan tidak sempurna.


Dalam situasi mencemaskan,menggelabah atau dalam tekanan yang tinggi ,
 lazimnya pernafasan menjadi tercungap-cungap,
suara nyaring & tekak menjadi kering.

Jadi,
apa yang perlu kita lakukan adalah dengan mengawal pernafasan kita semula agar oksigen dapat dihantar secukupnya kepada sel-sel otak & sel-sel badan supaya ia dapat berfungsi dengan lebih efisien.

CARA PERNAFASAN PERUT  :

- Duduk dalam keadaan tenang
- Betulkan kedudukan tulang belakang 
   &    kendurkan bahu anda.
   Tidak perlu 'berkeras' dengan 
   tulang belakang,biarkan dalam 
   keadaan normal,asalkan tidak 
   bongkok
-  Tarik nafas melalui hidung secara 
    konsisten & tenang
-  Kembangkan perut anda untuk 
    memberi ruang kepada diafragma
   untuk  menyimpan udara
-  Sedut setakat yang boleh & tahan 
    seketika
   JANGAN tahan terlalu lama sehingga 
   membebankan paru-paru anda
-  Kemudian lepas nafas melalui hidung 
    secara perlahan-lahan
  ( Anda pasti berasa berat sedikit di 
   bahagian dahi,kepala dan beberapa 
   bahagian lain. Maka disebabkan itu 
   ramai tidak 'mampu' 
   melakukannya  untuk  beberapa kali.)
-  Ulang beberapa kali sehingga berasa 
    badan menjadi lebih 'ringan'.



Teknik di atas, 
boleh juga dilakukan dengan menghembus nafas melalui mulut secara perlahan.
Adakalanya ,sedikit peluh keluar di bahagian dahi,dan ini menunjukkan teknik ini memberi kesan yang sewajarnya.

CARA AGAR TEKNIK  LEBIH  BERKESAN

- Lakukan dalam keadaan yang FOKUS
- Fokuskan kepada udara yang melalui hidung
- Rasai nikmat oksigen anugerah ALLAH dan bersyukur 
kita masih mampu bernafas
- Untuk lebih fokus, lakukan dalam keadaan memejamkan mata
- Pusatkan fikiran pada kebesaran Ilahi dengan berzikir & berwirid
- Yang penting,kendurkan otot-otot tubuh anda!


TEKNIK  2
- PERANTAUAN ANTARABANGSA
(INTERNATIONAL ROAMING)


Dalam keadaan tertekan dan kesibukan dengan tugas seharian,
anda perlu meluangkan sedikit masa untuk melakukan
"perantauan amtarabangsa"
bagi menenangkan diri anda!

BAGAIMANA??? 

  -  Tenangkan fikiran atau lakukan teknik pernafasan 
seperti teknik 1 terlebih dahulu
- Bayangkan anda sedang terbang ke suatu kawasan yang sungguh indah samada ke sebuah tasikyang permai,pantai yang memutih,
khazanah terumbu karang yang memukau,air terjun yang mendamaikan,
berada di atas pergunungan yang menakjubkan atau apa-apa sahaja.






Dengan teknik ini,
anda seolah-olah sedang menikmati 'pakej pelancongan'
yang indah lagi mempersonakan.
Berapa kosnya??
Sudah pasti ia PERCUMA!
:)
Malah anda di'bayar' 
dengan
Ketenangan & Kedamaian jiwa 
biarpun sesibuk mana anda bekerja.


Selamat Mencuba..
Moga Memberi Manfaat
:)



Olahan Sumber : Bahan Bacaan Solusi /41 2012
 

16 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum kitak..:)

Moga kitak sihat atas izin Allah SWT serta sentiasa dalam keberkatan~Nya..aamiin

Kamek polah tok tek bayangkan sampey nun di Saudi Arabia, sik sedar dah polah lebih dari 5 minit...adoheh :)

2-3 hari tok tek ada juak kamek carik teknik pernafasan tok, then jumpa satu teknik bernafas melalui hidung dan cuba kempiskan perut ketika menarik nafas, susah juak nak polah..:)

Hari tok kitak polah N3 tok..thanks :)

Kunang-Kunang said...

Salam Sis tinie,

Semoga Sis sekeluarga sihat.

Bestnya dapat relax dan bayangkan sesuatu yang indah dalam minda kita. Meditation.

mamaijat said...

.....bagi lah kanda petua idung meleleh sesema... & badan panas....

ieda said...

setuju kak
kena relaxx kejap kan ..
alangkah nikmat dpt relax kan diri sesekali ..
nie kalau ke mana2 konon nak relax ... tapi kita nie ibu letih balikk huhuhu

Kamsiah said...

salam
anak2 saya kata...
'mak,cikgu cakap kalau hidup tak stress..maknanya org tu dah 'mati'..sbb takde perasaan..stress sikit2 tu perlu sbg motivasi..'
ewahhh..pandai pulak nak ngajar maknya...

sal said...

rehatkan minda di sini sebentar...good idea , stress pun kurang..terutama ketika berangan2 di tepi pantai.. gambar yg dilihat di sini pun cantik, sejuk mata memandangnya & dpt tenangkn fikiran..tnks,

munna said...

tengah merehatkan minda di blog akak ni....

Melor said...

eeemmm rehat minda. bagusssss

Pn Kartini said...

To Mr Abdul Razak:)

Waaalaikumusalam kitak:)
Moga ktk sihat2 di sinun:)

Aduhai..jauh juak owhh kitak 'merantau'..sampey arab saudi owh..:)
Moga teknik yang dikongsi tuk ada juak berik manfaat utk kitak..
Selamat Mempratiskan diri..:)

Pn Kartini said...

To my lovely KakAni:)

Salam kakAni:)

Aa'ah kan..kiranya rehatkan minda dari kekusutan yang mungkin melanda..InsyaAllah dpt juga meringankan beban di kepala..restttt gitu!;)

Pn Kartini said...

To my lovely mamaijat:)

Aduhai kesian mamaijat kita..
Sabar yaa ma..
Makan ubat doktor...banyakkan rehat..rehat minda...minum air suam banyak2....InsyaAllah....
Semoga akak benar2 sihat nanti yaa..:)Take care

Pn Kartini said...

To my dear dik ieda:)

betullll sangat2 tuu..:)
Time nak bercuti memang syok...yang tak best time balik umah..byk yang perlu dibereskan...huhuu..kiranya bila merehatkan minda ni...hanya guna imaginasi je kan..tak penat!:)

Pn Kartini said...

To my dear sis Kamsiah:)

Salam sis:)
hehehe...stress dalam keadaan boleh dikawal olh diri pelajar..mmg tiasa masalah..
yang bimbang..stress yg tidak terkawal..mulalah jadi tak menentu..:)Moga ketenangan dalam mencari ilmu utk anak2 ada..:)

Pn Kartini said...

To my dear KAk Sal:)

samalah tini..nak tenang2 jiwa dan minda sebelum sekolah dah nak buka niiii..huuhuh..:)

Pn Kartini said...

To my dear Pn Munna:)

Bolehhhh..silakan..
mmg kedatangan munna akak sgt2 alu-alukan....Thanks yaa:)

Pn Kartini said...

To my dear Pn Melor:)

MOga perolehi rehat secukupnya...
pasti badan pun bersemangat jee buat sesuatu kerja kann..:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran