CETUSAN MINDA

...Sebalik Merah Delima....



Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, 
" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon
kurma dan delima".  [Surah al Rahman ayat 68]. 

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arabnya disebut tiga kali dalam Al-Quran
untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut 
sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? 
Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
 

Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya.
Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, 
akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. 

Menurut pengamal perubatan Islam buah ini dengan izin Allah SWT boleh mengatasi 
penyakit batu karang, membuang toksik dalam badan dan pelbagai lagi penyakit lain.  
Cara-cara pengunaannya ialah :

Pertama, carilah buah delima yang sempurna rupa bentuknya seumpama kita melakukan ibadah korban, wajib menyembelih lembu, unta dan kambing yang tiada cacat celanya.

Keduanya, ambil bahagian yang berwarna putih yang meliputi isi buah delima itu yang seumpama honeycomb sarang lebah dan masak dalam 7 gelas air.

Ketiga, minumlah air dari masakan tadi sekali sehari dengan membaca surah seperti berikut:

1. Surah Al-Fatihah

2. Ayattul Kursi

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

3. Surah Al-An’aam ayat 99

وَهُوَ الَّذِي أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُّخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُّتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِن طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِّنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۗ انظُرُوا إِلَىٰ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكُمْ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

4. Surah Al-An’aam ayat 141

وَهُوَ الَّذِي أَنشَأَ جَنَّاتٍ مَّعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۚ كُلُوا مِن ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ ۖ وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

5. Surah Ar-Rahman ayat 68

فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ

6. Surah At-Thaariq ayat 4

إِن كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ

Peringatan : 
Sebelum beramal dengan kaedah yang disebut di atas,disarankan baca ayat-ayat tersebut di hadapan seorang yang mahir dalam bacaan al-Quran agar dibaiki segala kesalahan dalam bacaan kita.

Sumber dari Ustaz Sharhan Safie dalam rancangan TanyaLah Ustaz (23 Sept 2011)
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai
buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: 
"Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".
Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik 
untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis




Di samping itu, 
buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalamfungsi saraf dan otot. 
Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan.
Pengambilan delima juga boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat 
dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.


Begitulah di antara  kehebatan yang terkandung di dalam buah delima yang mungkin 
lebih banyak lagi khasiat yang tersembunyi di dalamnya..
Betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri 
agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut....



Olahan Sumber : e-mail kiriman teman..Tq!
:)

12 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum kitak..:)

Moga kitak terus dilimpahkan Allah SWT kesihatan yang berpanjangan serta sentiasa dalam rahmat kasihan belas~Nya...amin

Sungguh segala ciptaan Allah Taala mendatangkan kebaikan yang banyak buat manusia dalam meniti kehidupan ini..:)

Terima kasih atas info kitak tok..:)

Ibuhani said...

Info yg sgt berguna. Selama ni k.ani pun x tahu yg buah delima ni bagus utk org yg ada masaalah kolesterol cam k.ani ni. TQ Kartini!

Acik Erna said...

Assalam tini..tak tahan rasanya engok gambar buah delima ni..nampak sedap sangat..
sekarang ni susah nak cari buah delima ..

sal said...

My dear Tinie
rupaNYa bnyk khasiat buah delima..
sebelum ini tak pasti sangat..

merah2..geram tengok..
cuma susah nak dapatkan..trpaksa cari pokoknya di kampung2..

ibuintan said...

assalamualaikum Dear Tinie,..


begitu berharga buah delima ni rupanya, dulu suka sangat makan, senang dapat

sekarang jarang jumpa buah ni

Afida Anuar said...

dah lama tak makan buah delima ni... besok kalau jumpa kat pasar nak beli la;)..

kak..tengs for the info. Nak kena suruh mak makan selalu la buah ni... Sebab mak didiagnose macam ada batu karang....

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

Waalaikummsualam:)

MOga ktk sihat2 selalu di sinun yaa:)

Betapa rahsia alam banyak di luar pengetahuan kita kan...betapa terselit 1001 rahsianya..:)

:)

Pn Kartini said...

To my dear IbuHani:)

Hari tu ada juga tinie beli jus delima..ingatkan manis...rupanya masam yang amat...tak terminum pula jadinya..hehehe..:)
Kolesterol tini tempohari rendah kak sejak mungkin tini amal supplement Usana Omega-3..
Tapi semua ni dengan izinNya juga kan kak:)

Pn Kartini said...

To my dear Kak Erna:)

waalaikumusalam kak:)

heheheh..saje tini cari gambar buah delima yang boleh 'menggoda' akak..hehehe:)

Pn Kartini said...

To my dear Kak Sal:)

Salam kak:)

Ingat dulu masa pregnantkan Aisha..
mengidam nak makan buah delima!!!!
Alhamdullilah time tuu...mudah juga dapatnya...kalau tidak...meleleh lee air liur si bdk Aisha tuu,,,hehehe

Pn Kartini said...

To my dear IbuIntan:)

Asalamualaikum kak:)

Betul tuu...
tapi kan..bila dah ada depan mata..terjual di supermarket tuu.buat jual mahal lakkk..aduhaii..
InsyaAllahlah..bila ada nanti..nak juga membelinya..:)

Pn Kartini said...

To my dear dik fida:)

Sekurang2nya kita usahakan..:)kesembuhanan dengan IzinNya juga..
Moga mak fida sembuh sepenuhnya nanti:)

p/s:..agak2 jumpa takk buah delima kat pasar tuu?;)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran