CETUSAN MINDA

...Lembutlah hati.....

.......Buah Hatiku...:)

Memiliki anak yang taat kepada suruhanNya dan jua kedua ibubapa sememangnya satu anugerah yang amat bermakna dan bernilai sekali....
Namun dalam membentuk anak pasti ada cara yang terbaik agar menjuruskannya nanti pada kebaikan..dan terbentuk mereka anak yang mempunyai jati diri yang kental sekaligus akan membahagiakan hati kedua ibubapanya...


Untuk n3 kali ini,ingin sekali berkongsi sedikit ilmu yang telah diterima dari seorang sahabat baik yang sentiasa memberi tunjuk ajar serta nasihatnya .:)
Dan diri terasa terpanggil untuk berkongsi bersama teman sekalian ,
demi kebaikan & kebahagiaan bersama:)

PETUA  UNTUK  MELEMBUTKAN HATI ANAK-ANAK

1. Baca dan tiupkan pada ubun-ubun anak.
2. Doakan supaya anak-anak lembut hati

Baca surah al-Hashr (Pengusiran) dari ayat 21 hingga 24.


لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعاً مُّتَصَدِّعاً مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
21 . Kalau sekiranya kami menurunkan al-Qur?an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.



هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ
22 . Dia-lah Allah Yang tiada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ
23 . Dia-lah Allah Yang tiada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan,Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan.


هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
24 . Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik.Bertasbih Kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi.Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.





Mudah-mudahan dengan amalan ini bisa melembut hati anak-anak..
InsyaAllah..
:)




** Sumber : Kiriman email dari teman..Tq
:)

24 comments:

Ibuhani said...

petua yg baik n3 ni.....smoga anak2 lembut hati menerima teguran n pelajaran.....:)

kakcikseroja said...

Bila anak2 keras hati, ibubapa jadi susah hati...

Abd Razak said...

Salam...:):)

Moga kitak sihat dan ceria hendaknya dan memiliki anak-anak yang soleh dan berlemah-lembut dengan orang tuanya.

Kamek baruk rasa sihat tok, sebelum subuh tadi sakit palak teramat..

Bagus amalan yang kitak muatkan kali tok, di samping itu makanan juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk akhlak anak-anak iaitu menentukan punca rezeki kita itu baik dan tidak punya perkara2 subhah di dalamnya.

Wallahu'alam..:):)

piewahid said...

salam ziarah.
t kasih...

stuju dgn komen sahabat kita A. Razak :)

kak Erna said...

tini..insyaallah akak dicuba walaupun anak2 dah besar..terima kasih tini..

akak geram betul tengok dak comel yang sedang tidur tu..comeeeelllnyaaa...

tajnur said...

Assalamualaikum
Boleh dikatakan anak2 kinek tok udah kelalu gilak! Sik ada rasa sopan dan mulut sidakya sik ada insurans. Kdg2 terfikir, diseneylah emakbapak sidakya sampey susah nok terima kyatan akhlak mbiak kinek tok! Harap2 doa nok diberik kitak dapat melembutkan hati anak2, InsyaAlllah

ieda said...

cumeinya aisya ... semoga jadi anak kebanggaan ibu dan ayah yer cayunk :))

Afida Anuar said...

wahh Tajnur pun pandai berbahasa Sarawak...serba serbi pandai Tajnur ni..

Salam kak Tinie... insyaAllah moga soleh dan solehah semua anak-anak kak tinie.. nak kene print ayat2 ni,utk panduan fida di masa hadapan...insyaAllah ada umur,jika dikurniakan jdoh dan rezeki untuk beranak suatu hari nanti;)..doakan eh kak..

hazeleyed lady said...

Semuga kita semua memperoleh manafaatnya...dan Sis Tinie di rahmati allah selalu kerana berkongsi ilmu yang bermanafaat.TQ

MaizaC'Joe said...

Salam My lovely sis Tinie

thanks for the info.. Mana tau satu hari.. panduan untuk maiza juga.. :) InsyaAllah..

penjejak maya said...

salam,

perkongsian yang berguna untuk yang ada cahaya mata tu..

Pn Kartini said...

To my lovely Sis Ani:)

Salam:)
Mudah-2an...:)
Begitulah harapan semua ibubapa..memiliki kesempurnaan pada anak2:)

Pn Kartini said...

To my lovely KakCikS..:)

Salam:)
Betul sekali tu sis...
Namun sentiasa berharap dan berdoa agar berubah membentuk anak yang soleh/solehah..InsyaAllah:)

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

salam:)

Harap kitak sihat di sinun..:)

InsyaAllah...apa yang terbaik ..apa yg perlu dikongsi...kita cuba usahakan agar mendapat manfaatnya...
InsyaAllah..sentiasa beringat :)

thanks kitak:)

Pn Kartini said...

To Mr Pie Wahid:)

Salam:)

sama2 kasih..

semmgnya keberkatan dari punca rezeki bisa mempengaruhi keberkatan pemakanan yang semmgnya menjadi darah daging...Semoga tiada perkara2 subhah..InsyaAllah

Pn Kartini said...

To my lovely kak Erna:)

Salam:)

sama2 cuba mendidik agar membentuk mereka anak yang soleh/solehan..InsyaAllah:)

ermmmmmm.....dulu anakanda aisha cubby kannn:):)memng gerammmm:)

Pn Kartini said...

To Mr Tajnur:)

Salam:)

Mungkin sekarang anak2 banyak terdedah dgn benda2 yang mmebawa kpd kelekaan yang tertarik semata2 keseronokan..byk pengaruh -venya ...andai tiada bimbingan pasti menghanyutkan terus mereka dgn dunia mereka..
Moga dgn doa diberkati olehNYa dlm membentuk akhlak yg baik utk anak2 sekaligus membina benteng didlam jiwa agar terpelihara keimanan..InsyaAllah

Pn Kartini said...

To my dear ieda:)

Salam:)

Tksh dear utk doa...insyaAllah semoga anakanda aisha membentuk seorg yang solehah..:):)

Pn Kartini said...

To my lovely dik Fida:)

Salam:):)

Aukkk...pandey Tajnur kelakar sarawak owhhh...:):)

InsyaAllah dear...bila sampai masa dan ketikanya..fida cubalah apa yang terbaik demi anak2 yaa...:)

Pn Kartini said...

To my lovely sis hezeleyed:)

Salam;;)

Mudah2an..demi kebaikan bersama kan:)

Semoga akak jua sentiasa dilindungiNya dan bahagia disamping family tersayang..:)

Semoga Allah memberi kekuatan & kesihatan yang baik utk akak..take care my dear sis:):)

Pn Kartini said...

To My dear dik Maiza:)

InsyaAllah....
Bila tiba waktu dan ketikanya..:):)
Semoga nanti Maiza kan buat apa yang terbaik utk family yaa..:)

Pn Kartini said...

To Mr penjejak Maya:)

Salam:)
Mudah2nya ia sedikit sebyk dpt memberi manfaat utk semua...sama ada yang memiliki /bakal memiliki cahayamata..:)

TK said...

Dah OK your doter? Hopefully she is better now. Comelnya gambar2 masa dia baby dulu. Bila tgok gambar2 tu terasa teringin nak ada baby lagi..

Pn Kartini said...

Salam to my dear TK..:)

Alhamdulillah...dengan izinNya..sihat aisha:)
cuma 'terjangkit' pula selsema dari maknya..:)
Opss!!bagus tuu kalau dah ada keteringinan tuhh..:):):):)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran