CETUSAN MINDA

Di Sebalik Riak Wajah..!!

Tertarik satu artikel bertajuk 
"Tip Membahagiakan Diri Melalui Penampilan Riak Wajah"
yang menekankan kepada kita agar bijak mengurus riak wajah agar riak yang dipamerkan itu
memberi manfaat untuk diri.

Di antara tip yang disarankan dalam mengurus emosi agar kembali keceriaan hidup  :

MENGANGKAT  KEDUA  KENING

Disarankan agar selalu mengangkat kedua-dua kening ke atas!
Andai diperhatikan orang-orang bersemangat bercakap,
contohnya penceramah motivasi atau pembaca berita,
pasti akan kita lihat kedua-dua kening terangkat-angkat secara 
semulajadi tanpa dipaksa-paksa.

Kening yang jatuh ke bawah dimiliki orang-orang yang sedang dilanda kesedihan.
Semangat diri sangat lemah hingga tidak mampu mengangkat kening!

RAHSIANYA?


Tahukah anda bahagian kening & dahi mempunyai banyak saraf yang bersambung ke otak.
Apabila kening& dahi digerakkan maka ia akan menarik saraf-saraf itu 
ke otak untuk menjadi aktif.
Otak yang aktif meningkatkan daya 'sensory' tubuh lalu mengaktifkan
sel-sel tubuh terutama bahagian muka.
Maka dengan ini,kita digalakkan amalan mengangkat kening ini
di mana sahaja terutama ketika diri dilanda kesedihan!
Ulang beberapa kerap,mudah-mudahanan cahaya kegembiraan 
kembali mewarnai wajah.


KEMBANGKAN LUBANG HIDUNG


Dari petikan artikel mengatakan selain mengangkat kening,
kita juga disarankan agar kembangkan lubang hidung besar-besar agar lebih banyak
oksigen masuk ke dalam tubuh.
Mereka yang di dalam kesedihan dikatakan hidung agak jatuh ke bawah dan makin bertambah
sedih,makin bertambah saluran pernafasannya!

RAHSIANYA :

Terapi ini dicadangkan bagi menambah oksigen ke dalam tubuh terutama bahagian otak.
Kekurangan oksigen yang menjadi makanan terpenting bagi otak boleh menyumbang kepada tekanan mental dan emosi.Bila otak cukup bekalan maka ia akan
mereda tekanan yang sedang dihadapi.


SELALU  BUKA  MULUT



Satu teknik mudah untuk mengembalikan keceriaan diri ialah perlu selalu bukakan mulut
hingga menampakkan gigi serta digerak-gerakkan lidah.
Secara mudahnya,kita berbicara dengan oranglain atau kita 
membuka-bukakannya ketika keseorangan.
Kekuatan diri akan timbul andai kita berbicara dan menggerak-gerakkan
lidah dengan kata-kata positif
mahupun dengan amalan zikir dan cuba elakkan mengunci mulut lebih
daripada 10 minit atau lebih!

RAHSIANYA  :
Menurut kajian neurosaintis,bahagian kawasan otak yang paling luas adalah bahagian
yang mengawal lidah dan tangan.Bila seseorang mengguna lidahnya secara aktif
maka secara tidak langsung ia mengaktifkan sebahagian besar
bahagian otaknya.
Pengulangan kata-kata yang diucapkan akan memberi kesan yang lebih kuat 
kepada pemikiran & hati!


RUMUSAN  :


Untuk mengembalikan semangat diri maka bolehlah cuba praktik apa yang disarankan
oleh Dr Muhamad Bin Jantan,Pakar Perunding Motivasi & Psikologi ini
iaitu  :

-Angkat Kedua-dua Kening Ke atas
-Kembangkan Lubang Hidung Seluas-luasnya
- Selalu Buka Mulut Sambil Menggerakkan  Lidah

Selamat Mencuba!!!!

:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran