CETUSAN MINDA

Kuiz Untuk Si ISTERI....

Semalam...
Asalnya mencari slip PTK untuk difotostat..
Oleh kerana terlupa letaknya di mana..maka sakan lee duk mencarinya...
Belek itu Belek ini....punggah situ punggah sana...
Uhhhhhh!!!hampir nangis  give up gakkk!!!..
Lastttttttt sekali.....rupa2nya..hehehehe
Duk lam hand-bag!!!!!!!
Aduhaiii....


Ok...tu just intro utk n3 kali ni...
Dalam cari2 slip tu..maka terjumpalah keratan majalah ni yang elok tersimpan .. 

Daripada artikel bertajuk CEMBURU
terdapat kuiz :

ADAKAH ANDA SEORANG ISTERI YANG SUKA MENGUASAI SUAMI.....




Untuk teman yang  bergelar ISTERI...
(....atau bakal2 yang akan bergelar isteri.... !!;) )
Sila jawab kuiz dengan JUJUR ya..:)
Sila catat pilihan jawapan anda (a/b/c)untuk menjumlahkannya di akhir kuiz ini :

SOALAN  KUIZ  :

1.  Anda berjumpa sekeping gambar wanita teman lama 
suami anda.Orangnya cantik,
mungkinkah anda  :

a) Carik-carikkan gambar itu & membuangnya tanpa memberitahu suami anda
b) Letakkan semula di tempat yang anda jumpa & hanya mengusiknya sahaja dgn gambar itu
c) Berdiam diri & meletakkan semula di tempat yang anda jumpa kerana anda
menghormati suami anda & tidak mahu tahu kisah lamanya





2. Suami anda pulang lewat malam kerana keluar dengan 
teman-teman sekolahnya yang sudah
lama tidak berjumpa.Mungkinkah anda  :

a) Anda berasa senang kerana melihat suami anda gembira
bersama teman-temannya
b) Berasa marah & jemu kerana ditinggalkan keseorangan
c) Berasa cemburu & syak wasangka kerana disebabkan temannya ,dia sanggup
meninggalkan anda bersendirian





3. Ia berperangai tidak begitu mesra ketika anda ingin 
berbual-bual.Mungkinkah anda  :

a) Sembunyikan perasaan marah & kecewa anda
tetapi cuma melayaninya agar
berbual-bual juga dgn anda
b) Anda turut sama berdiam diri & menanti agar
dia sedar bhw perangainya yang
membuat anda begitu & tdk mempedulikan anda
c) Tidak mengambil peduli tentang perangainyaitu,
biar dia sendiri sedar & gembira semula






4.  Sekiranya dia terpaksa berjauhan dengan anda selama beberapa petang kerana menunaikan sesuatu pekerjaan yang disukainya.

Adakah anda akan merasa  :


a) Tidak bimbang-kalau itu kemahuannya..biarkanlah!
b) Anda tahu yang anda akan keseorangan & kesunyian tetapi anda sanggup menerimanya
c) Bersedih- sepatutnya anda mesti diutamakan dulu






5. Apabila ipar anda datang mengunjungi anda,adakah anda  :



a)  Gembira melihat mereka dan berasa senang
b)  Berasa selesa,tetapi gembira & lebih senang bila mereka pulang
c)  Sama sekali tidak senang & berasa gelisah







6. Satu cadangan telah dikemukakan di mana pasangan suami isteri
yang hendak pergi bercuti mestilah berasingan :


a)  Bersetuju sekiranya kedua belah pihak tidak membangkang-
tetapi itu bukanlah
cara percutian untuk anda sendiri
b)  Juga satu cadangan yang baik-kerana sekali sekala salah seorang dari
pasangan itu memerlukan masa di mana mereka boleh bersendirian
c)  Satu tanda yang merbahaya-setiap pasangan suami isteri sepatutnya ke mana juga terutama pergi bercuti mestilah bersama-sama




7.Dia memberitahu bahawa seorang kawan wanitanya 
begitu cantik & menarik.
Anda juga berfikir begitu di hati anda.
Adakah anda  :



a)  Bersetuju dengannya & berpendapat bahawa wanita itu memang mempunyai paras yang cantik
b)  Pura-pura bersetuju & cuba mengubah perbualan
c)  Katakan yang anda tidak pernah perasan tentang kecantikannya itu
kerana anda berpendapat terlalu kurus/gemuk dan sebagainya





8.  Bermesra dengan teman-teman anda.Mereka selalunya  :



a)  Teman-teman lama anda
b)  Teman-teman sebelah suami anda
c)  teman-teman dari kedua belah pihak anda &
juga suami anda






9.  Sekiranya dia lupa akan Hari Lahir anda,adakah anda berasa  :


a)  Begitu hampa & sedih
b)  Marah & berkecil hati
c) Begitu terkejut,tetapi tidak risau kerana perkara seperti itu
tidak menjadi hal pada anda






10.  Apabila masanya untuk memilih pakaian baru,adakah anda  :

a)  Suka membantunya dalam memilih pakaian baru supaya anda berdua bersetuju dengan pilihan itu
b)  Memberikan pendapat ikhlas tentang pemilihannya tetapi membiarkan pemilihan itu
dibuatnya sendiri
c)  Tidak mahu campur tangan.Pada anda pakaian adalah hak masing-masing


JUMLAHNYA 


Campurkan semua jumlahnya dari catatan di bawah untuk mengetahu keputusannya



Dah ada jumlahnya???
ermmmmmm......
tunggu yaa keputusannya di n3 akan datang...
Harap bersabar...hehehe
:):):)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran