CETUSAN MINDA

Anda Penghidap ADHD Dewasa?

Tidak boleh menumpukan perhatian??!!!!

Jawab 6 soalan di bawah untuk mengetahui adakah anda salah seorang penghidap
Attention Deficit  Hyperactivity Disorder ( ADHD)

Soalan-soalan di bawah dihasilkan dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)
& Persatuan ADHD yang ditujukan khas kepada individu 18 tahun dan ke atas :

PERATURAN  :  
-  Jawapan yang sejujurnya 
-  Setiap jawapan daripada setiap soalan perlu dicampur &
kemudian menjumlahkannya.

* SOALAN 1  :
-Sentiasa teratur -

Berapa kerap anda berdepan kesukaran untuk menyusun perkara secara teratur apabila melakukan tugasan yang memerlukan penyusunan  :

Tidak Pernah  : + 0
Jarang-Jarang  :  + 1 mata
Kadangkala  :  + 2 mata
Kerap  :  + 3 mata
Sangat Kerap  :  + 4 mata

                               SOALAN  2  :
         - Menangguhkan kerja-

Sekerap manakah anda cuba mengelak atau kerap menangguhkan tugasan yang memerlukan anda mencurah idea atau menggunakan daya kreativiti?
Tidak Pernah  : + 0
Jarang-Jarang  :  + 1 mata
Kadangkala  :  + 2 mata
Kerap  :  + 3 mata
Sangat Kerap  :  + 4 mata


SOALAN 3 :
- Sering Terganggu-

 Berapa kerap anda terganggu oleh aktiviti atau bunyi bising di sekeliling anda.
Tidak Pernah  : + 0
Jarang-Jarang  :  + 1 mata
Kadangkala  :  + 2 mata
Kerap  :  + 3 mata
Sangat Kerap  :  + 4 mata




SOALAN 4  :
- Duduk Diam-

Berapa kerap anda meninggalkan tempat duduk sewaktu sedang bermesyuarat sedangkan anda sepatutnya duduk diam di kerusi.

Tidak Pernah  : + 0
Jarang-Jarang  :  + 1 mata
Kadangkala  :  + 2 mata
Kerap  :  + 3 mata
Sangat Kerap  :  + 4 mata


                                SOALAN 5  :
        -Rasa gelisah-

Adakah anda sering resah gelisah atau sukar untuk bertenang?

Tidak Pernah  : + 0
Jarang-Jarang  :  + 1 mata
Kadangkala  :  + 2 mata
Kerap  :  + 3 mata
Sangat Kerap  :  + 4 mata

                             

                              SOALAN 6  :
                            -Sukar Berbaris-
Berapa kerap anda berdepan kesukaran untuk menunggu giliran sewaktu berbaris?

Tidak Pernah  : + 0
Jarang-Jarang  :  + 1 mata
Kadangkala  :  + 2 mata
Kerap  :  + 3 mata
Sangat Kerap  :  + 4 mata

KEPUTUSAN  :

Setelah menjawab kesemua soalan dan didapati markah terkumpul adalah
11 atau lebih,
anda mungkin penghidap ADHD dewasa.
Kesukaran untuk menumpukan perhatian menyebabkan hidup anda berdepan stress!
Untuk mengenalpasti adakah simptom yang anda alami berpunca dari ADHD,
anda dinasihatkan berjumpa doktor.


* Sumber : Bahan bacaan i-Sihat/Ogos2010

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran