CETUSAN MINDA

M.A.T.A


Rahsia Merehatkan Mata





Membaca boleh meletihkan mata. Ini akan mengganggu pembacaan yang seterusnya. Keadaan mata yang 'letih' wajar dielakkan kerana mata adalah 'saluran' pertama yang memasukkan semua ilmu ke dalam otak anda. 
Oleh itu amat perlu untuk 'merehatkan' mata anda pada setiap 1 jam.


Selepas mentelaah pelajaran selama 1 jam, 
bagaimanakah cara anda merehatkan diri anda? 
Adakah anda melompat terus ke atas katil????!!
Awas! 
Teknik yang salah untuk merehatkan badan anda mungkin boleh 'merehatkan terus' otak anda daripada berfikir. Anda perlukan teknik yang sesuai untuk 
merehatkan mata dan juga melegakan otak anda.


Amalkan teknik-teknik di bawah ini.


Untuk merehatkan mata: 
Gosokkan kedua tapak tangan anda sehingga panas. 
Letakkan kedua tapak tangan anda itu pada mata anda. 
Lakukan sebanyak 3 kali.


Untuk menguatkan mata: 
Putarkan biji mata anda ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. 
Buatkan 2 pusingan ke kiri dan 2 pusingan ke kanan.



Tahukah Anda???
Semasa anda sedang menumpukan sepenuh perhatian pada bahan bacaan, 
otot-otot mata anda akan menjadi kecut dan menegang.


Terdapat  cara untuk melonggarkan ketegangan otot mata anda iaitu:


1. Pandang terus ke depan.


2. Tumpukan perhatian anda pada mata anda.


3. Cuba rasakan seolah-olah mata anda sedang 'membesar'
dan bahagian dahi anda menjadi ringan dan longgar.


4. Urut bahagian-bahagian kepala anda supaya menjadi tenang dan ringan.


5. Tarik rambut anda segenggam demi segenggam (jangan sampai tercabut!).


6. Gosok dahi anda ke kiri dan ke kanan.


7. Dengan menggunakan tangan, sapu muka anda.


8. Sapu bahagian belakang tengkok anda.


9. Urut di kedua bahagian belakang telinga anda.


Amalan Senaman Ringkas Pula  :


- Berdiri tegak


- Tarik nafas panjang


- Lepaskan nafas melalui mulut


Senaman ringan ini akan menambahkan input oksigen ke dalam otak anda.
Ingat, otak juga perlukan oksigen untuk menjadi 'segar'. 
Ini akan memberikan tenaga baru bagi pembacaan anda yang seterusnya.


Jangan Lupa! 




Kesemua teknik berkesan ini perlu diamalkan dalam masa lebih kurang 10 minit 
selepas aktiviti membaca selama 1 jam.


** Sumber  : Kiriman email teman.TQ :)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran