CETUSAN MINDA

BerInfo Jap ...!!!...


TAHUKAH ANDA??

CoklaT Lahir Perasaan CINTA!!..
 
COKLAT dikatakan mampu melahirkan perasaan kasih dan cinta
dalam diri individu...
Bagaimana???

Mengikut kajian saintis,kandungan phenylethylamine di dalam coklat
memiliki khasiat yang mewujudkan perasaan sayang!Selain distribusi
serotonin,dopamine dan noradrenalina yang dapat meningkatkan
perasaan gembira di dalam diri individu..!

STRAWBERI  Buah CINTA Yang Kaya KhasiaT..
 
Dengan bentuk unik persis hati,buah Strawberi dikatakan lambang
cinta kerana keindahan,keenakan dan khasiat kelazatannya
yang tidak terperi..
Mengapa dikatakan demikian??

Warna merah menggoda yang dimiliki melambangkan kekayaan
kandungan antisianin dan antioksidan di dalamnya.
Selain itu,strawberi kaya serat,rendah kalori,tinggi kandungan
vitamin C,folat dan potassium.
Gizi yang dimilikinya membuatkan buah ini mampu
menyusutkan kadar kolesterol dan bersifat anti radang!
Kandungan gula yang rendah sesuai untuk diet penghidap diabetes.
Dikatakan juga,dengan memakan Strawberi boleh menjadi awet muda kerana
ia menjadi terapi menghaluskan dan mencerahkan kulit serta mencegah kedutan!

 
KURMA MERAH Kuatkan Organ...
 
Kurma Merah..Rasanya yang manis dan lazat akan bisa membuatkan
kita terasa 'jatuh hati' padanya..Apatah lagi bila mengetahui
khasiatnya yang memberi impak positif kepada kesihatan tubuh manusia 
serta dipercayai boleh membantu menguatkan organ!
BAgaimana??

Mengikut kajian,mendapati buah kurma merah berupaya membekalkan 
Oksigen ke otak bagi menguatkan ingatan manusia.
Manakala, bidang perubatan tradisional cina pula,
menggunakan kurma merah untuk menguatkan
fungsi organ dalaman 
seperti peparu,jantung,perut dan limpa.
Kurma merah dikatakan kaya dengan vitamin C serta 
membantu menormalkan
tekanan darah disamping meningkatkan 
aliran darah!





 ** Sumber : Bahan bacaan- Harmoni


EksklusiF Untuk Tatapan.... :)



Kepada semua Kekanda + Adinda di perantauan.. :p:p:p
Atas permintaan 
Maka n3 khas utk tatapan
Anak sedara yg  menjangkau usia 7 bulan :)
Semoga bertambah rasa rindu + geram!
Dengan kiut miut si cilik...:):)Muahhss..:):)

&
Paling Eksklusif  !!!

 

 

Seorang lagi anak Saudara yang bakal muncul.....
InsyaAllah..
Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik 
pada Baby & mak Baby yang makin cute!;)
ermmm....
Guess...!!!!
Boy OR Girl...??!!
:)




Renung Sekejap..


PERTAMA




KEDUA



... Kian Pudar...



Dalam Membina satu ikatan ,
Kita akan percayakan pada Sahabat
Kemesraan yang terjalin atas dasar keikhlasan
Apa pun keburukan atau keaiban disimpan rapi
Segala apa kekurangan tiada penghalangnya
Semua atas kerna Memelihara kebaikan & kebajikan teman
Namun
Kadang-kadang Semua itu bersifat sementara
Tika sama-sama mengenal erti keperitan dan kesusahannya
Tapi..Bagaikan Sekelip Mata


 Bila tidak lagi setahap..sepangkat
Terlalu cepat merubah segalanya



Kalau Dulu Mesra itu ada......Kini Jurang Terbina
Kalau Dulu Mudah Berbicara....Kini Sukar Mencari Ruang Bermesra
Kalau Dulu berkongsi cerita...Kini Ada Kisah Yang Tersimpan
Kalau Dulu Mudah Meluahkan..Kini Hanya memendam  yang dirasa....
Kalau Dulu bersependapat.....Kini ada sahaja dipertikaikan...
Kalau dulu keakraban bersahabat
Namun
Kini Kerenggangan Mencipta Keegoan....
Kalau Dulu..
Kepercayaan Itu Ada
Kini
Ia Kian Pudar Ditelan waktu......





"Dalam Apa jua..
Suatu Ikatan Ukhwah biarlah persis Tasbih..
Ada Awalannya tapi Tiada Penghujungnya..
Dicantum Demi CintaNya,
Diratib Demi RedhaNya......"












Bila Tidak Sihat...

Hati Mula Gundah
Kerisauan Mula Menerjah
Emosi Mudah tergugat..
Lantas

Merampas Senyum Berganti Resah
 Begitu Rapuh Perasaan..
 

Kenapa??....Mengapa??...



To My Dear Aisha...










** CRK ...hari ini...!
:(

FoR The 2nd Time...CONGRATS!!


Congratulations Graphics

TO MY LOVELY SON....

 




 
UNTUK  APA  YAA???!!


Tengahari tadi,dapat panggilan dari sekolah rendahnya dulu..
memaklum hasil semakan semula keputusan UPSR 2009 
utk kertas Penulisan Bahasa Melayu  yang mendapat B terdahulunya
telah berubah kepada  A !!!
Bermakna..
Anakanda berjaya memperolehi keputusan 5A!!
Alhamdulillah


-->

Cuma terkilan bila mengenangkan anakanda Aizad tidak merasa
kegembiraan pada hari berkenaan....sama2 berkongsi kegembiraannya..
 
Betapa Aizad terpaksa berhadapan dengan kawan2nya yang majoriti
memperolehi 5A di kelasnya dulu..!
&
Betapa Anakanda hanya memberitahu makbondanya
akan tawaran rakan2nya ke sekolah berasrama..

Untuk Anakanda..

Ada hikmah dari apa yang berlaku...:)
Anggaplah ia satu ujian..
dan juga anggaplah ia satu permulaan yang baik sebagai pendorong utk
mencipta kejayaan yang seterusnya..InsyaAllah!
Sesungguhnya..perjalanan masih panjang..
Semoga Usaha sentiasa ada..

Dari makbonda..
 

Mari teringat.....


S.A.H.A.B.A.T

Semalam yang pergi
Sayup tak berpaling lagi
Tinggalkan semua
Pahit dan manis rasa


Di titian waktu
Aku yang terpisah jauh
Dari hidupmu
Kini merasa rindu


Sebaris namamu ku sematkan
Seraut wajahmu terpahat di ingatan
Dikaulah di antara
Insan yang bertakhta... Di jiwa


Seingatku dulu
Kita bergandingan bahu
Teguh bersatu
Bagai isi dan kuku


Dan tiada pernah ku menduga
Kini ku kehilanganmu
Bagai angin pantas menderu pergi
Membawa khabar yang pahit sekali


Sahabatku
Aku kini mencari bayangmu


Seingatku dulu
Kita bergandingan bahu
Teguh bersatu
Bagai isi dan kuku


Kini ku rasakan kekosongan
Setelah kau tiada lagi menemani
Jalan yang kulalui
Jalan jarang sama dititi
Sahabatku
Aku resah merindu 
Padamu....


Semalam Yang Ku Pergi
Sayup Tak Berpaling Lagi...










** Lagu nostalgia........Sarawak In Memory!


"Good friends...
are ALWAYS close at HEART...."


MinGGu Yang BermakNa... :)

Alhamdulillah....
Detik yang dirasakan bermakna sepjg minggu Ke-3 2010 ni..
Kenapa dikatakan begitu????...


I



 Masuk minggu Ke-3 baru laa Aisha tanpa dipaksa-paksa ..memakai uniform lengkapnya 
Vest + Tie

Hati makbondanya tak ada lagi rasa susah hati... Apa taknya...mingGu II Aisha  dikatakan tidak mahu belajar.. asyik sebut TAK NAK bila disuruh buat kerja sekolah olh gurunya..aduhaiii!!!  
                         Tapi..masuk minggu III nampak ada perubahannya...ada semangat!!
Yang nampak di mata..Aisha ceria !!

Di sebalik kerajinan tu..ada cerita di sebaliknya...
Disebabkan Aisha buat kerja sekolah pada hari akhir Minggu ke-2 lepas...
Maka...
Sepertimana yang Aisha inginkan....................ermmmmmm...:)


BARBIE...!!...
(Barbie yang dipilih sendiri olh Aisha....ish!.seksi lakk!)


II

Akhirnya..selesai juga episod rentas desa utk tahun 2010!
Yang lebih bermakna acara kali ni bila anakanda sendiri yang kena larinya..
Memang Aizad dah cakap kat makbondanya ni..
Yang dia akan dapat medalnya..ermm
(..masa tu..maknya memang dgr jekk..tk dek konfiden!...)
TUP-TUP....!!
 
Aizad...Peserta larian No 11 !
Gambar yang diambil oleh maknya merangkap penjaga check point 2!!
Kiranya dapatlah medal yang Jad cita2kan tu..:)
Tahniah !!!:)


III
Dalam sibuk2 dgn aktiviti latihan larian laa..,..kelab la..uniform la..
Alhamdulillah...
Selesai sebahagian dari tugasnya..
 
Pamplet pertama utk tahun 2010...
(Harap2...utk tahun 2010...biarlah AJK pamplet diserah pd orglain lakk...!!erkk!..)

 
 




Papan kenyataan Unit Kecemerlangan Akademik SPM
yang telah disempurnakan...:)

  

                            







METABOLISME RENDAH??!!!

Secara semula jadinya,
beberapa faktor akan memperlahankan Metabolisme :
 


1) Umur  :
Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar lima peratus selepas 40 tahun. Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnya apabila otot berkurang, kadar M_etabolisme juga menurun.




2) Jantina  :
Secara umumnya Metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka yang besar dan mempunyai kurang lemak badan.


3) Masalah hipotiroidisme :
Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan Metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.


                   4) Genetik  :

Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar Metabolisme cepat.



Jika  mempunyai kadar Metabolisme perlahan, usah bersedih kerana ia berlaku kepada kebanyakan orang. Walaupun ada banyak produk kesihatan dan pil yang mendakwa boleh mempercepatkan kadar Metabolisme , ia bukan kaedah terbaik...!


Mengamalkan gaya hidup kurang bergerak dikatakan menjadi penyumbang utama kepada kadar Metabolisme perlahan.Pengamalan  bersenam adalah satu langkah yang bijak ke arah meningkatkan kadar metabolisme badan.Namun..tanpa semangat dan keazaman kuat, bersenam adalah tugas yang sangat berat untuk dilakukan, 
walaupun ramai antara kita tahu manfaatnya.



Cara meningkatkan kadar Metabolisme dlm bdn kita :

1) Pemakanan




Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar Metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar Metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.


Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.


Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar Metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot.

2) Senaman 
Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.



Buat senaman angkat berat. Tidak perlu pergi ke gimnasium, mengangkat dumbel sudah memadai. Jika tiada, gantikan dengan botol mineral yang berisi air.



3) Minum banyak AIR 
Minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar Metabolisme , proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.


4) Tidur secukupnya. 
Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.




TiaDa Kata-Kata.....




Tetiba,
Tidak tercoret kata-kata..
Bukan kerana terbeban dek kesibukan masa

Namun

Sekadar hanya  kelemahan diri..
terhimpit antara perasaan
Lantas


Jiwa tersentap.. hati  sayup kejauhannya..
Namun
Entahlah..! 

Yang nyata ia tidak bisa  diluahkan

Terkadang..
Diri  tidak memahami
Perasaan itu menjengah tiba-tiba

Tanpa diundang..Tanpa dialu

Perasaan  bercampur baur menjadi satu..
Lantas meragut utk berkata-kata......
dan terus..
Mendiamkan Diri 

Di sini......










AL-KiSahnya..!

Al-Kisahnya.....
Si Aisha..

(Actually..tugasan ni perlu disiapkan semasa kelas tadikanya..!erk..!!)


Kerja Rumah Yang Separuh jalan dibuatnya..

Sebabnya...??!!



 
Aisha dengan websitenya..Boowa And Kwala
Minat punya pasal..pernah Aisha cakap
"Mak..Aisha nak bawak komputer ni kat sekolah!!"..fuhhh!


Bila dah mengadap tuuu
Sampai sudah homework tak dibuatnya..
Sampaikan maknya susah hati!!
aduhaii...

Tapi akhirnya..hasil pujukan psikologi ayahandanya..

Siap juga akhirnya....
Alhamdulillah...
:)







** Hari ini..appointment pakar..
Aisha dgn MMR vaccine boosternya...UUuwaaa..
meleret2 lakk nangisnya...kesian lak!

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran