CETUSAN MINDA

...Kenapa yaa??!..

 
Antara keratan akhbar
yg mempamerkan fenomena kepincangan kasih sayang
antara anak dgn ibubapa..
Kenapa yaa??
Sanggup mereka memperlakukan orgtuanya
sedemikian rupa..
:(
Mungkin ini petanda dunia akhir zaman
Banyak kepincangannya...yang terkadang tidak masuk dek akal!!

Untuk diri ini..
Kasih sayang ayah& ibu tiada tolak bandingnya..
Sesungguhnya rasa cinta dan kasih itu akan tetap teguh di sanubari..
hingga ke hembusan terakhir...
 


Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
















14 comments:

- jinggo - said...

saya pernah kerumah orang tua...
beberapa kali
ceritanya seakan sama...
kita menerima apa yg kita berikan...
cgu fahamkan.
ada kesilapan dimana2 semasa proses ' memperkenalkan' anak2 pada dunia dulunya.

Afida Anuar said...

Tak leh dengar lagu ni, atau apa saja lagu yang mengisahkan orang tua..pasti menitis air mata!

kenapa mereka sanggup buat begitu??

annie said...

salam Tinie, kasih ibu dan ayah hingga menutup mata...AMIN

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Malam semalam menonton Semanis Kurma, mengupas tentang berbuat baik kepada ibubapa. Menitis air mata menghayati cerita Ustazah Bahyah kisah benar anak-anak yg menderhaka pada kedua orgtua.

K.Yati dah lama kehilangan kedua orgtua yg telah pulang ke rahmatullah. Tak merasa lagi peluang bermanja dan menjamah masakan ibu. Semua hanya tinggal kenangan.

Kpd mrk yg masih punyai mak ayah, berbakti dan hormatilah keduanya semasa ada hayat mereka. Pamerkan kasih sayang seikhlasnya. Kalau tak dpt membantu dgn harta benda dan wang ringgit, cukuplah kalau tidak menyusahkan dan menyakiti hati mereka.

Abd Razak said...

Salam..:):):)

Lazim orang tua, pantang anak menegur! walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.

Andaikata ada yang terlanjur segeralah insaf dan bertaubat. Mohonlah maaf dari orang tua sebelum mereka menghempuskan nafas terakhir.

Moga kitak sihat..:):) maaf lambat!! :):)

maiyah said...

sy x bleh dgr lagu sudirman tu sbb airmata ni pasti kuar

Kunang-Kunang said...

Salam sis tini,

Saya rasa kita tidak boleh lagi berpandangan bahawa kita menerima apa yang kita beri sebab sebagai anak kita kena ingat kewajipan kita kepada ibubapa kita walaupun cara ibubapa kita tidak menepati cara sebenar.

Kita kena berubah kepada yang baik terhadap ibubapa kita supaya anak2 kita juga akan melakukan yang terbaik untuk kita kelak.

Kena ada pihak yang memulakan paradigma.

Pn Kartini said...

To Mr Jinggo..:):)
Mungkin ada benarnya juga..Namun andai si anak sedar akan peranan dan t/jwb serta kebajikannya pada orgtua..pasti tiada kes sedemikian rupa kann..:)

Pn Kartini said...

To dear Fida:)
ermmmmm...samalah kita ekk..sayu semcm jekk ..aduhaii..:)

Pn Kartini said...

To sis Annie..
:)
Sememangnya betapa besar pengorbanan ibubapa..:)

Pn Kartini said...

To Sis Yati:)

Sememangnya hati mudah tersentuh bila berdepan dgn cerita2 sebegini..
Semoga mereka sempat utk insaf dan memohon keampunan dari orgtua mrk..

Utk nasihat akak..tq..
InsyaAllah hati ayh mak dijagai sebaiknya..:)

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:):)

Andai rasa kasih mengatasi segala apa yg dirasai di hati..walau mcmmana sekali pun diasuh..namun sebagai ank..kasih orgtua sampai ke mati..& akan sentiasa menjaga kebajikan mereka dgn sempurna..:):)

Thanks utk komen kitak tukk..at least kita masih sudi memberi sedikit kata2/ilmunya..itu sdh memadai..:)Tq:)

Pn Kartini said...

To dear Maiyah..:):)
Tergerak nak masukkan lagu ni..asalnya ada tertgk program yg memainkan lagu ni..dan apa lagiii...bergenang dibuatnya !!sayu dgr!aduhaii...:)

Pn Kartini said...

Salam My dear Sis Ani:):)

InsyaAllah ..kan sentiasa ingat kewajiban seorg anak..walaupun mungkin dulu pernah juga dimarah..didenda..namun berkat semua itu..kita menjadi 'seseorang'..betapa besar pengorbanan ayhmak..(ermm..dah sebakkkkk nihh..aduhaii)..

Tq sis ..moga akak sentiasa dirahmatiNya..dan diberikan kesihatan yang baik..:):)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran