CETUSAN MINDA

Jenis Bentuk Badan

Bentuk Epal
 

Berat tertumpu pada bahagian pinggang ke atas.
Punggung kecil & kaki langsing!

Maksud  :

Keseimbangan hormon seksual termasuklah testosteron & estrogen dan hormon tekanan cth.serotonin & dopamine mungkin blh menjadi penyebab berkumpulnya lemak di bhg pinggang.
Dan ada juga disebabkan terlalu byk tekanan,
pengambilan makanan yg salah,kurang beraktiviti!


Kesihatan  :

Apabila mengalami kenaikan berat badan,lebihan lemak 
akan terbina di bawah kulit.Jika tdk dikawal,mampu tingkatkan kolesterol & masalah insulin.
Maka ujian terhadap kolesterol dlm darah,
gula & tekanan darah perlu dibuat 
bagi mengelak risiko penyakit 
jantung,diabetes &angin ahmar.


BENTUK  PIR
Bahagian dada kecil,pinggang ramping...
namun punggung & paha agak besar!


Maksudnya  :

Berita baiknya lemak yg ada di bahagian punggung & paha tidak akan meningkat risiko penyakit jantung,angin ahmar&diabetes!


Kesihatan  :

Lebihan lemak di bahagian bawah tubuh,mudah berisiko mengalami masalah 'varicose vein' & 
juga lebihan air pada buku lali dan kaki.
Tahap estrogen juga dipercayai tinggi  mampu 
meningkatkan risiko terjadi serangan 
kanser payudara!!
Maka,
dinasihatkan amal pemeriksaan 
payudara sendiri setiap bulan!






BENTUK  AVOCADO


Bentuk tubuh antara epal-pir.
Anda tidak kurus & tidak gemuk.
Ukuran dada & pinggang lebar.
Jika ada cergas,lengan & paha akan 
kelihatan berotot & kuat.




Maksud  :

Anda berisiko mendapat tiroid.Ini kerana anda mudah mengalami peningkatan berat badan tetapi agak sukar utk menurunkannya.Orang yang berbentuk badan ini dikatakan mudah diserang tekanan & sukar tidur


Kesihatan  :

Mudah merasa penat & ini menyukarkan
anda utk bersenam 
atau melakukan aktiviti cergas.
Untuk elak risiko penyakit jantung,selalulah melakukan aktiviti menenangkan minda.
Ini kerana setiap kali rasa tertekan,
hati anda akan membebaskan lemak ke dalam salur darah..
maka riangkan diri anda!!!:)



BENTUK  PISANG
 


Pinggang kurus,kaki panjang & bentuk badan seperti lelaki!!!(lurus sahaja..)
Namun,bentuk badan sebegini,sering dicemburui teman2 sekeliling!


Maksud  :

Berisiko rendah mendpt penyakit jantung,diabetes & kanser payudara.
Tetapi jika anda tidak 'fit' & mempunyai banyak lemak di tubuh berbanding otot,anda tetap jua berisiko!

Kesihatan  :

Oleh sebab bentuk badan ini lebih cenderung kepada lelaki,anda berkemungkinan mempunyai tahap estrogen yang rendah.Maka tidak mustahil akan mengganggu proses ovulasi(waktu subur) & juga kesuburan anda.
Anda juga dikatakan berisiko mendapat 
penyakit osteoporosis...
Maka bersenamlah & banyakkan pengambilan Kalsium!!



** Sumber  : Bahan bacaan Rapi/Mei2010

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran