CETUSAN MINDA

Kisah Seekor Ulat...



KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya,
"Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S.

"Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' 
setiap hari sebanyak 1000 kali
dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca
'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali. 

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. 

Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah dijadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.




10 comments:

al-lavendari said...

salam.

segala sesuatu kejadianNya tentulah bersebab !

Abd Razak said...

Salam..:):)

Semoga kitak beroleh kesihatan yang berpanjangan dalam menjalankan tugas seharian..:)

Setiap suatu kejadian itu boleh membuat kita dekat dengan Allah, kita bisa menganggapnya sebagai berkah. Oleh kerana itu, jadikanlah setiap episode hidup kita ini sebagai momentum untuk menjadi lebih dekat kepada Allah.

Kesimpulannya, usahlah memandang rendah kepada orang lain kerana dalam hidup ini kita tidak bisa mampu melangkah seorang diri..

:):)

Kunang-Kunang said...

Salam Sis Tinie,

Kisah yang boleh dijadikan iktibar dan ikutan.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Tinie,

Kisah kecil yg besar iktibarnya. Sungguh Allah swt tidak menjadikan sesuatu itu dgn sia-sia melainkan ia pasti memberi munafaat pd yg lain.

TK said...

Thanks for sharing this. Selamat Berpuasa and Have a blessed Ramadhan sis! Puasa ni balik Tganu tak?

Ibuhani said...

Salam Ramdhan Sis Kartini......... :)

Afida Anuar said...

SubhanaAllah..

setiap ciptaan Allah itu, ada hikmah dan tujuannya..

Kak Tinie, moga ceria2 selalu di hujung minggu ni bersama keluarga tercinta..

mamawana said...

Salam caiyang...

Ulat tu cute ler.....

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Firman Allah Taala dl Surah AsSyu`raa:215 وَٱخۡفِضۡ جَنَاحَكَ لِمَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
Hidup ini hendaklah sentiasa bertawadhu`dan merendahkan diri. Tak akan rugi kalau kita merendahkan diri, lebih2 lagi mereka yg jauh lebih susah dari kita. Mrk inilah yg sentiasa mendoakan kesejahteraan org2 muslim setiap kali solat ketika tahayat awal dan akhir.

Idalara said...

Subhanallah..
kisah yg sarat dengan suri tauladan dan panduan..sebesar manapun kedudukan atau pangkat seseorg dia tetap sama di sisi Allah..

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran