Bila musim hujan camni..pergerakan pun terbatas....maka terperap di dalam umah melayan kerenah anak dan juga berinternet...Bila dah berintenet,pelbagai bahan yang ada...kiranya maklumat sememangnya di hujung jari...juz click..!ermm..
Antara yang menarik perhatian..Satu dialog....agak lucu bila dibaca...Bukan pe..penggunaan bahasa sainsnya..
DIALOGNYA...:
Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku.Masihkah kau tidak membuat
sebarang hipotesisnya??
Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini,kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum ada kesahihannya.
Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya
nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya maupun mikroskop elektronnya
nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya maupun mikroskop elektronnya
Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga
untuk menyelesaikannya. Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perhubungan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami kelebihan hormon adrenalinnya!!!.
Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi,
aku telah mengalami spesies pria parasit yang terhebat.. Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Kusangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit yang hampehhh.. !!!
Nyah kau dari sini.Kusesarkan kau dari alamku..!