Pernah ke tidak mengalami satu perasaan RENDAH DIRI??
Memandang kehebatan dan kelebihan seseorang individu
yang menonjol serta berkeyakinan sekali...
Berbanding pada diri yang terasa
banyak kelemahannya??
Bagi yang merasai perasaan sebegini
Mungkin petikan artikel ini sedikit mereda apa yang dirasa!
Kadang-kadang, kita tak perlu jadi yang terbaik.
Terbaik itu biasanya hanya dimiliki oleh seorang dua aje.
Jadi, siapa pula yang nak jadi nombor tiga, empat dan seterusnya?
Maka dengan itu,
tidak perlu memaksa diri terlalu sangat untuk menjadi orang lain .
Terima sahaja keadaan kita seadanya.
Kita sebenarnya diciptakan dengan
banyak kelebihan. Orang lain boleh nampak pelbagai kelebihan dan kehebatan kita. Kita
sahaja yang terkadang selalu terlepas pandang.
Jadi, cuba untuk belajar terima keadaan kita seadaanya.
Bangun pagi-pagi, cuba anda pandang ke cermin.
Jangan pandang pada luaran mata anda.
Tapi, cuba untuk pandang jauh ke dalam mata itu.
Pandanglah ke mata hati anda.
Cuba tengok segala kelebihan yang ada pada diri anda.
Kita hebat, kita ada macam-macam keistimewaan.
Mungkin tanpa kita sedari sebenarnya ramai orang yang amat mencemburui
kelebihan yang kita ada.!!
Dan mungkin kelebihan yang
kita ada tu tidak semestinya dimiliki oleh semua orang.
Allah bagi setiap
hambanya tu dengan kelebihan-kelebihan yang memang khusus untuk
mereka. Setiap orang ada keistimewaannya.!
Jadi, mulai sekarang,
belajarlah untuk terima diri anda seadaanya.
Asal kita ikhlas, asal kita jujur,
InsyaAllah...Allah pasti bukakan jalan buat kita.
Buang sifat rendah diri,
jadilah kita manusia terbilang!