CETUSAN MINDA

Ia Yang Terpilih..


Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 73 :

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah 
mengenainya dengan bersungguh-sungguh. 
Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah,
yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun 
mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. 
(Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya),
dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).

Terdapat hikmah tersendiri yang hanya Allah  sahaja Yang Mengetahui dengan sebenarnya 
tentang pemilihan lalat dalam perumpamaan dan kiasan dalam ayat di atas.

Di antara faktor khusus yang terdapat pada lalat adalah
hina,lemah,kotor dengan jumlah yang banyak disamping mempunyai
pengaruh besar pada kesihatan manusia!
Maka dengan ini juga,
penciptaan lalat yang kecil dengan sifat sedemikian pun tidak dapat ditandingi oleh sesiapa jua,
maka tidak sewajarnyalah seseorang itu mensyirikkan Allah SWT.


Antara petikan dari Majalah Solusi/Isu 29  :


                                                 
    
      -  Banyak mikroorganisma yang bersekutu dengan lalat    
          seperti  pelbagai bakteria,virus,protozoa,kulat dan juga 
          cacing-cacing nematod yang menyebabkan banyak 
          penyakit kepada manusia mahupun haiwan ternak

      -  Mulutnya tidak seperti nyamuk yang seperti paruh yang 
         tajam sebaliknya berupa struktur yang berfungsi untuk 
         menjilat.

     -  Sebagai agen pembawa /vector/ pemindah pelbagai
        jenis
        organisma patogen yang boleh menimbulkan perbagai
        penyakit  : Seekor lalat dapat memindah lebih daripada
        30 jenis bakteria yang membawa penyakit & ia 
        membawa bersamanya lebih kurang 5 juta bakteria!

            Hasil kajian Prof.Dr Mustafa Ibrahim Hasan,
      Pengarah di Pusat Kajian Serangga Pembawa Penyakit,
              Universiti AL-Azhar,Mesir yang bertajuk  :
                " Penyakit & Ubat pada Dua Sayap Lalat "
                                  Telah mendapati  :

1.  Terdapat sejumlah bakteria yang pelbagai dan banyak   
     pada
     kedua-dua sayap lalat,tidak seperti sayap nyamuk yang 
     hanya mengandungi sedikit bakteria sahaja.

2.  Didapati juga,bakteria baik yang terdapat pada sayap lalat 
     adalah lebih banyak daripada bakteria jahat.

3.  Terdapat bakteria baik yang banyak pada sayap kanan 
     semua jenis lalat.Bakteria baik ini mampu bertindak 
     mematikan atau membunuh  bakteria lain dalam jangka
    waktu yang amat pendek!




Maka di sini jelaslah kepada kita mengapa Rasullullah SAW pernah bersabda
dalam sebuah hadis yang diriwayat oleh Imam Al-Bukhari yang bermaksud  :

“Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit
dan pada sayap yang lain terdapat ubat”.

Rasulullah SAW menyuruh agar ditenggelamkan lalat
dengan segera ke dalam air kerana
bakteria hanya aktif dan mampu bertindak apabila wujudnya
'perantaraan' seperti makanan atau minuman
yang terdapat di dalam sesuatu bekas.

Melalui perantaraan tersebut,
bakteria jahat dan bakteria baik akan bertarung  & natijahnya bakteria baik akan menghapuskan segala bakteria jahat!

Maka inilah sebab musabab mengapa Rasulullah SAW menyuruh kita berbuat demikian
adalah kerana untuk meneutralkan 'racun' yang ada pada lalat
sekiranya ia terjatuh ke dalam air.


Demikianlah kehebatan & kekuasaan Allah SWT.....
Biarpun ia hanya seekor serangga yang kecil,namun makhluk ciptaan Allah
ini juga sangat unik yang mungkin tidak pernah
kita terfikir akan kelebihannya....

:)


LISTEN TO QURAN

Listen to Quran