CETUSAN MINDA

Sekadar Ikhtiar...

Sakit itu Penghapus Dosa...

Sabda Rasulullah S.A.W  :
“..... tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

Baginda juga bersabda   :
bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian, dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu , maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.” 


Namun dalam menahannya sakit..kita wajar utk berikhtiar
Bukan bermakna taksub pada 'keajaiban' rawatan maupun ubatannya
yang menyembuhkan segala kesakitan..
Tetapi berikhtiar untuk mengurangkan kesakitan andai tidak tertanggung 
menahan penderitaan kesakitan yang mana mungkin menggangu
tugas atau amalan seharian kita...

Yang penting kita masih ingatkan pada diri...


kesakitan itu sebahagian dari ujian Allah kepada kita di dunia
Bagaimana tindak tanduk kita bila ditimpa sesuatu penyakit..
sememangnya ianya berkait rapat dengan aqidah..
bila sakit mengadulah kepadaNya dahulu, kemudian kita usaha berubat
dengan berserah segalanya kepadaNya..
Insya Allah akan Allah angkat kembali penyakit kita tu dengan redhaNya..
DariNya penyakit itu datang dan kepadaNya ia kembali...
Atas doa dan usaha kita....
 

* Kepada kalian..semoga dianugerahkan nikmat kesihatan yang baik
dan untuk teman yang mungkin kesihatan 
tidak mengizinkan...
Semoga cepat sembuh & kesabaran itu sentiasa ada...
:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran