CETUSAN MINDA

JOM! YOGA MATA ..!

Womens Freedom Pictures Colorful Photos Glitter Graphics Free Templates Flash Animation


Yoga Mata...antara cara yang boleh membantu untuk dapatkan mata yang sihat& bersinar!


SEHARIAN mengadap komputer ..berdepan debu serta habuk kotoran ditambah pula dengan tidur yang tidak mencukupi menyebabkan mata kelihatan lebam, kurang bermaya dan sembab. Keadaan mata yang tidak bermaya menyebabkan wajah kelihatan tua.!!!


Cara atasinya...dengan BERYOGA MATA!!!
Kebaikannya untuk melancarkan peredaran darah dan oksigen sekitar mata selain mampu mengatasi masalah dehidrasi dan penuaan.

Bagaimana melakukan yoga mata?

Bagi memastikan teknik yoga ini berkesan ia menuntut penghayatan dan kesungguhan.
Malah, pakar kecantikan barat mengakui kaedah ini berkesan dalam menjamin kualiti
kesihatan mata terpelihara.

1. Pastikan badan dalam posisi betul, ambil 
    masa 10 hingga 15 minit untuk 
    menenangkan diri, kemudian  tarik nafas 
    perlahan untuk memberi tenaga dan 
    melancarkan pengaliran darah


2. Bantuan krim mengelakkan garis dan kedut 
     sekitar mata diperlukan, urut 
     perlahan-lahan terutama di kawasan 
     kedutan bermasalah di bawah mata


3. Latihan dimulakan dengan menggerakkan 
    mata ke arah bawah, tahan dalam kiraan 
    lapan hingga 12 saat. Teruskan 
    menggerakkan mata ke arah atas, ke kiri 
    dan kanan dalam jumlah hitungan yang
    sama


4. Rehat sebentar, bagi memastikan mata 
    berada dalam keadaan lebih selesa


5. Secara perlahan-lahan putar bebola mata 
    mengikut arah jam,lakukan dengan tenang 
    ulangi beberapa kali mengikut keselesaan


6. Kemudian, fokus kepada satu objek yang 
    agak jauh, hala pandangan mata ke arah 
    satu titik objek tanpa berkelip


7. Teruskan dengan menggerakkannya ke sisi 
    kiri bawah,kanan ke atas, kanan bawah dari 
    kiri atas



8. Lakukan gosokkan antara dua telapak 
    tangan sehingga terasa panas, kemudian 
    letakkan dan tekapkan lembut pada mata 
    yang tertutup. 
    Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali


9. Akhir sekali, rebahkan badan atau tetap 
    duduk bersila. Tutup mata dan kosongkan 
    fikiran sehingga tubuh benar-benar relaks!




Relaksss!...
Bulat jek matanya..kan?
:)





**Sumber : BeritaHarian

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran