CETUSAN MINDA

BerInfo Jap ...!!!...


TAHUKAH ANDA??

CoklaT Lahir Perasaan CINTA!!..
 
COKLAT dikatakan mampu melahirkan perasaan kasih dan cinta
dalam diri individu...
Bagaimana???

Mengikut kajian saintis,kandungan phenylethylamine di dalam coklat
memiliki khasiat yang mewujudkan perasaan sayang!Selain distribusi
serotonin,dopamine dan noradrenalina yang dapat meningkatkan
perasaan gembira di dalam diri individu..!

STRAWBERI  Buah CINTA Yang Kaya KhasiaT..
 
Dengan bentuk unik persis hati,buah Strawberi dikatakan lambang
cinta kerana keindahan,keenakan dan khasiat kelazatannya
yang tidak terperi..
Mengapa dikatakan demikian??

Warna merah menggoda yang dimiliki melambangkan kekayaan
kandungan antisianin dan antioksidan di dalamnya.
Selain itu,strawberi kaya serat,rendah kalori,tinggi kandungan
vitamin C,folat dan potassium.
Gizi yang dimilikinya membuatkan buah ini mampu
menyusutkan kadar kolesterol dan bersifat anti radang!
Kandungan gula yang rendah sesuai untuk diet penghidap diabetes.
Dikatakan juga,dengan memakan Strawberi boleh menjadi awet muda kerana
ia menjadi terapi menghaluskan dan mencerahkan kulit serta mencegah kedutan!

 
KURMA MERAH Kuatkan Organ...
 
Kurma Merah..Rasanya yang manis dan lazat akan bisa membuatkan
kita terasa 'jatuh hati' padanya..Apatah lagi bila mengetahui
khasiatnya yang memberi impak positif kepada kesihatan tubuh manusia 
serta dipercayai boleh membantu menguatkan organ!
BAgaimana??

Mengikut kajian,mendapati buah kurma merah berupaya membekalkan 
Oksigen ke otak bagi menguatkan ingatan manusia.
Manakala, bidang perubatan tradisional cina pula,
menggunakan kurma merah untuk menguatkan
fungsi organ dalaman 
seperti peparu,jantung,perut dan limpa.
Kurma merah dikatakan kaya dengan vitamin C serta 
membantu menormalkan
tekanan darah disamping meningkatkan 
aliran darah!





 ** Sumber : Bahan bacaan- Harmoni


LISTEN TO QURAN

Listen to Quran