CETUSAN MINDA

image
image
image
image
image
image
Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

...Dalam Peliharaan-NYA..








CATATAN  ILMU  :


" Bila ingin tinggalkan sesuatu...
baca dengan penuh YAKIN bahawa
kita tinggalkan segala harta benda itu di bawah jagaanNYA.
ALLAH pemegang AMANAH.
Sesungguhnya Tidak Akan Mungkin
ALLAH engkarkan dengan AMANAH yang kita tinggalkan padaNYA.
InsyaAllah..
ALLAH akan memeliharanya..."












..Permudahkanlah..







Aamin...







Mendamba KeberkatanNya..















Kan Tiba Harinya...








Khas Buat
 anakanda dan semua anak didik
Aizad,Aqil,Rahman,Ayie,Ikhmal,Najihah,Aqilah,Aimi,
Amir,Aqif,Qayyum,Shafiq,Izzat,Nasrul,Luqman,
Al-Ghazali,Muzakkir,Izzuddin,
Shahiran,Zul


Selamat Menempuhi Kertas terakhir SPM 2014
BIOLOGI 4551/1-2-3

Moga Allah memberkati segala usaha kalian
Bertawakkal padaNya
Berdoa dan perbanyakkanlah selawat ke atas 
junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW
Yakinlah pada diri
Buat yang terbaik dan semoga 
semangat kalian mengiringi perjuangan kalian
dalam menempuhi kertas
 BIOLOGI SPM 2014.



Ya Allah
Kau berkatilah segala usaha anak-anak didik
Berilah yang terbaik buat mereka
Lapangkanlah hati mereka
Jauhilah dari kesamaran dan bimbinglah 
mereka dengan cahaya kefahaman
Bukakanlah pintu-pintu ilmu
Terangilah hati mereka dengan cahaya hidayahMu
Bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka,
Ya  Allah 

Perkenankanlah Ya Allah..

Aaminn..





..Bukan Insan Yang TERBAIK..
















SPM 2014





” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,
Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,
Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami 
di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas 
seruan dan perintah-Mu. 
Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,
lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu 
dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.
Amin Ya Rabbalalamin..”



 Buat anakanda..
Selamat Menduduki SPM 
Semoga Allah memberi ketenangan dan memberkati
segala usaha gigih..
Bertawakkal padaNya 
InsyaAllah. 
Kejayaan mengiringi anakanda dan
jua anak-anak didik sekalian

Aaminn




..Kemuliaan HATI..






"Ya Allah,
 jadikanlah kami hambaMu yang pemaaf, 
yang mampu membalas keburukan dengan kebaikan, 
membalas kebencian dengan kasih sayang 
agar kami bisa meneladani
Rasulullah SAW. 
Lembutkanlah hati-hati kami .
Cenderungilah hati kami ke arah redhaMU.

Ya Allah kabulkanlah doa kami"




Semoga diri  menjadi seorang yang pemaaf &
 mampu membalas kebencian 
dengan  kasih sayang



Aaminn





...Buat BONDA..




18 OKTOBER  2014










Ya Allah..

Sempena ulang tahun kelahiran bonda ke 70 tahun

Ku memohon padaMu Ya Allah

Panjangkanlah umurnya  dalam kebajikan dan keberkatanMu

Kau kurniakanlah nikmat kesihatan kepadanya



Ya Allah…

Kau berilah bonda kekuatan dan ketabahan

Dalam  mengharungi liku-liku kehidupan..

Kau limpahilah kebahagian di jiwanya

Kerana ku tahu..

Di dalam sanubarinya terpendam rindu yang membara

pada arwah ayahanda

Biarpun senyum ada di bibir

Namun di mata terselit seribu kepiluan



Ya Allah Yang  Maha  Penyayang..

Kau peliharalah bonda

Agar sentiasa dalam kasih sayangMu Ya Allah

Yang sentiasa mensyukuri atas segala rahmat dan nikmatMU

Kau ampuni segala dosa ibu…

Kasihanilahnya sepertimana

Dia mengasihi kami dari kecil hingga dewasa ini



Ya Allah..

Kumohon padaMU

Jadikanlah aku anak yang solehah

Yang tidak lupa dan jemu untuk  mendoakan bonda

Setiap detik ...setiap waktu..

Kau jadikanlah aku anak yang berguna…

Yang bisa  membalas segala jasanya….



Ya Allah… Ya Rahman.. Ya Rahim…

Kau pahatkan rasa cinta, sayang dan rindu ini pada bonda

sehingga akhir hayatku…

Aminnn… Ya Rabballamin..









Selamat Ulang Tahun Kelahiran
Buat bonda tercinta

Semoga Allah sentiasa merahmati dan menyayangi mu…



"Sayang mak selamanya......"
Terima kasih untuk  segala kasih sayang.."
:)











..Kelebihan Yaasin : 82..







Apakah 
RAHSIA dan KELEBIHAN
dari 
Surah Yaasin ayat 82?

:
:
:
:
:

V





Surah Yasin ayat 82 .
Ia boleh diamalkan untuk SEMUA HAJAT .

Baca dengan yakin
dan
berserah padaNya..
In Shaa Allah

Ketika baca  ayat 82 ini,
 Berhenti pada "kun" kemudian doa meminta apa yang dihajati 
dan 
sambung dan akhiri dengan "fayakun".



















....Salam Ramadhan..








Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa 
sepanjang Ramadhan 
&
DikurniakanNya kesihatan yang baik ..
Semoga amal ibadat nan ikhlas memperolehi pahala dan rahmatNya jua

Aamin..









..Moga Terpelihara Kesihatan....







..BERKATILAH..











...Hanya PADAMU..






...Moga Dalam LindunganNya Jua...



Hari ini...
Berangkatlah orang-orang tersayang
antara tetamu Allah di sana...





Ya Allah! 
Aku mohon supaya didekatkan dan dimudahkan perjalanan 
bonda, abang-abang, Kakak-kakak,adik & anak buah..
Kurniakanlah mereka kesihatan tubuh badan yang baik 
sepanjang menunaikan ibadah padaMu di sana. 
Sampaikanlah maksud mereka mengerjakan umrah 
dan ziarah makam
Nabi~Mu, Muhammad SAW.

Ya Allah! 
Kurniakanlah mereka rahmat dan keampunan~Mu. 
Moga mereka selamat pergi dan kembali..
amin




...Kau Pergi Jua...



Tugasan pertama 2013 ...
Kad Jemputan Majlis Perpisahan Tuan Pengetua....


3Hb Januari 2013...
Majlis perpisahan Tuan Pengetua 
diadakan di Dewan..

Salah satu pengisian majlis ..
Tayangan slaid dengan iringan lagu Pelangi Petang
yang membuai perasaan
Sememangnya mengusik emosi..

Namun
Jasad dan fikiran sememangnya tidak seiringan
Memandang satu persatu slaid di skrin
dengan pandangan kosong...
Lintasan di minda mengatasi segalanya
Mata berkaca menahan rasa..
Terasa sayu..
Sekaligus membuak rasa rindu....







 ....Rindu pada  yang telah pergi...
(19 -Januari-2011)
Moga Arwah Ayahanda ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin

Al-Fatihah......









...Doanya Tanpa Henti...



Nabi Yunus a.s. membuka kelopak matanya. 
Baginda kemudian menggerakkan tangan dan kakinya. Subhanallah. 
Aku masih hidup! 
Baginda merangkak dan meraba-raba di sekelilingnya. Gelap, basah dan menyejukkan. 
Malah baginda sendiri basah kuyup.



Ah! 
Baru baginda teringat. 
Bajunya kuyup kerana terjun dari sebuah 
kapal yang sarat dengan orang. 
Baginda teringat undian itu terkena padanya 
sehingga memaksanya terjun ke dalam laut.
 Jika tidak kapal itu akan karam. 
Baginda juga teringat dilambung dan dihempas 
ombak yang mengganas. 
Lalu, barulah baginda teringat lagi, 
dirinya telah ditelan ikan Nun.
 Ah! 
Rupa-rupanya  baginda berada dalam 
perut ikan Nun  yang gelap, 
basah dan 
sejuk.

Baginda menangis. 
Apakah ini hukuman daripada Allah SWT 
kerana baginda meninggalkan penduduk Ninawa
 yang tidak mahu menerima dakwahnya. 
Baginda  melarikan diri tanpa menunggu wahyu 
daripada Allah SWT. 
Baginda benar-benar berasa berdosa. 
Lalu tersedu-sedan baginda menadah tangan. 
Dalam gelap baginda berdoa,

“Ya Allah, sesungguhnya tiada Tuhan selain Engkau, Maha Sucilah Engkau dan sesungguhnya aku telah berdosa dan menjadi salah seorang daripada mereka yang zalim.”



Terlantun-lantun dan bergema-gema 
doa Nabi Yunus a.s. di dalam perut ikan Nun 
yang gelap dan basah itu. 
Baginda terus menangis dan 
tidak henti-henti  berdoa dan 
memohon keampunan 
daripada Allah SWT. 

Ketika asyik berdoa, 
tiba-tiba baginda dapat merasakan dirinya 
ditarik dengan kuat. 
Baginda tergolek-golek dan akhirnya 
tercampak keluar dari perut ikan Nun. 
Nabi Yunus a.s. membuka matanya. 
Dalam kesilauan, baginda mendapati dirinya  
berada di satu pulau yang dirimbuni 
dengan pohon buah-buahan.


“Sesungguhnya Allah SWT telah memakbul doaku. Sekiranya aku bukan dalam kalangan orang 
yang sentiasa mengingati-Nya, 
tentu  Allah SWT akan menghukum aku. 
Allah SWT akan membiarkan aku  di dalam perut
 ikan Nun yang gelap dan sejuk itu 
sehingga manusia dibangkitkan keluar dari kubur.” 

Nabi Yunus a.s. bersyukur sambil 
menarik nafas lega.



 Wallahu a'lam





LISTEN TO QURAN

Listen to Quran