CETUSAN MINDA

Sahabat..


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. 
Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung andai mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah....

11 comments:

Abd Razak said...
This comment has been removed by the author.
Abd Razak said...

Salam..:):)

Moga kitak sihat dan tenang dalam menghadapi tugas seharian..:)

Sukar untuk mencari sahabat yang memahami kita, setiap kesalahan yang kita lakukan mudah baginya memaafkan kita, setiap rayuan pertolongan kita pinta dihulurkannya bantuan tanpa mengira apa-apa, setiap masalah yang menjelma dalam diri kita diberikan semangat untuk bangun. Nasihat demi nasihat diberinya kepada kita, dia tidak pernah mengenal lelah.

Andaikata kita boleh jadi sebegitu kepadanya maka persahabatan itu akan kekal selamanya.

Tq kitak..:):)

maiyah said...

masih ada sahabat yg memahami biarpun sukar dicari

dan hargailah punyai sahabat yg baik

Afida Anuar said...

berkawan biar seribu....

thanks kak tinie sudi jadi sahabat fida di alam maya ni...insyaAllah kalau ada jodoh kita jumpa di luar maya pulak yer..insyaAllah..

Ibuhani said...

w/pun k.ani ni cuma sahabat di alam maya.....tp hati ku ikhlas bersahabat. Smoga kita dipertemukan satu hr nanti......insyaallah :)

Erna said...

keikhlasan penting dalam persahabatan..alhamdulullah..akak apat sahabat seari kecil..sehingga kini..saling memahami dan tak pernah marah bila ditegur..

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak..:)

Teman sejati anugerah dariNya..yang memutik rasa kasih sesama saudara..
Andai persahabatan ikhlas..sudahpasti kekal abadi..InsyaAllah..:):)

Pe2..tksh juak utk kitak...
menjadi sahabat pengunjung setia di situk...:):)

Pn Kartini said...

To dear Maiyah..:):)
Memang ramai yg boleh dijadikan kawan..namun terkadang sukar utk mencari sahabat yang benar2 setia di setiap waktu..
& Semmgnya masih ada di antara sahabat yg bisa memahami kita..ia bagaikan mutiara yang tiada bandingannya...:):)

Pn Kartini said...

To my lovely dik Fida..:):):)
Tksh jua pada dik fida kerna memberi ruang di hatimu utk ku bertahta sebagai teman..biarpun di alam maya..:):)
..(jiwanglah pulak ayat nii..hehehe)
InsyaAllah dear..kiranya ada jodoh antara kita..:):):):):)

Pn Kartini said...

To My lovely Sis Ani..:):)
Sis..
Walau kita ditemukan di alam maya..namun..keikhlasan dan ketulusan hati sis boleh dirasai..:):):)
Tksh..kerna diberi kesempatan bersahabat..MOga akak & anak2 bahagia selamanya..:):)

Pn Kartini said...

To my lovely sis Erna:):)
Alhamdulillah..kerna dianugerahkan olehNya sahabat yang sejati utk sis..
Semoga persahabatan kekal abadi selamanya..:):)

Tq sis ats kesudian menjadi teman walau di alam maya ini..:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran