Al-kisahnya...
Di suatu masa warna-warna bertengkar sesama sendiri yang mendakwa
masing-masing adalah terbaik,paling penting,paling manfaat & paling diminati!
Kata HIJAU,
" Akulah yang paling penting di sini.Aku lambang kehidupan & harapan.
Aku dipilih untuk menjadi warna rumput,pokok & dedaunan.Tanpa aku bermakna
kematian.Lihatlah kehijauan alam & kamu akan melihat
bahawa akulah yang paling banyak & menonjol"
BIRU mencelah,
" Engkau hanya berfikir tentang bumi.Cuba fikirkan juga tentang langit & lautan.
Bukankah air asas kehidupan?
Dari lautan,awan menyerap air ke atas.Ruang udara memberi ruang
& suasana kedamaian.
& suasana kedamaian.
Tanpa suasana kedamaian yang aku warnai,tak ada maknanya kamu semua di sini"
KUNING tergelak sambil berkata,
"Kamu semua serius sangatlah!!Lihatlah aku yang mewarnai tawa,
kegembiraan & keriangan kepada dunia.
Matahari kuning,bulan kuning,bintang-bintang pun kuning.
Cuba lihat bunga matahari,
melihatnya saja mencetuskan senyum di bibir.
Tanpa aku, suramlah dunia ini tanpa keceriaan.
OREN tidak mahu ketinggalan,
" Aku warna kesihatan & kekuatan.Mungkin aku kurang kelihatan,
berbanding yang lain.
berbanding yang lain.
Yang sedikit itu biasanya berharga.Aku berkhidmat pada manusia.
Aku ada di kebanyakan vitamin-vitamin penting.
Lihatlah lobak merah,buah oren,labu,mangga & buah betik.
Muka aku tidak bersepah-sepah tetapi ketika aku menghiasi alam tatkala matahari
terbit dan terbenam,keindahanku membuat semua orang lupa pada kamu semua"
MERAH tidak sabar lagi lalu menjerit,
" Aku ialah penguasa di antara kalian.Aku warna darah & kehidupan ialah darah!
Aku lambang ancaman & keberanian. Aku sanggup berjuang bermati-matian
untuk kebenaran. Aku mewarnai semangat dalam aliran darah.
Tanpa aku,bumi ini gersang seperti bulan.
Aku warna kasih-sayang
& cinta
UNGU rasa sangat tercabar lalu berkata dengan meninggikan diri,
" Aku warna diraja & lambang kekuasaan.Raja ,pemerintah selalu memilihku kerana
aku lambang autoriti & kebijaksanaan!
Aku sentiasa didengar & ditaati tanpa dipertikai/dipersoal.
Ungu juga memberikan kesan kaya, dramatis dan canggih serta berhubungan
dengan kemewahan serta kreativiti"
INDIGO juga ingin memberi pendapat dengan rendah hati &
suara yang rendah tetapi tegas,
" Aku ini selalu tersirat sehingga sukar dilihat tetapi tanpa aku,
kamu semua sekadar lahiriah.Akulah intipati pemikiran & pemaknaan dalaman.
Hidup tidak akan seimbang tanpa aku.Akulah ketenangan dalaman
yang didambakan oleh semua"
Sedang rancak perdebatan antara warna-warna alam,tiba-tiba dentuman guruh
dengan kilat sabung menyabung.Hujan mula turun dengan lebat.
Warna-warna tadi ketakutan lalu mendekati satu sama lain,bersatu menghadapi
suasana yang menakutkan itu.
suasana yang menakutkan itu.
Di celah-celah dentuman guruh & halilintar,
hujan yang telah lama bersabar mendengar perdebatan warna-warna menasihati mereka.
"Kenapa kamu semua jadi bodoh?Kenapa bergaduh &
berbangga diri dengan kelebihan masing-masing?
Bukankah Tuhan telah mencipta kamu masing-masing
dengan tujuan & keistimewaan tersendiri
walaupun berbeza?
Sekarang berganding tangan dan segera datang kepadaku!!"
Warna-warna tunduk & akur.
Hujan meneruskan nasihatnya.
Hujan meneruskan nasihatnya.
" Mulai hari ini, setiap kali hujan turun datanglah
bersama dalam satu kesatuan yang damai
& harmoni sebagai pelangi merentas langit"
Sejak itu..tiada lagi perdebatan antara warna yang masing-masing cuba mendabik dada ,
riak mengatakan kelebihan masing-masing.
Perumpamaan di atas sekadar membawa kita sekalian yang
dianugerahkan akal fikiran
dianugerahkan akal fikiran
untuk merenung kembali hakikat kehidupan ini.
Yang sering bertengkar bukanlah pelangi tetapi MANUSIA
yang bukan sahaja bertengkar,menfitnah mahupun menuduh malah paling
menyedihkan bila membawa kepada episod pertumpahan darah!
Semoga kita berpijak di bumi yang nyata dengan kerendahan hati seorang hamba
yang betul akan niatnya serta ikhlas dengan segala apa yang dipertanggungjawab ..
Semoga keindahan pelangi di kala hujan bertamu
memberi inspirasi untuk menghargai,mengiktiraf &
sekaligus mewujudkan keharmonian sesama insan...
:)
Olahan sumber :
Artikel oleh Pn Sofiyah Rasin/09
Moga memberi manfaat bersama...