CETUSAN MINDA

...Rest!..

( Ilustrasi Cerita Bergambar...Part II )
:)

Hari ini...dari pagi lagi...

PENAT!!!!!!!

Tertanya jugak.....Sebab semlm ke...??
(...sama tak kucing duk berurut dgn kucing yang atas tu..hehehe...)

Betul ke..selepas berurut kan rasa penatnya...
Ingatkan..makin cergas..!!aduhaii..

atau mungkin breakfast pagi tadi...
atau....
mungkin.... er....er..er

faktor usia yg dah 
TUA kuttt...!!
aduhaii...
Apa2...rest mesti cukup...!

                                                                 ermmmm...
Semoga teman kalian bisa merehat2kan diri...
Jangan memaksa diri sibuk dengan kerja jee...
(duk mengingat utk diri ini juga..hehehe)
sebab 
Rehat penting utk kesihatan yang optimum.!!!
Rehat bermaksud tidur yang cukup, selasa, tenang dan sedikit rekreasi 
di mana ia berkait rapat dengan fizikal dan minda. 
Rehat yang cukup membolehkan kita kembali segar dan bersedia melakukan
tanggungjawab dengan lebih baik dan berkesan...
InsyaAllah..
:):) 

Jangan Ambil Mudah !!!!

Salam..
Hari ini sebenarnya bercuti-cutian..
Sebab???
ermmm...begitulah kita..terkdg silap buat percaturan
Ingatkan diri perkasa..rupanya..bila dah nampak kesannya...barulah terkial-kial..aduhai..
ok..ok..
Apakah sebabnya...Apakah kesannya...???Inilah ilustrasi cerita bergambarnya..:):)

Last Week..Ahad..:

Dalam umah kita...mana lee ada benda alahh ni..

Bila lantai basah kita pun tak perasan...!
Hari berkenaan..cam biasalah Aisha kalau lepas mandi..camni lee lebih kurang
Aduhaii..basah kuyup jugaklah...cakap jekk dah lap tubuh..rupanya aduhaii..
maka lantai pun basahlah skit...
Oleh sebab orang sini tak perasan maka ...Opps!
Memang terasa lain macam...cuma buat2 think positive..
Allaa...nanti2 hilanglah sakitnya...
hinggalah..terasa
Maka hari ini...cuti sebab......
:
:
:

Kata-2 makcik urut...lebih kurang camni...
" Masa sekarang ni memang tak rasa apa2..kesan ia lum nampak lagi....
 nanti lama2...kan rasa akibatnya..."
&
ditambah lagi kata2 bernas dari makbonda..:)
" Masa ini tak apalah leh berjalan lagi....nanti2 bila tak boleh bergerak...sakit2
barulah tahu akibat jatuh laa...tak berurut laaa...!!!..bla ..bla......
(...panjang sgt kalau semua nak ditaip di sini..hehehe....)

Ringkasannya...:
Bila Jatuh tuuu...berurut lee sebelum terlambat...
aduhaii....!

Sekian...:)


Immature Love Vs Mature Love


Tangis Seorang Sahabat

Pagi nan redup..bagaikan mengerti irama di hati seorang sahabat
Datangnya sahabat meluah apa yang menusuk di jiwa
Dimula bicara nan tenang dalam riak wajah yang suram
Cuba untuk diri ini menumpu perhatian
Merasai apa yang dirasai olehnya...
Melihat deraian air mata menitis
Betapa dia merasai penderitaan sahabatnya
Betapa dia  seolah terkena tempias panahan golakan di jiwa
Seorang teman yang derita dek kasih yang goyah seorang suami...
Tika dulu susah senang sama diharungi
Tika dulu kasih sayang dipupuk bahagia
Namun
Kini..setelah tubuh lemah di kerusi rodanya
Tika itu jua..senyuman suami beralih arah..
Membiar penderitaan isteri...Melihat hanya sebelah mata
Sedangkan dia si suami memupuk bahagia ..bersama insan lain
Melupa hak ...Menafikan amanah...Mengingkari janji ..

Sahabat...
Sememangnya jiwamu halus
Namun tiada kudrat kita untuk mengubah segalanya..
Kerana itulah lumrahnya....itulah ketetapanNya...
Yang Pasti ada hikmah sebalik segalanya..

Moga...jiwamu sahabatku ..kan kembali tenang..
&
Temanmu..diberikanNya kekuatan mengharungi dugaan ini....


**  ermmm..Untuk sahabat,Sis Z.., lagu kesukaan sis...pasti tersenyum nii...!!!
(yelah...sempat nyanyi tadi tuuuu..rock gakk ekk....aduhaii..)
Tak yahh nangis2 ekkk...Sabar yaa.&...Smileeee!!!





S.M.I.L.E


Some Joys are better expressed in Silence as a Smile holds more meaning than Words.
I was asked if i enjoy having you in my life.......I Just Smiled!!


Don't Frown. You never know who is falling in Love with your smile.


Be nice & Smile to everyone you meet. You don't know what they are
going through,& they may need that Smile & treasure it. 


Hari ini ..usianya 8 hari..:)

Salam...:)
Memenuhi permintaan my sis..
Utk n3 kali ni..
Wajah ank sedara yang sempat diambil tika kunjungan
ziarah bersama ayhbonda semlm....
(Semlm bb masih berulang ke klinik utk diambil darahnya... kerana demam kuning!)

 

Hari ini  usianya sudah 8 hari..Moga bb kan cepat sembuh!!Utk makayah bb...Jgn sedih yaa..
InsyaAllah...kan sihat nanti..




M.A.T.A


Rahsia Merehatkan Mata





Membaca boleh meletihkan mata. Ini akan mengganggu pembacaan yang seterusnya. Keadaan mata yang 'letih' wajar dielakkan kerana mata adalah 'saluran' pertama yang memasukkan semua ilmu ke dalam otak anda. 
Oleh itu amat perlu untuk 'merehatkan' mata anda pada setiap 1 jam.


Selepas mentelaah pelajaran selama 1 jam, 
bagaimanakah cara anda merehatkan diri anda? 
Adakah anda melompat terus ke atas katil????!!
Awas! 
Teknik yang salah untuk merehatkan badan anda mungkin boleh 'merehatkan terus' otak anda daripada berfikir. Anda perlukan teknik yang sesuai untuk 
merehatkan mata dan juga melegakan otak anda.


Amalkan teknik-teknik di bawah ini.


Untuk merehatkan mata: 
Gosokkan kedua tapak tangan anda sehingga panas. 
Letakkan kedua tapak tangan anda itu pada mata anda. 
Lakukan sebanyak 3 kali.


Untuk menguatkan mata: 
Putarkan biji mata anda ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. 
Buatkan 2 pusingan ke kiri dan 2 pusingan ke kanan.



Tahukah Anda???
Semasa anda sedang menumpukan sepenuh perhatian pada bahan bacaan, 
otot-otot mata anda akan menjadi kecut dan menegang.


Terdapat  cara untuk melonggarkan ketegangan otot mata anda iaitu:


1. Pandang terus ke depan.


2. Tumpukan perhatian anda pada mata anda.


3. Cuba rasakan seolah-olah mata anda sedang 'membesar'
dan bahagian dahi anda menjadi ringan dan longgar.


4. Urut bahagian-bahagian kepala anda supaya menjadi tenang dan ringan.


5. Tarik rambut anda segenggam demi segenggam (jangan sampai tercabut!).


6. Gosok dahi anda ke kiri dan ke kanan.


7. Dengan menggunakan tangan, sapu muka anda.


8. Sapu bahagian belakang tengkok anda.


9. Urut di kedua bahagian belakang telinga anda.


Amalan Senaman Ringkas Pula  :


- Berdiri tegak


- Tarik nafas panjang


- Lepaskan nafas melalui mulut


Senaman ringan ini akan menambahkan input oksigen ke dalam otak anda.
Ingat, otak juga perlukan oksigen untuk menjadi 'segar'. 
Ini akan memberikan tenaga baru bagi pembacaan anda yang seterusnya.


Jangan Lupa! 




Kesemua teknik berkesan ini perlu diamalkan dalam masa lebih kurang 10 minit 
selepas aktiviti membaca selama 1 jam.


** Sumber  : Kiriman email teman.TQ :)

"Rumah Baru....!"


Salam...
:)
Hari ini..blog bertukar penampilannya..
PURPLE??????...
Yuuppp...My fav. colour..:)
Sebelum ini tidak terfikir nak bertukar wajah..
Mungkin salah satunya sebab hajat terhalang disebabkan
Fobia utk mengubah2 ..(sebab pernah seblm ini blog jd haru-birunya..
sbb tersilapedit-mengedit...heheheh)
Tapi entah macamana..
Semalam..
Tercetus di minda..Tergerak di hati..
Terkenan dgn template ni..
&
Akhirnya...dengan bantuan teman...
Niat di hati terlaksana jua..
Alhamdulillah...berjaya akhirnya..walaupun tidak sepenuhnya sempurna
disbbkan susunan dah jadi tidak teratur..aduhaii..
Yelahkan...namapun berpindah umah..mesti lee sakan menyusun apa yg patut..
:):):)
Kiranya...n3 ni selingan jap...sbb belum selesai lagi kerja susun menyusun!!!erkk..

Buat kalian...harap tdk pening yaa..
tgk blog yang masih dalam proses 'pemurnian' ni..

Sekian....
:):)

Khas buat sahabat  yang sudi mengajar sakan dan mengedit apa yang patut..:)

... really appreciate!!!
:)


..Syukur...

Glitter Text Graphics - http://www.glittertextgraphics.com
its_a_boy


Eksklusif  buat tatapan kalian
terutama buat
my sisters & bro...yang jauh nun di sana..:),
Teristimewa juga utk Ayahbonda tersayang
merangkap Ki & Wannya yang vogue gituu..
( Moga ayahanda cepat sembuh....-pstt!!hari ni keluar ward..aduhai...)
DAN
Yang paling bahagia hari ini..
Kpd makayah bb..Congrats on ur new bb BOY!!!!
:
:
:
Sabtu, 17 April 2010
5.08 am..2.7kg....
Hari ini Usianya...1 hari..:)
Cute!!!

  A cute pair of footprints...:)

INDAH DI MATA.....



flowers myspace orkut friendster comments

flowers myspace orkut friendster comments


DIAM


Tidak dapat dinafikan kita  sememangnya tahu akan keburukan dan dosa bila mengungkap kata-kata yang sia-sia atau dengan kata lain mengumpat akan seseorang..Namun kita sering alpa untuk mengawal lidah dan bagaikan penglipurlara dengan mudahnya menyusun bicara mengolah cerita tentang sesuatu kepada si pendengar yang setia.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara berhikmah yang  membawa kepada manfaat sama ada utk dirinya mahupun oranglain.
Oleh itu, DIAM merupakan  benteng bagi lidah  dari  mengucapkan perkataan yang sia-sia..


Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam :
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )

* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )

* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )


Antara Madah Untuk direnungkan  :

* Banyak Berdiam Tidak Semestinya BODOH, 
Banyak Cakap Tidak Semestinya CERDIK, 
Kerana Kecerdiakan itu Buah Fikiran, 
Orang Cerdik Yang Pendiam Lebih Baik Dari Orang Bodoh Yang Banyak Cakap!

* Menasihati Orang Yang Bersalah, Tidak Salah,
Yang Salah ..Memikirkan Kesalahan Orang
Tanpa Mencerminkan Akan diri & 
Memikirkan Kelemahan Diri Sendiri..

* Kalau orang yang menghina Kita,
Bukan Kita Terhina Sebaliknya Orang Itu Menghina Dirinya Sendiri 
Dengan ini..untuk peringatan kita bersama,
lidah yang dianugerahkanNya ini.. andai sentiasa membicarakan  yg baik sudah pasti mempamerkan  hati yang baik dan bersih yang akan memberi banyak hikmahnya....InsyaAllah.



LISTEN TO QURAN

Listen to Quran