Ingat Dua Perkara
Kebaikan, jasa dan budi orang kepada kita perlu
diingat selalu dan
sekiranya berpeluang,
maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun
balasan itu tidak setimpal
Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dan mensyukuri segala nikmat dan
limpah kurnia Allah SWT
kepada kita yang tidak terhingga banyaknya.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
”Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Adh Dhuha:11)
Ini supaya kita terasa terhutang budi dan berterima kasih kepada orang yang berbuat baik
dan berjasa kepada kita.Tentulah terhadap Allah, lebih-lebih lagi patut kita rasakan
sedemikian. Memang patut kita taat dan bersyukur kepada Allah, dengan
membuat amal kebajikan biarpun segala amalan itu tidak mungkin setimpal
dengan kurniaan Allah.
II
Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa kita ingat dan kita
minta maaf daripadanya.
Ingat selalu tentang kesalahan diri agar
kesalahan itu tidak diulangi.
Rasa bersalah itu penting kerana rasa
itulah yang mendorong kita meminta maaf.
Itu terhadap kesalahan kita terhadap sesama manusia. Lebih-lebih
lagilah kita perlu ingat dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Kita iringi ingatan kepada dosa-dosa
itu dengan bertaubat. Kekalkan rasa
berdosa itu supaya kita terhindar dari terbuat
dosa-dosa yang lain dan
hati kita sentiasa takut dan berharap agar Allah ampunkan dosa kita.
Lupa Dua Perkara
I
Lupakan segala budi, jasa dan kebaikan kita kepada orang.
Jangan diungkit-ungkit dan dikenang-kenang.
Kembalikan segala kebaikan yang kita buat itu kepada Allah.
Rasakan
seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada orang.
Lebih-lebih
lagi, kita kena lupakan segala amal ibadah yang telah kita buat kepada
Allah.
Jangan diungkit-ungkit atau dikenang-kenang.
Rasakan seolah-olah kita tidak beramal.
Dengan itu moga-moga hati
kita tidak dilintasi oleh rasa ujub,
riyak atau rasa diri
baik dan mulia.
II
Lupakan kejahatan orang terhadap diri kita.
Anggaplah seolah-olah
tidak ada siapa yang bersalah dengan kita supaya
tidak tercetus rasa
marah atau dendam terhadap orang.
Lebih-lebih lagi hendaklah kita lupakan segala kesusahan dan ujian,
musibah atau mala petaka yang Allah timpakan kepada kita
seperti sakit,
kematian, kerugian,kekalahan, kemalangan dan kegagalan.
Atau banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit,
kemeseletan ekonomi dll.
Supaya tidak tercetus perasaan tidak
sabar dan tidak redha dengan
ketentuan Allah.