CETUSAN MINDA

..DiTinggal..JANGAN!




RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: 
"Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.

 

Sahabat bertanya: 
"Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"
Jawab Baginda:

  1.     Hilang berkat umurnya 

  2.     Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi     
          kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).

  3.     Dihilangkan Allah tanda soleh pada mukanya.

  4.    Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik,    
          malah dia termasuk golongan munafik).

  5.    Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.

  6.    Doanya ditolak Allah.

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: 
“Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya. "

Kemudian bertanya lagi sahabat: 
"Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"



Jawab Baginda:

l.  Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas  
    kasihan.
 
2.  Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, 
     perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.
 
3.  Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini 
     tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: 
"Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"



Rasulullah SAW bersabda: 
"Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti."

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."

Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.

Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.


Sahabat bertanya lagi:
"Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan
solat ketika di depan Allah?"


Jawab Baginda: 
"Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.

"Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.

Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.
Firman Allah bermaksud; 
"Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).

 ..Sesungguhnya solat itu tiang agama....
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan........

Saje nak tenung!!...


........tenungan yang bisa memanah perasaan!
:P

..Agar Tiada Penyesalan...


 Jalan mana yang mahu dipilih...
Ke kiri atau Ke kanan
Lantaran kebatasan kuasa akal manusia ,
yang  sememangnya  terhad 
dalam membuat sesuatu  keputusan yang sebenar-benar menjamin kebahagiaan 
untuk masa depan...

Sememangnya manusia itu bebas memilih. Memilih ke mana juga arah tujunya. 
Namun ingatlah, setiap pilihan itu akan dipertanggungjawabkan. 
Manusia dikurniakan pelbagai petunjuk dan bantuan dalam memilih pilihan mereka.
Allah mengurniakan kepada semua manusia AKAL untuk membuat pilihan. 
Terkadang Dia memberi petunjuk yang terlalu jelas di mata...
walau mungkin tanpa kita sedari...
Mungkin kita dikejutkan dengan amaran bencana yang melanda....,
Mungkin jua kita tersentap dengan sikap jelek manusia yang memperlekehkan 
 terang-terangan tanpa ada rasa sedikit rasa simpati mahupun rasa hormat....
mungkin jua kita diberikan banyak halangan olehNya dalam melakukan atau ke arah mencapai sesuatu....
Namun dengan kealpaan yang membatasi fikiran ..
petunjuk  dariNya berlalu begitu sahaja....

Apakah kita masih buta hati untuk menilai daripada apa yang telah terbentang 
di hadapan kita atas keizinanNya ini...

Fikirlah...Fikirlah...
untuk setiap pencaturan kehidupan kita...
Agar tidak kita menyesal di kemudian hari....
KepadaNya 
kita terus memohon petunjukNya... 
KepadaNya
kita berserah dgn istikarah padaNya...

 Kita katakan pasrah..kita bertawakkal

NAMUN

Tawakkal di sini tidaklah bererti meninggalkan usaha. 
Hendaknya setiap antara kita  bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapatkan penghidupan. Hanya saja ia tidak boleh menyandarkan diri pada kelelahan, kerja keras dan usahanya, tetapi ia harus meyakini bahawa segala urusan adalah milik Allah dan  
hanya dari Dia semata.


AKAL yang sihat akan memilih jalan-jalan kebenaran. 
Jalan menuju kebahagiaan..jalan menuju Syurga...


Semoga kita bersama-sama diberi petunjuk dalam membuat keputusan dalam apa juga pilihan. Beristikharahlah, semoga beroleh sebaik-baik hidayah.




Cerita Si Penggali Kubur...


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur 
dan mencuri kain kafan untuk dijual.
Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, 
“Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.
” Yang pertama, 
aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” 
jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, 
“Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, 
“Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, 
“Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

Jawab ahli ibadah tersebut 
“Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu,
“Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,”  
sambung pemuda itu.

"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,”  
jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” 
 jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” 
tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, 
“Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

 

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.


* Sumber : Kiriman e-mail teman..tq :)
 ~ Pesan memesan..ingat mengingatkan sesama kita...
moga mendapat manfaatnya..InsyaAllah~

Hanya Ilusi...


.....nampak berpusing tak tayar basikal???

..titik kelabu antara kotak-kotak!?


Nampak pe yaa???
2 spesies haiwan???:)

Garisan lurus ke bengkok ekk???:p

fokus betul2 di bahagian tengahnya..!
Nampak pe yaa??


&

YANG  TERBAIK.......

:
:
:
.......itulah keunikan ciptaanNya 
yang dianugerahkan kepada kita...


Syukur...
Alhamdulillah....

Anda Penghidap ADHD Dewasa?

Tidak boleh menumpukan perhatian??!!!!

Jawab 6 soalan di bawah untuk mengetahui adakah anda salah seorang penghidap
Attention Deficit  Hyperactivity Disorder ( ADHD)

Soalan-soalan di bawah dihasilkan dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)
& Persatuan ADHD yang ditujukan khas kepada individu 18 tahun dan ke atas :

PERATURAN  :  
-  Jawapan yang sejujurnya 
-  Setiap jawapan daripada setiap soalan perlu dicampur &
kemudian menjumlahkannya.

* SOALAN 1  :
-Sentiasa teratur -

Berapa kerap anda berdepan kesukaran untuk menyusun perkara secara teratur apabila melakukan tugasan yang memerlukan penyusunan  :

Tidak Pernah  : + 0
Jarang-Jarang  :  + 1 mata
Kadangkala  :  + 2 mata
Kerap  :  + 3 mata
Sangat Kerap  :  + 4 mata

                               SOALAN  2  :
         - Menangguhkan kerja-

Sekerap manakah anda cuba mengelak atau kerap menangguhkan tugasan yang memerlukan anda mencurah idea atau menggunakan daya kreativiti?
Tidak Pernah  : + 0
Jarang-Jarang  :  + 1 mata
Kadangkala  :  + 2 mata
Kerap  :  + 3 mata
Sangat Kerap  :  + 4 mata


SOALAN 3 :
- Sering Terganggu-

 Berapa kerap anda terganggu oleh aktiviti atau bunyi bising di sekeliling anda.
Tidak Pernah  : + 0
Jarang-Jarang  :  + 1 mata
Kadangkala  :  + 2 mata
Kerap  :  + 3 mata
Sangat Kerap  :  + 4 mata




SOALAN 4  :
- Duduk Diam-

Berapa kerap anda meninggalkan tempat duduk sewaktu sedang bermesyuarat sedangkan anda sepatutnya duduk diam di kerusi.

Tidak Pernah  : + 0
Jarang-Jarang  :  + 1 mata
Kadangkala  :  + 2 mata
Kerap  :  + 3 mata
Sangat Kerap  :  + 4 mata


                                SOALAN 5  :
        -Rasa gelisah-

Adakah anda sering resah gelisah atau sukar untuk bertenang?

Tidak Pernah  : + 0
Jarang-Jarang  :  + 1 mata
Kadangkala  :  + 2 mata
Kerap  :  + 3 mata
Sangat Kerap  :  + 4 mata

                             

                              SOALAN 6  :
                            -Sukar Berbaris-
Berapa kerap anda berdepan kesukaran untuk menunggu giliran sewaktu berbaris?

Tidak Pernah  : + 0
Jarang-Jarang  :  + 1 mata
Kadangkala  :  + 2 mata
Kerap  :  + 3 mata
Sangat Kerap  :  + 4 mata

KEPUTUSAN  :

Setelah menjawab kesemua soalan dan didapati markah terkumpul adalah
11 atau lebih,
anda mungkin penghidap ADHD dewasa.
Kesukaran untuk menumpukan perhatian menyebabkan hidup anda berdepan stress!
Untuk mengenalpasti adakah simptom yang anda alami berpunca dari ADHD,
anda dinasihatkan berjumpa doktor.


* Sumber : Bahan bacaan i-Sihat/Ogos2010

..Senyum Di Wajah...

.....Yang Menenangkan Hati Di Sanubari....

Aisha dah sihat...:):)
Alhamdulillah......

.....mengaji iqra'..
:
:
:

Begitulah kan adabnya..bila melihat senyum di wajah..pasti menenangkan siapa2 yang memandang..
Alhamdulillah..aisha dah pulih dan sudah mula aktif seperti sediakala...:)
Ingat lagi...minggu lepas bila melihat anakanda yang tidak ceria..tambah pula dengan keadaannya yang tidak sihat....sememangnya menggugat juga rasa resah di hati..
Mulai minggu lepas lagi,atas nasihat doktor ..kini aisha 'dikerah' mengamal product Elken...
Kata doktor...
"mmglah badan akan bina sel2nya...namun sekadar terbentuk sel2nya...dan hasilnya mungkin tidak secantik mana..."..."macam umah jugak....sekadar ada tempat berteduh..di sbbkan bahan binaannya kurang...maka hasilnya sekadar sahaja!!".....

Agaknya mmg betul kata2 doktor tu...tambahan lagi si Aisha bukan spesies yang suka makan!!
Kalau makan pun sedikir jek kuantitinya...Jadi sebagai tambahan..agar cukup zat2nya...
Maka ikutlah cadangan doktor utk amal product Elken...
- Sprirulina,IG6 (susu awal lembu -tablet)& 
Kington Isotonic (cecair yang hampir menyamai bahan plasma badan )...

Sekadar berikhtiar...
Namun apa2...semuanya atas keizinanNya jua...
Semoga Allah sentiasa berikan kesihatan yang baik utk anak-anakanda..:)
InsyaAllah..
:)







Masih Ada Rindu ..?? :)

 
;)

Kan Ada Masanya....


Maaf..
Kali ini bagaikan 'merangkak'
Lantaran masa terbatas ..keadaan yang terduga
Membuat  hilang kata-kata....terdiam  seketika..
:
...maafkan ...
Andai salam tiada jawapan
Andai senyuman tiada sambutan
Andai kata-kata tiada  balasan..
:
 Namun
Yang Pasti...
Akan tiba masanya nanti..
Salam itu pasti terjawab
Senyuman itu pasti disambut mesra
Kata-kata  pasti dibalas indah

......................insyaAllah

.....S.A.B.A.R.....

..........sabarkanlah......

Aduhai....My Dear!!

Bila tetiba tiada senyumnya
Buat diri rasa gundah..
 :
 :
Semoga Aisha cepat sembuh!
:
:
:
Aisha suatu ketika dulu...:)
:
:
V
:
dalam demam2 pun..tersenyum lagi tuu..:)


...Lembutlah hati.....

.......Buah Hatiku...:)

Memiliki anak yang taat kepada suruhanNya dan jua kedua ibubapa sememangnya satu anugerah yang amat bermakna dan bernilai sekali....
Namun dalam membentuk anak pasti ada cara yang terbaik agar menjuruskannya nanti pada kebaikan..dan terbentuk mereka anak yang mempunyai jati diri yang kental sekaligus akan membahagiakan hati kedua ibubapanya...


Untuk n3 kali ini,ingin sekali berkongsi sedikit ilmu yang telah diterima dari seorang sahabat baik yang sentiasa memberi tunjuk ajar serta nasihatnya .:)
Dan diri terasa terpanggil untuk berkongsi bersama teman sekalian ,
demi kebaikan & kebahagiaan bersama:)

PETUA  UNTUK  MELEMBUTKAN HATI ANAK-ANAK

1. Baca dan tiupkan pada ubun-ubun anak.
2. Doakan supaya anak-anak lembut hati

Baca surah al-Hashr (Pengusiran) dari ayat 21 hingga 24.


لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعاً مُّتَصَدِّعاً مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
21 . Kalau sekiranya kami menurunkan al-Qur?an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.



هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ
22 . Dia-lah Allah Yang tiada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ
23 . Dia-lah Allah Yang tiada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan,Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan.


هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
24 . Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik.Bertasbih Kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi.Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.





Mudah-mudahan dengan amalan ini bisa melembut hati anak-anak..
InsyaAllah..
:)




** Sumber : Kiriman email dari teman..Tq
:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran