Doa Mengelak Gangguan Manusia Dan Jin
Maksudnya:
“Maka adakah patut
kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada
ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu
(menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” [115]
Maka (dengan yang demikian) Maha
Tinggilah Allah Yang Mengyanuasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar;
tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. [116]
Dan sesiapa yang menyembah tuhan
yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang
keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan
amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya
orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. [117]
Dan berdoalah (wahai Muhammad
dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat,
dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!” [118]
Doa yang dipetik dari blog Faridrashidi.Com
- ada ceritanya di sana!