CETUSAN MINDA

..Al-Fatihah..


Assalamualaikum...

Hari ini..
Entah kenapa dari semalam teringatkan pada seorang teman 
yang terlantar di hospital beberapa hari yang lalu .
Sebenarnya teman ini telah pun selesai menjalani pembedahan di Pusat Rawatan Swasta 
Namun seminggu selepas itu terpaksa dipindah ke hospital kerana komplikasi dari pembedahan..
Dan hari ini..
Semakin teringat akan dia
dan diri rasa terpanggil untuk  melawatnya  bersama rakan guru yang lain hari ini..
Namun...
Kita manusia hanya bisa untuk merancang
Namun segala2nya hanyalah dariNya jua....


Hampir pukul 11am tadi...
Satu berita yang mengejutkan dan membuat diri tergamam 
Apa tidaknya....dalam pada kita merancang untuk melawatnya
Kita mendapat berita yang beliau telah kembali ke Rahmatullah
& jenazah dijangka tiba pukul 2pm dan akan disemadikan sebelum asar!


Kiranya...Hari ini...
3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan
Seorang teman..
Seorang Ustazah di sekolah 
telah kembali menemui penciptanya..
Semoga Roh arwah dicucuri rahmatNya dan 
ditempatkan di kalangan mereka yang beriman... 






Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah sahabatku ini ,
Naikkanlah darjatnya diantara orang yang mendapat hidayah dari Mu,
Dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. 
Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, 
Luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya...
Seseungguhnya kepada Mu lah tempat kami memohon keampunan & keredhaan.
Amin....


 

 
**
...sekembali melawat arwah...
pulang ke rumah...teringat n3 yang lepas...& tercari2 n3 lama
Teringat kenangan tika arwah mencerita  adik iparnya yang kembali 
ke Rahmatullah tahun lepas...
dan siapa menduga....
rupanya hari ini arwah pula meninggalkan kita..
& membuat diri terfikir.....
bagaimana pula hari kita......

14 comments:

Cikli said...

amiin. semoga beliau beroleh jannah

Abd Razak said...

Assalamualaikum kitak..:)

Innalillahi wa inna ilahi rajiun..

Moga Allah ampunkan segala dosanya dan tempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang berbahagia di sisi~Nya...amin

dan..

Semoga kitak sihat hendaknya dan dikurniakan Allah kekuatan untuk menjalankan ibadah kepada~Nya di sepanjang bulan Ramadhan ini..amin

ibuintan said...

al-fatihah..

takziah buat Tinie kerana kehilangan seorang sahabat

moga allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan menempatkannya dalam kalangan ahli syurga

Acik Erna said...

Amin..Alfatihah buat kawan tini..semoga rohnya dicucuri rahmat.

Afida Anuar said...

Innalillahiwainnailaihirojiunn..

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kawan kak tinie...Meninggal di bulan yang penuh barakah, moga2 syurga tempat beliau..insyaAllah..

missgee said...

Al-fatihah untuk arwah..

Salam takziah untuk keluarga arwah..

P/s: Ajal dan maut takde sapa yang dapat duga..

Kunang-Kunang said...

Al-Fatihah untuk Almarhumah dan takziah kepada keluarga beliau.

hazeleyed lady said...

Dear sweet Tinie

Salam takziah buat sahabat Tinie
Selamat menjalani ibadah puasa ...semuga memperoleh sejuta ganjaranNya

hani@debumelukut said...

salam takziah..alfatihah.

Teacher Basariah said...

daripada Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali..semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman..kita juga akan dipanggil menghadapNya suatu hari nnt..

Nur-nba said...

Assalamualaikum Kak Kartini,
Salam takziah buat akak dan keluarga teman akak tu.

Memang bila kita berdepan dengan berita kematian, selalu terkenang bagaimana pula kesudahan hayat kita..

Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Amin. Al-Fatihah.

Zaitun said...

Al-Fatihah buat arwah dan takziah buat keluarnya.

abu muaz said...

alfatihah..

Pn Kartini said...

Kepada Semua Teman Yang Dihormati & Disayangi...
-Mr CikLi,Mr Abd Razak,
IbuIntan,KakErna,Dik Fida,DikMiss Gee
K Ani,Sis Hazeleyed,PnHani,
Teacher Basariah,Dik Nur,Kak Zai,
Mr AbuMuaz

Terimakasih untuk ucapan takziah dan iringan doa untuk arwah..Semoga arwah tenang di sana dan berada dalam golongan mereka yang beriman...Amin.

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran