CETUSAN MINDA

..Cekap ke?!...



Ujian Dementia
Betapa cekapnya anda!! 




Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. 
 Anda perlu menjawab dengan pantas.   
Anda tidak boleh mengambil masa,
perlu menjawabnya segera!!!!

JOM!!
Mari cuba lihat sendiri berapa pantas
                          dan hebatnya diri anda.....


Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. 
Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda di tempat yang ke berapa?



EHEM!!!
FIKIR DULU..!!BARU TENGOK JAWAPANNYA!!!


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ 
Jawapan:   
:
:
Jika jawapan anda tempat yang pertama, 
sudah tentu jawapan anda salah! 
Jika anda memotong orang kedua sudah tentu 
anda mengambil tempatnya, tempat kedua!


Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus.  Sekarang jawab soalan kedua, 
tetapi JANGAN ambil terlalu banyak masa seperti 
soalan pertama!!
 
 

Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, 
jadi anda di tempat...?
(lihat bawah)
                                         ~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ 
Jawapan: 
Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, 
anda salah lagi..  
siapakah yang terakhir, 
bagaimana anda boleh memotong 
orang yang terakhir?



Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat!
 Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan 
fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau 
mesen kira-kira..!



Ambil 1000 dan campur 40.  Sekarang campur lagi 1000.  Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi  20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10... 
Berapa kah jumlah semua?


Kira dulu..!
Baru Lihat bawah maa.. ..




~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ 


Adakah jawapan anda 5000 ?
 :
  : 
 : 
:

Jawapan sebenar adalah 4100.

Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.!  Mungkin ini bukan hari anda kan?  Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba.


Soalan keempat:


Bapa Mary ada  seramai lima orang anak gadis:
1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono.
Apakah nama anak gadisnya  yang terakhir?





~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ 

Adakah jawapan anda Nunu?
 Salah! 
sudah tentu Salah.
Namanya Mary.  
Baca semula soalan!!
:
:
Soalan Bonus:
Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?


 

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ 


Dia hanya membuka mulutnya dan 
menyebut apa yang dihajati
 
Mudah sahaja kan..:)
 

 
ermm....bagaimana tahap prestasi anda??

Moga dengan terujinya minda..
sedikit sebanyak bisa menggembirakan hati
teman sekalian...
:):)

Senyum-senyum Selalu!!

 Olahan Sumber  :  Email dari adinda ...Tq yaa!! :P:P

....Salam...

Psttt!!!






animated waterfall Pictures, Images and Photos


.....Rehatkan minda Jap...!
: [

...Owh!Toksik!...




Kalau dulu..memang tak terfikir nak buat!
Hinggalah bulan MEI  ..2 Mei 2010
terbuka hati ingin mencuba...
Bila ada gerak hati..maka adalah keberaniaannya!
Alhamdulillah...
Selepas membuatnya....terasa kelainannya..
Siap promote lagi pada teman-teman!
:)
Opss!!..buat pe yaaa???!
Kalau teman masih ingat...pernah dicerita dalam blog CM tentang 
BERBEKAM!!

ermm...
Namun masuk bulan 9 ni...
Bermula selepas terkena demam + sakit tekak +jangkitan kelenjar 
pada hari raya hari tu ...
Kepala asyik pening!...& 
HARI INI
sememangnya bertekad untuk berbekam buat kali keduanya!
Alhamdulillah....!!
Memang sah...darah ada toksiknya..!Buktinya..
darah yang keluar dari tempat yang sakit 
ada yang berketul!uhh....
Akak yang buat bekam itu..ada cakap..
Memang begitulah ..setiap 3 bulan pasti ada toksik terkumpul di bawah kulit..
Semua ini disebabkan dari pemakanan...
Mungkin makan terlebih daging ke.pewarna dari makanan ke...terlebih apa-apalah...aduhaiii!
(..logik gaklah...lagipun baru lepas raya..makan serba mak nenek!..langgar terus diet..hehehe)
:
:
:
Untuk teman-teman ...tidak salah untuk cuba berbekam
Sebab ia satu cara detoksifikasi yang juga merupakan
 sunnah Rasullah SAW yang pasti ada kebaikannya..

:)
Moga apa yang kita buat diniatkan semata-mata kerana Allah &
memohon untuk penyembuhannya....InsyaAllah.

:)

*..pedihnya masih terasa....tapi kejap jek nii..:)

Terlalu hampir.....



2-3 hari lepas...berita tu memang sedikit mengganggu fikiran..
Bermain-main di minda..berlegar-legar memikirkannya...
Memikirkan takdir yang ditentukanNya..
dan jua Ajal maut yang semmgnya pasti!
:
:
V
Cerita 2-3 hari lepas :

HAri tu...dengar akak tu bercerita,
yang adik iparnya..
tetiba sahaja  kejang di rumahnya...mungkin penat pulang dari perjalanan balik kampung..
Dari pemeriksaan doktor...mengesahkan ada darah beku di kepala..
& dah dioperate...tapi masih tidak sedar..
Akak tu ada imbas semula...tak sangka katanya..
masa beraya baru-baru ni...memang sakan bergurau senda ..
sama-sama gelak ketawa dgn adik iparnya...
& adik iparnya dikatakan seorg yg menjaga kesihatan....
katanya..org lain makan nasi..dia makan roti je......ermmm
Kiranya memang tidak diduga apa yang berlaku ke atas adik iparnya....

Cerita HAri Ini..:

Kebetulan tengahari tadi...terserempak akak ni..
sama-sama nak ke  kereta masing-masing...
tanpa ditanya...akak tu beritahu
" tini..,adik ipar yang akak cerita hari tu...
meninggal hari ni....."
Innalillahiwainnalillahirojiun.....
Dan kali ini...sekali lagi mengganggu difikiran...
Fikir tentang masa kita kembali padaNya..
kan tiba jua nanti...tidak semestinya ajal menjemput tika usia tua..
bila tiba masanya...tidak akan pernah terlewat...tidak akan pernah terlambat..
tidak kira keadaan apa kita sekali pun..tidak kira betapa sayangnya kita 
meninggalkan orang-orang tersayang...
Mengimbas diri sendiri..
hanyalah satu persoalan....
Adakah Amalku...telah mencukupi utk dibekalkan 
Ke SANA..............

Untuk arwah adik ipar teman...
walaupun tidak mengenali..namun persaudaraan itu tetap ada....


Al-Fatihah buat Allahyarham...

Moga Rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman.....
Amin

...Lega!


Datangnya tetiba je..
Tak diundang...Tak dijemput pun
Namun..ia senang2 terjah sana sini...
Haru biru dibuatnya..!!
Owhh!!
Bahana.....Si virus binawe Malware!!
Terpinga2 juga....bila ada yang dikatakan terberjangkit ke blog2/website..
Hinggakan keterpingaan itu membawa kepada ingin tahu
apa kah blog Cetusan Minda terkena juga tempias 'attack'kan..si virus ni..
ermmm...

Thanks yaa untuk teman yang ajar cara nak  
check sama ada blog  kita ada serangan malware atau tak..
Mungkin rakan bloggers dah pun tahu ..
Cuma anggapkan saje ia sekadar menghargai ilmu yang baru diperolehi
&
sekaligus blh dijadikan  satu perkongsian sedikit ilmu pada mana2 teman yang 
ingin tahu ...


Caranya  :

*  Sign-In ke blog kita
*  Bila dah masuk...scroll  down & nampak Other Stuff
* Kan nampak  Tools and Resources
 * Click Webmaster Tools
* Click  Add  a  Site& kan kuar 
Enter the URL of a site you'd like to manage.
-   Taip URL blog kita dalam ruangan  & Click Continue
* sebelah kiri - (Dashboard) Click  Diagnostics & Click Malware
*  Status blog kita akan diberitahu...
Cth utk blog Cetusan Minda :

Malware

Google has not detected any malware on this site.

Alhamdulillah...

 

:)



Abadikan Kenangan....


Sesuatu Yang Indah Untuk DiKenang...

:
:
:
Akhir Ramadhan  :
Hari terakhir Ramadhan...semua berkumpul..berbuka puasa untuk sekian kalinya
semua adik beradik berbuka bersama..
ermm....memang nampak byk hidangannya...tapi bagi orang sini...ada favouritenya tersendiri!!
ermm...mengadapnya sahaja dah memadai..hehehe...apa yaa??:)

Malam Raya... :

Kakak ipar yang anyam ketupat tu haa....org sini tak dek bakat !!aduhaii
Raya Pertama...itulah hidangannya...Si Aisha banyak lakk makan...:)

1 Syawal   :
.....gaya di pagi raya Pertama...

Kenangan Aidilfitri 2010


2 Syawal :...
Masih agenda makan..uhh!nasi dagang beb!


3 Syawal.. :
agenda Majlis Doa Selamat & Cukur Rambut anak adik ipar..
Ehem!..orang sini merangkap AJK bunga rampai:P:P:P..
+ assistant 'chef' di dapur..(...AJK potong2 apa yang patut jekk..hehehe..)

 
Agenda Sampingan...:
* Aisha memang suka main bunga api..sekali sekala...tak pe kan:)
* Setiap tahun..dapat jek duit raya..apa lagi..anak2 buah sibuk dgn kereta control masing2!
* Mak2 budak bila berkumpul lakk...apa lagi...jamu mata beb!!
(Ehem!!Utk my sis..kain sutera biru tuu..memanggg mengancam..hehehe..)
Aisha & sepupu2nya di Taman Mainan 
*  ermm....sempat juga tukar wallpaper baru utk laptopku..Suka!

&

Masa Untuk Berangkat....

...bye!bye!...to my sisters..:(

Yang terakhir tinggalkan ayahbonda..
siapa lagi kalau bukan org sini...


Sekian..
Coretan Kenangan Aidilfitri.

:)

..Merisik Khabar..



Biarkan Terus Mewangi...




Ops!! Jangan Terlebih Sudah...


Makanan yang terhidang sememangnya memikat selera yang memandang..
Terkadang  bagaikan tindakan luar kawal
mencuba satu persatu apa yang ada..
Aduhaii...
satu bulan berpuasa bagaikan nak rak menurunkan berat badan
bila time raya...wow!!mendadak lak angka timbangan..aduss

Sebagai peringatan utk diri ini juga...
Moga info ini dapat tersemat di minda...menguatkan semangat..menjitukan disiplin
ops!..disiplin dalam penjagaan pemakanan di musim raya  beb!..uhhh!
InsyaAllah... 

PERTAMA

Elak risiko 'terkejut' sistem perut  :
~ Sebulan berpuasa ,perut dalam keadaan rehat..kurang makanan yang diprosesnya..
Bila raya , individu yang makan terlalu banyak  boleh mengakibatkan
kadar metabolik mereka 
semakin tidak stabil ..dan lambat utk dibakar atau diproses !
Moralnya...makanlah secara berhemah..:)


KEDUA

Alas Perut  :
  Sebelum menikmati juadah sinonim pada hari raya seperti lemang dan rendang..disarankan  makan alas perut seperti buah-buahan /sayuran.
Dikatakan cara ini akan memberi lapisan kepada usus supaya lemak tidak diserap dengan banyak ke dalam dara memandangkan buah/sayuran kaya dengan serat! 

  Antara buah yang baik dimakan ialah buah limau, epal hijau, kiwi dan salad.

KETIGA

Elak Kafein :
Elak  pengambilan minuman yang mengandungi kafein. Bukan kopi dan teh sahaja yang mengandungi kafein, air bikarbonat juga mengandungi kafein selain 
daripada kandungan gulanya yang tinggi...!!!

Pengambilan minuman berkafein bersama lemang, rendang dan sebagainya memang memudaratkan usus. Sebaiknya, apabila kita makan makanan berlemak, minumlah air suam dan jus buah sebagai alternatif.

Salah satu cara penyerapan lemak terbaik untuk tubuh ialah pengambilan soy lecithin sebelum makan makanan berlemak. 
Makanan tambahan ini berfungsi sebagai penyerap lemak yang 
akan dikeluarkan melalui najis ketika membuang air besar..



KEEMPAT

Elak Kerepek!!..
Kerepek adalah makanan yang perlu dielak kerana ia mengandungi oksida yang tinggi.

Bahan makanan bergoreng dan mengandungi oksida tinggi ini boleh menyebabkan badan dipenuhi dengan toksin dan sebagai penyelesaiannya mereka disarankan mengambil bahan anti-oksida seperti vitamin A, C dan E.

Jika mahu makan kerepek, pilihlah kerepek daripada jenis dipanggang seperti emping jagung. Jika suka makan kekacang pula pilihlah kacang parang atau kacang kuda yang mempunyai kandungan lemak baik atau omega yang tinggi.

Jangan makan makanan mengandungi protein sekali gus. Sebagai contoh, makan ayam, daging, sotong dan ikan dalam satu masa, ini kerana usus hanya akan menghadamkan protein yang paling ringkas sahaja seperti ikan.

Protein lain seperti daging dan sotong akan terus menjadi toksin yang sekiranya tidak dibuang akan menjadi penyebab penyakit seperti migrain dan masalah-masalah lain.
 

KELIMA 
Biskut Raya??

Ehem!Untuk peminat biskut raya..
(tak lain tak bukan..org yang menaip ni haa..hehee)
Untuk peringatan diri ini ..
Biskut raya sememangnya   tinggi lemak dan kolesterol 
selain daripada  lemang, dodol, rendang,  ketupat dll.
Ini kerana kandungan bahannya  kaya dengan
gula, marjerin/mentega, telur, dll
yang mengundang penambahan berat badan!



KEENAM

Minum Air :
          ~ Pastikan  minum air kosong 8 gelas sehari demi kesihatan yang optimum.



**  Untuk bahan bacaan tambahan sila klik!! 
:)




Olahan Sumber Dari : Utusan Malaysia/09

Tangan dihulur..Seikhlas Di Hati...

Ramadhan makin menemui penghujungnya...
Syawal makin mendekati,
Di Hari Raya nanti  pasti kita sekalian mengambil kesempatan saling  bermaafan
antara satu sama lain..
Sesungguhnya amalan berjabat tangan sesama kita adalah amalan yang disunahkan &
merupakan perbuatan yang sering dilakukan oleh Rasullullah SAW.

Sepertimana sabda Rasulllulah SAW yang bermaksud  :

 
Bila berjabat tangan..bersalaman...
Biarlah ia menggambarkan seikhlas di hati ..dan bukan satu paksaan..


Sekadar ingatan,
Antara  Perkara Yang Perlu Diperhatikan Tika Bersalaman  :
*  Berjabat tangan dengan hati yang redha dan ikhlas kerana Allah
(..pasti ada keberkatanNya)
*  Tidak cepat-cepat melepaskan jabat tangan 
(...tanda kita meraikan dan benar2 memohon maaf..)
*  Tidak memaling pandangan
(.....pasti kan terasa terkilan bila sekadar berjabat tangan tanpa bertentang mata...)
Menampakkan rasa kecintaan & kemesraan tika bersalaman
(....sekurang-kurangnya berilah senyuman..)

*  Tidak berjabat tangan dengan lawan jenis yang bukan mahramnya
(...jangan pula apa yang baik dijadikan haram pula...)
 

  Tangan dihulur...Semesra Kata
Terasa dekat ...Terpaut di hati...
  Maaf-bermaafan ..sesama kita
       Moga bahagia...Di Aidilfitri nanti.


Untuk Teman Sekalian...


............sudi kiranya menerima kad yang tidak seberapa ini.....:)

Salam buat teman-teman sekalian...
tidak kira di mana jua berada..
Atas dasar ikatan persahabatan yang terjalin
sememangnya kalian  sentiasa terpahat di hati...


Sempena menjelangnya 1 syawal
Dengan rasa rendah diri ..ampun & maaf dipinta
Andai ada kekurangan & kesilapan.
Semoga di hari lebaran nanti..disambut dengan penuh kesyukuran
& bahagia selalu...
:)


**************************




Kad dari Teman blogger...Terimakasih...
Moga ukhwah sentiasa terjalin


Daripada  :  Maiyah

Daripada :  Sis CkLah
Daripada  :  Mr Penjejak Maya
Daripada : Mr Jinggo
Daripada : Sis Idalara
Daripada : KakCikS
Daripada : Mr Abd Razak
Daripada : Mr Zool
Daripada : Ikan Emas

Selamat  Hari  Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin



LISTEN TO QURAN

Listen to Quran