Tertarik pada satu petikan artikel
berkenaan REZEKI..
&
pada masa yang sama..
teringat nasihat teman agar yakin akan rezekiNya..
Sesungguhnya rezeki datang dari Allah jua...
Setiap antara kita yang diciptakan oleh Allah s.w.t telah ditetapkan
rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah s.w.t yang
Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua
makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah
sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun
daripadanya.
Manusia diminta untuk berusaha, berdo'a dan
bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah
disedaikan oleh Allah s.w.t. dimuka bumi ini.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
"Jika
sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal,
pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki
kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong
dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah
penuh."
Orang-orang yang bertawakkal ialah mereka yang yakin dengan jaminan
rezeki
daripada Allah s.w.t.
dan mereka akan mendapat balasan yang baik
di akhirat nanti.
Dan sebagai orang yang beriman,
menjadi kewajipan kita menyerahkan
diri kepada Allah terhadap segala keperluan hidup
diatas muka bumi ini.
Kerana Allah telah menjamin rezeki hamba-hamba-Nya ...