CETUSAN MINDA

Perancang TERBAIK!..

Kisah di zaman Nabi Musa A.S.....


 Al-kisah seorang PEMUDA menerima seUNCANG EMAS daripada
BAPAnya yang telah DIBUNUH  & dia berhasrat memberikan emas itu kepada ibunya.
  Maka PEMUDA itu pulang ke kampung untuk menunai hasrat  murninya itu.
dengan menunggang kudanya.
Di pertengahan jalan,dia berhenti seketika untuk berehat namun kerana keletihan,
PEMUDA itu tertidur di bawah pohon dengan UNCANG EMAS  diletak di sisinya. 
Lena tidurnya akibat kepenatan berjalan jauh dan hanya terjaga bila hari telah gelap!
PEMUDA itu  terus mendapatkan kudanya untuk meneruskan perjalanan.
Dalam tergesa-gesa,uncang emas yang dibawa TERTINGGAL di bawah pohon.



Setelah beberapa lama pemuda itu beredar,
datang seorang KANAK-KANAK
melalui pohon tempat pemuda tadi tidur.
KANAK-KANAK itu terjumpa
UNCANG EMAS  yang ditinggalkan pemuda tadi  ,
lalu 
DIAMBIL & DIBAWA
pergi bersamanya.

Setelah jauh berjalan,
tiba-tiba  PEMUDA mula menyedari UNCANG EMASnya
tertinggal.Lalu berpatah balik untuk mengambilnya.
Apabila tiba di tempat tersebut, didapati seorang
LELAKI TUA sedang berehat di bawah pohon tersebut.


 PEMUDA itu terus dapatkan  LELAKI TUA itu lalu  bertanyakan UNCANG EMAS.
LELAKI TUA itu menafikan dia mengambil UNCANG EMAS,namun PEMUDA itu
tetap menuduh LELAKI TUA itu mengambilnya kerana HANYA DIA 
yang ada di tempat berkenaan.Sebaliknya  LELAKI TUA tetap menafikannya.



Akibat terlalu marah,PEMUDA itu MEMBUNUH LELAKI TUA dengan anggapan 
dialah yang mengambil UNCANG EMAS tetapi sengaja menafikannya
Setelah membunuh LELAKI TUA itu,
PEMUDA itu melakukan pemeriksaan untuk mendapatkan UNCANG EMAS,
ternyata usahanya GAGAL.
Lalu PEMUDA itu meneruskan perjalanan.

Peristiwa di atas telah dibawa kepada pengetahuan Nabi MusaA.S .
Akhirnya Nabi Musa A.S menjelaskan apa sebenarnya di sebalik semua itu.




Menurut Nabi Musa A.S,kisah KETIGA-TIGA orang itu ada kaitan 
antara satu sama lain.
:
:
AYAH PEMUDA & LELAKI TUA  adalah SAHABAT BAIK.
Tetapi keduanya terlibat dalam kegiatan MENCURI.
Di antara barangan yang dicuri adalah  UNCANG EMAS yang kepunyaan
KANAK-KANAK tersebut.
Oleh kerana TAMAK akan HARTA yang dicuri,
LELAKI TUA  itu MEMBUNUH  AYAH PEMUDA itu dengan hasrat untuk mengambil 
UNCANG EMAS itu. Namun hasrat LELAKI TUA itu tidak kesampaian  kerana
UNCANG EMAS itu telah diserahkan kepada PEMUDA itu oleh BAPANYA sebelum dibunuh.
DOSA kesalahan MENCURI dan MEMBUNUH oleh  LELAKI TUA itu.
telah diBALAS apabila dia sendiri DIBUNUH oleh PEMUDA yang kematian  BAPANYA akibat  DIBUNUH oleh LELAKI TUA.


KANAK-KANAK yang mengambil UNCANG EMAS semasa di bawah pokok itu 
adalah PEMILIK SEBENAR emas berkenaan!







Sebegitulah semua yang berlaku dengan keizinanNya dan perancangan ALLAH Taala
YANG MAHA BIJAKSANA...
Begitu HEBAT perancangan Allah dalam mengatur kehidupan makhlukNya di muka bumi..

Kita boleh merancang,Allah juga merancang,
namun perancangan Allah
LEBIH BIJAKSANA & ADIL..

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran