Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud,
" Di dalam
kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon
kurma dan
delima". [Surah al Rahman ayat 68].
Buah
delima atau ar-rumman dalam bahasa Arabnya disebut tiga kali dalam
Al-Quran
untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga
disebut
sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali
pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada
makhlukNya di muka bumi?
Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah
delima?
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya.
Apabila kulit
berkilat buah ini dikupas,
akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus
segar, manis masam rasanya.
Menurut pengamal perubatan Islam buah ini
dengan izin Allah SWT boleh mengatasi
penyakit batu karang, membuang
toksik dalam badan dan pelbagai lagi penyakit lain.
Cara-cara
pengunaannya ialah :
Pertama, carilah buah delima yang
sempurna rupa bentuknya seumpama kita melakukan ibadah korban, wajib
menyembelih lembu, unta dan kambing yang tiada cacat celanya.
Keduanya,
ambil bahagian yang berwarna putih yang meliputi isi buah delima itu
yang seumpama honeycomb sarang lebah dan masak dalam 7 gelas air.
Ketiga, minumlah air dari masakan tadi sekali sehari dengan membaca surah seperti berikut:
1. Surah Al-Fatihah
2. Ayattul Kursi
اللَّهُ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ
وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا
الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ
أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ
إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ
وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
3. Surah Al-An’aam ayat 99
وَهُوَ
الَّذِي أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ
شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُّخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا
مُّتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِن طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ
وَجَنَّاتٍ مِّنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا
وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۗ انظُرُوا إِلَىٰ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ
وَيَنْعِهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكُمْ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
4. Surah Al-An’aam ayat 141
وَهُوَ
الَّذِي أَنشَأَ جَنَّاتٍ مَّعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ
وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ
وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۚ كُلُوا مِن ثَمَرِهِ
إِذَا أَثْمَرَ وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ ۖ وَلَا تُسْرِفُوا ۚ
إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
5. Surah Ar-Rahman ayat 68
فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ
6. Surah At-Thaariq ayat 4
إِن كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ
Peringatan
:
Sebelum beramal dengan kaedah yang disebut di atas,disarankan baca
ayat-ayat tersebut di hadapan seorang yang mahir dalam bacaan al-Quran
agar dibaiki segala kesalahan dalam bacaan kita.
Sumber dari Ustaz Sharhan Safie dalam rancangan TanyaLah Ustaz (23 Sept 2011)
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada
sebagai
buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar sebagaimana sabda Nabi Muhammad
SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud:
"Buah delima dan
kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".
Jus buah delima
dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia
dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan
mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ia juga
bertindak sebagai penawar yang baik
untuk cirit birit, anemia, tekanan
darah tinggi dan atritis
Di samping itu,
buah delima dapat menguatkan
jantung dan membantu dalamfungsi saraf dan otot.
Oleh kerana itulah, ia
mampu menghilangkan rasa keletihan.
Pengambilan delima juga boleh menghalang pembentukan plaque daripada
melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol
jahat
dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.
Begitulah di antara kehebatan yang terkandung di dalam buah delima yang mungkin
lebih banyak lagi khasiat yang tersembunyi di dalamnya..
Betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan
keistimewaan tersendiri
agar manusia mendapat manfaat dan menilai
kurniaan tersebut....
Olahan Sumber : e-mail kiriman teman..Tq!
:)