Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara berhikmah yang membawa kepada manfaat sama ada utk dirinya mahupun oranglain.
Oleh itu, DIAM merupakan benteng bagi lidah dari mengucapkan perkataan yang sia-sia..
Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam :
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )
Antara Madah Untuk direnungkan :
* Banyak Berdiam Tidak Semestinya BODOH,
Banyak Cakap Tidak Semestinya CERDIK,
Kerana Kecerdiakan itu Buah Fikiran,
Orang Cerdik Yang Pendiam Lebih Baik Dari Orang Bodoh Yang Banyak Cakap!
* Menasihati Orang Yang Bersalah, Tidak Salah,
Yang Salah ..Memikirkan Kesalahan Orang
Tanpa Mencerminkan Akan diri &
Memikirkan Kelemahan Diri Sendiri..
* Kalau orang yang menghina Kita,
Bukan Kita Terhina Sebaliknya Orang Itu Menghina Dirinya Sendiri
Dengan ini..untuk peringatan kita bersama,
lidah yang dianugerahkanNya ini.. andai sentiasa membicarakan yg baik sudah pasti mempamerkan hati yang baik dan bersih yang akan memberi banyak hikmahnya....InsyaAllah.