LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN
Maksudnya :
"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah, melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim".
(Surah Al-Anbiyak : Ayat 87)
Diriwayatkan Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa :
"Barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah s.w.t. dari segala kesempitan".
Dan apabila Nabi Allah Yunus a.s. membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus a.s. terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai .
JADI...
maka bacalah doa Nabi Yunus ini...
InsyaAllah.....
~KISAH DI SEBALIK DOA NABI YUNUS A.S.....~
Di dalam Doa Nabi Yunus..ada disebut
.......sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim..
Zalim yang dirintihkan ini kerana Nabi Yunus sudah BERPUTUS ASA daripada usaha dakwahnya DAN TERUS MENINGGALKAN KAUMNYA lalu baginda pun menyerah kepada Allah. Bermakna baginda mengharapkan Allah menghapuskan kaumnya seperti mana yang berlaku kepada kaum Nuh dan Luth alaihimassalam. Maka nabi Allah Yunus pun keluar daripada kampungnya. Tatkala Yahudi mendapati nabi Yunus keluar meninggalkan mereka, lekas-lekas mereka bertaubat sehingga petanda kedatangan azab itu diredakan semula oleh Allah.
Allah khususkan cerita ini di dalam satu ayat yang bermaksud,
“Dan apabila Dia mahu menghancurkan sesuatu (karyah/pperkampungan) sesuatu kaum maka didatangkan bala bencana sebagai azab kepada mereka di dunia kecuali kaum Yunus, tatkala mereka nampak kedatangan azab maka bersegeralah mereka menyatakan keimanan (bertaubat) sehingga Allah menangguhkan azab tersebut...”
Tetapi hal itu tidak diketahui oleh baginda Yunus alaihissalam. Nabi Yunus mengikut kumpulan pelayaran. Ditakdirkan Allah, di tengah-tengah pelayaran, datang gelombang besar dan ribut taufan. Maka bermusyawarahlah mereka. Mereka bersetuju bahawa inilah kemurkaan Allah dan seseorang perlu dibuang ke laut sebagai meredakan ancaman murka itu. Mereka pun mencabut undi. Kali pertama diundi, terkena nabi Yunus. Mereka tidak berpuas hati kerana tidak mungkin seorang hamba yang soleh perlu dibuang ke laut. Maka diulang pengundian sehingga tiga kali.

Kisah ini diceritakan dalam ayat 139-147 surah Ash-Shaffaat.
“Ketika dia (Yunus) belayar di atas kapal – berlaku taufan dahsyat. Maka mereka mencabut undi, dan sesungguhnya dia (Yunus) dari kalangan yang terkena undi. Maka (Kami ilhamkan) al-hut (paus) menelan Yunus.”
Dalam ayat ini Allah memilih kalimah altaqamahu (menelan) bukannya akalahu (memakan) kerana itulah keistimewaan paus. Al-hut bukan spesies pembunuh seperti jerung.
** Terima kasih kpd sahabat atas peringatan utk
amalan doa ini...:)