CETUSAN MINDA

Berwaspada!!...

Petikan dari bahan bacaan Rapi/Disember 2010
tentang supplement  berikut  :

INFO 1

VITAMIN  E


Jadikan Vitamin E Menu WAJIB!!

Kajian The England Journal Of Medicine menunjukkan,individu sihat yang diberikan supplemet vitamin E dalam diet seharian mereka sebanyak 100IU  (International Units)  mempunyai risiko 40% lebih rendah diserang SAKIT JANTUNG berbanding mereka yang tidak mengambil sebarang jenis makanan yang mengandungi Vitamin E.

Justeru itu,
kita disarankan mengambil Vitamin E setiap hari yang boleh diperolehi dari makanan
seperti salad,aprikot,kekacang seperti badam dan makanan segar yang lain.

Tapi AWAS!!!
Pengambilan Vitamin E TIDAK BOLEH melebihi 1500 IU perhari
kerana andai terlebih ia mungkin meningkatkan risiko berlakunya
pendarahan dalaman.


INFO  2


Kalsium

Supplemen Kalsium Boleh Sebabkan Penyakit Jantung!

Dalam penemuan terbaru pada 29 Julai 2010, orang yang mengambil supplemen kalsium
kini terdedah dengan risiko serangan jantung.

Analisis kajian ini dilakukan termasuklah dengan pelbagai ujian klinikal 
melibatkan 12,000 pesakit.

Hasil kajian mendapati,supplemen kalsium yang mereka ambil ada kaitan dengan peningkatan risiko penyakit jantung sebanyak 20% hingga 30%.Penyelidik Ian Reid dari University of Auckland berkata,sudah sampai masanya satu kajian perlu dibuat untuk menilai kembali peranan kalsium dalam merawat dan menghalang masalah osteoporosis.
Kata beliau lagi,kita perlu menilai sama ada supplemen kalsium ini benar-benar sesuai dengan semua orang atau tidak!

Moga info ini sedikit sebanyak boleh memberi panduan dan peringatan
dalam aspek pemakanan & pengamalan supplemen
agar ia tidak memudaratkan.

Bukan pada orang lain..tetapi untuk orang sini juga.....!!
SEBAB???
:
:
:
V
erkkk!!!

:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran