CETUSAN MINDA

image
image
image
image
image
image
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tahan GODAAN!!?..


Satu perkara  yang perlu berwaspada
ketika bercuti2 begini
Adalah menghadapi satu fenomena daya tarikan  ...!
Apa yang dimaksudkan  Daya Tarikan ?
Contohlah yaa...
Untuk pelajar yang duk study
Bila meja study dekat dengan tempat tidur..
Bagaikan memanggil2 ia !!
Yang tak tahan seruan..
maka mudah jekk ZZzzzzzzzzzzz!!

Dan daya tarikan untk orang sini pula..yang bercuti2an
Bagaikan ada daya magnetnya iaitu 
tarikan  ke ...
DAPUR!!!!!!
Erkk!!
Seruan ke dapur  di sini bukan utk sakan memasak
Cuma di situ..
Selain dari kedudukan yang strategik
Sememangnya mudah utk tuan umah melangkah
Di situ juga lee
Banyak yang boleh di....

 Uhhhh!!
bAHAYA!bAHAYa!

Maka  hari ni...sebagai langkah berjaga2
diambilnya menda alah nii..

...dah lama tuannya buat tak pandang dengan dia!!..ermmm...

:)

Tapikan...
(mesti ada tapi!!huhu...)
Ada lak godaan lain..

:
:
:
:
:
:
V
.....dapat coklat lakk !!!..

Berpinar2 mata dibuatnya nii haa
uhh!
Kena alihkan pandangan berpinar2 tuu pada yang 
lebih menawan ....:

....rose!!...

ermmmm....
Tahan kee??


erk!





..Tak Tahan Leter??..




Di ambil daripada petikan Berita Harian Online Julai 2010,
satu kajian  yang dikendalikan di London, telah  merekodkan, secara purata, seorang isteri menghabiskan masa hampir enam hari dalam tempoh setahun semata-mata untuk berleter kepada suami mengenai pelbagai perkara terutama berkaitan 
urusan rumah tangga!!
 
Kajian yang membabitkan kira-kira 3,000 responden itu merumuskan golongan isteri menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun berleter kepada suami mengenai rutin rumah tangga, tabiat minum/merokok serta kesihatan mereka. Ini bersamaan dua jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau 
hampir enam hari setahun!!   

Manakala menurut pakar motivasi dan psikologi terkenal, 
Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah , 

berpendapat memang sudah lumrah semula jadi wanita yang memiliki paras hormon estrogen berlebihan lalu gemar meluahkan pendapat dan pandangan 
sehingga dilihat seolah-olah berleter. 
Menurut beliau lagi,
tujuan utama wanita terutama isteri berleter ialah untuk
membuktikan kasih dan sayang kepada pasangan


 Walaubagaimana,apabila beliau ditanya apakah mungkin 
berlaku kesan psikologi kepada suami jika saban hari dileteri isteri,

“ Memang tidak dinafikan lelaki akan menganggapnya begitu. Apatah lagi memang sifat semula jadi lelaki tidak suka diingatkan berulang-ulang terutama apabila dipesan isteri. Tanyalah mana-mana lelaki dari budak kecil hingga kepada golongan tua. Mana ada yang suka diingatkan berulang-ulang lebih-lebih lagi oleh wanita."

Sehubungan itu, 
beliau menasihatkan kepada para isteri yang kerap meleter :
:
*  Wanita terutama isteri perlu memahami masa dan waktu  yang sesuai untuk menegur atau memberi pandangan serta menyampaikan sesuatu mesej.

   * Leteran yang berjela-jela tidaklah penting..kerana dikatakan lelaki sebenarnya hanya mahu mendengar tiga patah perkataan saja dan selebihnya dirasakan seolah-olah tidak perlu. 
*  Adalah penting bentuk komunikasi dipelajari antara kedua pihak. Ini kerana melalui hubungan komunikasi itulah resipi kejayaan dalam mengeratkan hubungan suami isteri
*  Memberi teguran yang membina bukan semata-mata untuk menghentam mana-mana pihak dan perlulah kena pada 
tempat & situasinya!

:
:
Tip daripada Dr Fadzillah Kamsah  kepada suami  yang 
berhadapan dengan isteri suka membebel :

*  Sebagai ketua keluarga, suami wajar memberi nasihat tetapi biarlah secara rasional dan 
tidak sehingga mengguris hati pasangan.

* Suami disarankan agar  merenung sejenak faktor mengapa isteri berkeadaan sedemikian,berkemungkinan  budaya masyarakat yang tidak romantik 
antara sebab wanita sedikit tertekan.

* Amalkan  hubungan komunikasi dan saling bertolak ansur untuk 
kecapi  kebahagiaan suami isteri 


ermmm..
Kesimpulannya..suami isteri perlu ada rasa hormat antara satu sama lain.
Toleransi -Sabar & bertolak ansur itu penting!
Paling utama,tahu menjaga hati & perasaan masing-masing..
InsyaAllah!

Ok..Ok..
  Sebagai penutup untuk n3 kali ini...
diakhiri dengan satu animasi ,
semoga dapat menceriakan semua!!

:)










;)


Di Sebalik Riak Wajah..!!

Tertarik satu artikel bertajuk 
"Tip Membahagiakan Diri Melalui Penampilan Riak Wajah"
yang menekankan kepada kita agar bijak mengurus riak wajah agar riak yang dipamerkan itu
memberi manfaat untuk diri.

Di antara tip yang disarankan dalam mengurus emosi agar kembali keceriaan hidup  :

MENGANGKAT  KEDUA  KENING

Disarankan agar selalu mengangkat kedua-dua kening ke atas!
Andai diperhatikan orang-orang bersemangat bercakap,
contohnya penceramah motivasi atau pembaca berita,
pasti akan kita lihat kedua-dua kening terangkat-angkat secara 
semulajadi tanpa dipaksa-paksa.

Kening yang jatuh ke bawah dimiliki orang-orang yang sedang dilanda kesedihan.
Semangat diri sangat lemah hingga tidak mampu mengangkat kening!

RAHSIANYA?


Tahukah anda bahagian kening & dahi mempunyai banyak saraf yang bersambung ke otak.
Apabila kening& dahi digerakkan maka ia akan menarik saraf-saraf itu 
ke otak untuk menjadi aktif.
Otak yang aktif meningkatkan daya 'sensory' tubuh lalu mengaktifkan
sel-sel tubuh terutama bahagian muka.
Maka dengan ini,kita digalakkan amalan mengangkat kening ini
di mana sahaja terutama ketika diri dilanda kesedihan!
Ulang beberapa kerap,mudah-mudahanan cahaya kegembiraan 
kembali mewarnai wajah.


KEMBANGKAN LUBANG HIDUNG


Dari petikan artikel mengatakan selain mengangkat kening,
kita juga disarankan agar kembangkan lubang hidung besar-besar agar lebih banyak
oksigen masuk ke dalam tubuh.
Mereka yang di dalam kesedihan dikatakan hidung agak jatuh ke bawah dan makin bertambah
sedih,makin bertambah saluran pernafasannya!

RAHSIANYA :

Terapi ini dicadangkan bagi menambah oksigen ke dalam tubuh terutama bahagian otak.
Kekurangan oksigen yang menjadi makanan terpenting bagi otak boleh menyumbang kepada tekanan mental dan emosi.Bila otak cukup bekalan maka ia akan
mereda tekanan yang sedang dihadapi.


SELALU  BUKA  MULUT



Satu teknik mudah untuk mengembalikan keceriaan diri ialah perlu selalu bukakan mulut
hingga menampakkan gigi serta digerak-gerakkan lidah.
Secara mudahnya,kita berbicara dengan oranglain atau kita 
membuka-bukakannya ketika keseorangan.
Kekuatan diri akan timbul andai kita berbicara dan menggerak-gerakkan
lidah dengan kata-kata positif
mahupun dengan amalan zikir dan cuba elakkan mengunci mulut lebih
daripada 10 minit atau lebih!

RAHSIANYA  :
Menurut kajian neurosaintis,bahagian kawasan otak yang paling luas adalah bahagian
yang mengawal lidah dan tangan.Bila seseorang mengguna lidahnya secara aktif
maka secara tidak langsung ia mengaktifkan sebahagian besar
bahagian otaknya.
Pengulangan kata-kata yang diucapkan akan memberi kesan yang lebih kuat 
kepada pemikiran & hati!


RUMUSAN  :


Untuk mengembalikan semangat diri maka bolehlah cuba praktik apa yang disarankan
oleh Dr Muhamad Bin Jantan,Pakar Perunding Motivasi & Psikologi ini
iaitu  :

-Angkat Kedua-dua Kening Ke atas
-Kembangkan Lubang Hidung Seluas-luasnya
- Selalu Buka Mulut Sambil Menggerakkan  Lidah

Selamat Mencuba!!!!

:)

...KepuTusan...

Terima kasih pada yang mencuba menjawab kuiz 
dalam n3 terdahulu
&
Pastinya ingin tahu sejauh mana aras cemburunya
Adakah OK?...Tengah2..Sederhana?.....atau...
melepasi tahap gaban!!(ops!)


Maka Dengan Ini...
Keputusannya...:

:
:
V

25-30 Markah


Anda bukan cemburu & tidak pula menunjuk-nunjuk hak milik!
Sekiranya anda pula mempunyai jumlah keputusan dari 28 ke atas,anda sebenarnya
orang yang tidak mempedulikan.Anda mungkin dianggap salah dengan sikap anda itu.
Maka anda mestilah  berhati-hati pula!!
Lebih banyak jumlah yang diperolehi menunjukkan anda orang yang suka menaruh
kepercayaan pada teman anda/suami anda
Suami anda seorang yang bernasib baik mendapat anda yang benar-benar mempercayainya.


18-24  Markah


Anda tidak terlalu cemburu & menunjukkan hak milik.tetapi anda begitu tegas dalam
menentukan bahawa teman atau suami anda tidak menipu atau mempermainkan anda!
Kadang kala perangai anda yang tidak suka percayakan pasangan anda itu 
membuat anda begitu risau  dan suka berleter.
Cuba elakkan perangai itu,
cuba letakkan kepercayaan pada pasangan anda selari dengan kecintaan terhadapnya.
Pasti hubungan akan lebih  bermakna!



10-17 Markah


Anda adalah dalam golongan orang yang cemburu.
Kadang-kala perangai & sikap anda itu merunsingkan pasangan anda & juga 
diri anda sendiri.
Jangan pandang suami anda sebagai satu hak yang mesti anda miliki sepenuhnya
tetapi sebagai seorang teman.
Letakkanlah kepercayaan pada diri anda sendiri kerana ini dapat menolong
anda dari merasa takut pada sesuatu yang tidak sepatutnya dirisaukan.





Kuiz Untuk Si ISTERI....

Semalam...
Asalnya mencari slip PTK untuk difotostat..
Oleh kerana terlupa letaknya di mana..maka sakan lee duk mencarinya...
Belek itu Belek ini....punggah situ punggah sana...
Uhhhhhh!!!hampir nangis  give up gakkk!!!..
Lastttttttt sekali.....rupa2nya..hehehehe
Duk lam hand-bag!!!!!!!
Aduhaiii....


Ok...tu just intro utk n3 kali ni...
Dalam cari2 slip tu..maka terjumpalah keratan majalah ni yang elok tersimpan .. 

Daripada artikel bertajuk CEMBURU
terdapat kuiz :

ADAKAH ANDA SEORANG ISTERI YANG SUKA MENGUASAI SUAMI.....




Untuk teman yang  bergelar ISTERI...
(....atau bakal2 yang akan bergelar isteri.... !!;) )
Sila jawab kuiz dengan JUJUR ya..:)
Sila catat pilihan jawapan anda (a/b/c)untuk menjumlahkannya di akhir kuiz ini :

SOALAN  KUIZ  :

1.  Anda berjumpa sekeping gambar wanita teman lama 
suami anda.Orangnya cantik,
mungkinkah anda  :

a) Carik-carikkan gambar itu & membuangnya tanpa memberitahu suami anda
b) Letakkan semula di tempat yang anda jumpa & hanya mengusiknya sahaja dgn gambar itu
c) Berdiam diri & meletakkan semula di tempat yang anda jumpa kerana anda
menghormati suami anda & tidak mahu tahu kisah lamanya





2. Suami anda pulang lewat malam kerana keluar dengan 
teman-teman sekolahnya yang sudah
lama tidak berjumpa.Mungkinkah anda  :

a) Anda berasa senang kerana melihat suami anda gembira
bersama teman-temannya
b) Berasa marah & jemu kerana ditinggalkan keseorangan
c) Berasa cemburu & syak wasangka kerana disebabkan temannya ,dia sanggup
meninggalkan anda bersendirian





3. Ia berperangai tidak begitu mesra ketika anda ingin 
berbual-bual.Mungkinkah anda  :

a) Sembunyikan perasaan marah & kecewa anda
tetapi cuma melayaninya agar
berbual-bual juga dgn anda
b) Anda turut sama berdiam diri & menanti agar
dia sedar bhw perangainya yang
membuat anda begitu & tdk mempedulikan anda
c) Tidak mengambil peduli tentang perangainyaitu,
biar dia sendiri sedar & gembira semula






4.  Sekiranya dia terpaksa berjauhan dengan anda selama beberapa petang kerana menunaikan sesuatu pekerjaan yang disukainya.

Adakah anda akan merasa  :


a) Tidak bimbang-kalau itu kemahuannya..biarkanlah!
b) Anda tahu yang anda akan keseorangan & kesunyian tetapi anda sanggup menerimanya
c) Bersedih- sepatutnya anda mesti diutamakan dulu






5. Apabila ipar anda datang mengunjungi anda,adakah anda  :



a)  Gembira melihat mereka dan berasa senang
b)  Berasa selesa,tetapi gembira & lebih senang bila mereka pulang
c)  Sama sekali tidak senang & berasa gelisah







6. Satu cadangan telah dikemukakan di mana pasangan suami isteri
yang hendak pergi bercuti mestilah berasingan :


a)  Bersetuju sekiranya kedua belah pihak tidak membangkang-
tetapi itu bukanlah
cara percutian untuk anda sendiri
b)  Juga satu cadangan yang baik-kerana sekali sekala salah seorang dari
pasangan itu memerlukan masa di mana mereka boleh bersendirian
c)  Satu tanda yang merbahaya-setiap pasangan suami isteri sepatutnya ke mana juga terutama pergi bercuti mestilah bersama-sama




7.Dia memberitahu bahawa seorang kawan wanitanya 
begitu cantik & menarik.
Anda juga berfikir begitu di hati anda.
Adakah anda  :



a)  Bersetuju dengannya & berpendapat bahawa wanita itu memang mempunyai paras yang cantik
b)  Pura-pura bersetuju & cuba mengubah perbualan
c)  Katakan yang anda tidak pernah perasan tentang kecantikannya itu
kerana anda berpendapat terlalu kurus/gemuk dan sebagainya





8.  Bermesra dengan teman-teman anda.Mereka selalunya  :



a)  Teman-teman lama anda
b)  Teman-teman sebelah suami anda
c)  teman-teman dari kedua belah pihak anda &
juga suami anda






9.  Sekiranya dia lupa akan Hari Lahir anda,adakah anda berasa  :


a)  Begitu hampa & sedih
b)  Marah & berkecil hati
c) Begitu terkejut,tetapi tidak risau kerana perkara seperti itu
tidak menjadi hal pada anda






10.  Apabila masanya untuk memilih pakaian baru,adakah anda  :

a)  Suka membantunya dalam memilih pakaian baru supaya anda berdua bersetuju dengan pilihan itu
b)  Memberikan pendapat ikhlas tentang pemilihannya tetapi membiarkan pemilihan itu
dibuatnya sendiri
c)  Tidak mahu campur tangan.Pada anda pakaian adalah hak masing-masing


JUMLAHNYA 


Campurkan semua jumlahnya dari catatan di bawah untuk mengetahu keputusannya



Dah ada jumlahnya???
ermmmmmm......
tunggu yaa keputusannya di n3 akan datang...
Harap bersabar...hehehe
:):):)

..TahuKah AnDa..

KHASIAT BUAH-BUAHAN

Terkadangkala khasiat buah-buahan ini, jika diamalkan lebih mujarab daripada ubat-ubat yang mahal-mahal harganya di pasaran. Tetapi sebab kita tak tahu nak menggunakannya, sekadar tahu memakannya sahaja, tidaklah kita mendapat lebihan kemanfaatannya.

1. TOMATO merawat parut Jerawat Batu.


Gunakan sebiji tomato yang masak ranum, lumatkan dan campurkan dengan putih telor. Sapukan pada wajah yang ada parut jerawat batu dua kali sehari pagi dan malam. Lakukan selalu untuk mendapatkan hasil memuaskan.InsyaAllah dengan izin Allah parut jerawat akan hilang

2. AIR BASUHAN BERAS

Menjadikan Kulit Putih dan GEBU

Ambil air basuhan beras dan sapukan keseluruh badan sebelum mandi. Biarkan dalam tempuh 10 minit hingga kering kemudian gosokkan dengan span mandi. Amalkan setiap hari. InsyaAllah dengan izin Allah kulit anda akan menjadi cantik!


3 KULIT LEMBUT, LICIN DAN LEMBAB BERSERI.


Ambilkan sedikit madu lebah ( Madu asli ) sapukan pada wajah dan biarkan 15 - 20 minit. Kemudian bersihkan dengan air dan keringkan. Hasilnya kulit wajah anda akan menjadi licin, lembut dan berseri.

4. LIMAU NIPIS Hilangkan Bintik Hitam dan Putih pada Wajah


Caranya tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan campurkan bersama perahan air limau nipis, gaulkan bersama putih telor. Lebih baik jika telor ayam kampong. Lekapkan bancuhan bahan tadi kepada wajah yang berbintik-bintik ( Lebih baik ditempekkan menggunakan tisu ) biarkan hingga kering kemudian cuci dengan air suam. Lakukan selalu untuk hasil yang tinggi. InsyaAllah bintik-bintik pada wajah akan hilang beransur-ansur.

5. Daun Sirih & Limau Kasturi/Limau Nipis

Memulihkan
Kulit Perut Berlipat-Lipat ( Terutama bagi Wanita yang telah beranak ramai )

Sediakan satu sudu kapur sirih, dauh sirih, minyak kayu putih dan satu sudu air perahan limau nipis/kasturi. Semua bahan tersebut dilumatkan dan disapukan keperut yang berlipat-lipat tersebut. Lakukan setiap hari. InsyaAllah dengan izin Allah 
kulit perut menjadi tegang dan hilang lipatannya.

Selamat mencuba dan mendapatkan hasil yang sempurna. 
Mudah-mudahan anda semua sentiasa mendapat rahmat Allah S.W.T


Sumber  :  Kiriman email drp sahabat..Tq!

*  Kesimpulannya di sini..banyak khasiat yang kadang kala tidak terfikir oleh kita akan kebaikannya.
Dan untuk memperolehi manfaatnya..disiplin dalam diri perlu ada untuk mengamalkannya..
Begitu juga dalam penjagaan kesihatan kita...
Yang utama , rajin atau tidak ....atau perlu atau tidak perlu.atau elok atau tidak..
Itu sahaja..!
Dalam apa jua..terpulang pada kita...
:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran