Tahukah Anda
Marah Mampu Mengganggu Fungsi Tubuh Kita?
Antara Implikasinya :
-OTAK-
Amarah anda itu mampu menjadikan anda seorang yang PELUPA.
Ini kerana apabila emosi marah menguasai diri,hormon 'cortisol' & hormon yang berkaitan stress yang lain akan dirembes dalam kadar yang tinggi mengakibatkan 'pusat memori' anda kian mengecut & kurang fungsinya!
- MATA-
Mampu membuat penglihatan menjadi berganda & kadang-kadang anda akan nampak satu garis cahaya mengganggu anda!
Gajala ini juga biasanya akan disertai dengan rasa pening atau migrain.Apabila anda marah,proses tekanan darah ke otak akan menegang & inilah puncanya!
-JANTUNG-
Inilah organ tubuh yang paling terjejas dengan emosi anda itu.Jantung akan diberi tekanan yang hebat setiap kali rasa marah & meningkatkan lagi tekanan darah anda.Jika tidak dikawal,kemungkinan akan diserang sakit jantung atau strok.
- PERUT-
Apabila marah menguasai fikiran,otak juga akan mengeluarkan bahan
kimia iaitu 'serotonin' & 'asetikolina' yang mampu mengurangkan
tekanan darah ke perut anda.Inilah faktor mengapa anda merasa seperti
tidak sedap perut atau tiba-tiba rasa sakit perut setiap kali dilanda
tekanan.
- SISTEM IMUNISASI-
Rasa marah juga akan mewujudkan perasaan ingin melawan dalam diri seterusnya membuat hormon 'epinephrine' dirembeskan.
Rembesan dalam kuantiti yang tinggi akan memberikan tekanan kepada sistem imunisasi tubuh yang membuatkan kita mudah diserang jangkitan atau penyakit.
- GIGI-
Adakala rasa marah mampu membuat kita terasa getaran pada gigi!
Situasi ini adakalanya berlarutan & boleh berlaku tanpa disedari dalam waktu tidur.
Mengetap gigi ini boleh menyebabkan rahang terasa sakit & lama-kelamaan mampu mengakibatkan gigi anda patah!
Maka dengan ini...