CETUSAN MINDA

..Agar Tiada Penyesalan...


 Jalan mana yang mahu dipilih...
Ke kiri atau Ke kanan
Lantaran kebatasan kuasa akal manusia ,
yang  sememangnya  terhad 
dalam membuat sesuatu  keputusan yang sebenar-benar menjamin kebahagiaan 
untuk masa depan...

Sememangnya manusia itu bebas memilih. Memilih ke mana juga arah tujunya. 
Namun ingatlah, setiap pilihan itu akan dipertanggungjawabkan. 
Manusia dikurniakan pelbagai petunjuk dan bantuan dalam memilih pilihan mereka.
Allah mengurniakan kepada semua manusia AKAL untuk membuat pilihan. 
Terkadang Dia memberi petunjuk yang terlalu jelas di mata...
walau mungkin tanpa kita sedari...
Mungkin kita dikejutkan dengan amaran bencana yang melanda....,
Mungkin jua kita tersentap dengan sikap jelek manusia yang memperlekehkan 
 terang-terangan tanpa ada rasa sedikit rasa simpati mahupun rasa hormat....
mungkin jua kita diberikan banyak halangan olehNya dalam melakukan atau ke arah mencapai sesuatu....
Namun dengan kealpaan yang membatasi fikiran ..
petunjuk  dariNya berlalu begitu sahaja....

Apakah kita masih buta hati untuk menilai daripada apa yang telah terbentang 
di hadapan kita atas keizinanNya ini...

Fikirlah...Fikirlah...
untuk setiap pencaturan kehidupan kita...
Agar tidak kita menyesal di kemudian hari....
KepadaNya 
kita terus memohon petunjukNya... 
KepadaNya
kita berserah dgn istikarah padaNya...

 Kita katakan pasrah..kita bertawakkal

NAMUN

Tawakkal di sini tidaklah bererti meninggalkan usaha. 
Hendaknya setiap antara kita  bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapatkan penghidupan. Hanya saja ia tidak boleh menyandarkan diri pada kelelahan, kerja keras dan usahanya, tetapi ia harus meyakini bahawa segala urusan adalah milik Allah dan  
hanya dari Dia semata.


AKAL yang sihat akan memilih jalan-jalan kebenaran. 
Jalan menuju kebahagiaan..jalan menuju Syurga...


Semoga kita bersama-sama diberi petunjuk dalam membuat keputusan dalam apa juga pilihan. Beristikharahlah, semoga beroleh sebaik-baik hidayah.




12 comments:

Abd Razak said...

Salam kitak...:):)

Moga kitak beroleh kesihatan yang berpanjangan..:)

Setiap orang yang hendak mencapai tujuan hidupnya yang betul, perlu melalui jalan yang betul. Sebaliknya jika jalannya tidak betul maka kita tidak akan sampai kepada tujuan tersebut.


Maha suci Allah, Dia telah menetapkan jalan untuk melaksanakan misi tersebut. Andainya manusia menafikan salah satu atau kedua-dua perkara yang telah ditetapkan Allah itu akan membawa kita kepada kekeliruan yang dahsyat.

Justeru, dalam Islam tujuan dan jalan hidup yang tepat sama pentingnya untuk membawa kita ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan..:)

a kl citizen said...

ameen

semoga pilihan kita diberkati Allah sentiasa

terbaru dari saya : banyak pilihan

piewahid said...

jazakallah...
t kasih berkongsi peringatan dengan diri yg selalu alpa dan lupa!

Afida Anuar said...

Thanks kak tinie..atas perkongsian dan peringatan. Moga setiap pilihan yang dibuat sentiasa diiringi keredhaan Allah swt...

Zaitun said...

Terima kasih atas peringatan.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Pada suatu ketika Rasulullah saw mengumpulkan sahabat2nya lalu menggariskan garisan kiri dan kanan, kemudian digariskan pula garisan lurus dihadapan dan bersabda,`Jgnlah kamu lalui simpang2 kiri dan kanan krn ia akan menyeru ke jln neraka. maka hendaklah engkau ikuti jalan lurus dihadapan sambil membaca Surah AlAn`aam:153 وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٲطِى مُسۡتَقِيمً۬ا فَٱتَّبِعُوهُ‌ۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تَتَّقُونَ Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.
InsyaAllah, Allah SWT tidak akan menyia2kan amalan lelaki dan perempuan mukmin yg berpegang-teguh dgn tali Allah dan RasulNya spt terdapt dlm Surah AliImran:195 Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain
Wallahualam

Pn Kartini said...

To Mr A Razak:)

Salam:)MOga kitak sihat di sinun..:)

Semmgnya apa yg berlaku pada diri manusia itu adalah satu ketetapan dariNya jua...
Moga sentiasa diberi penunjuk dariNya jua..

Pn Kartini said...

To my dear sis nORMAH:)
InsyaAllah..
Moga yg terbaik mendatangi kita..:)

Pn Kartini said...

To Mr PieWahid:)

Salam:)
sentiasa pesan berpesan...:)insyaAllah

Pn Kartini said...

To my dear Dik Fida:)

Salam dear..:)

InsyaAllah..semoga sentiasa diberi penunjuk terbaik dariNYa...dan agar hidup ini sentiasa diiringi keredhaanNya..:)

Pn Kartini said...

To my lovely Kak Zaitun..:)

Sama2 kasih sis..:)

Pn Kartini said...

To Mr Tajnur:)

thanks utk penambahan ilmu tukk..:)
Semmgnya kita sentiasa menharap apa yg terbaik..:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran