CETUSAN MINDA

Kita ke tu???!..


                  Kadang-kadang
Wanita dikatakan suka merajuk!!
Bagi Yang Berumahtangga...maka mangsa pemujuknya semestilah si suami..
ermmmmmmm....tak ke gitu??:p


Kenapa tetiba n3 berkisar RAJUK???
Opss!!!....orang sini OK yaaa..Tak rajuk dengan sape2 pun..:)
kebetulan terbaca satu artikel dalam majalah Midi ni..
bertajuk..." Apabila Wanita MERAJUK"
:
:
Mengikut jawapan daripada soal-selidik di mana responden kajiannya
melibatkan wanita-wanita  berusia lingkungan 25-45tahun ,
antara yang menyebabkan wanita merajuk  terhadap pasangannya sama ada yang
berumahtangga mahupun yang belum  :

*  TIDAK Peka pada hari-hari istimewa pasangan & terpaksa diberitahu mengenai hal itu
   (...cadangan  : set leee kat lam tepon date2 yang berkenaan tuuu..yelah..sbg remindernya...)

*   Memuji  WANITA lain di depan isteri/teman wanita
    (....lain kali ringan2kanlah mulut utk puji pasangan depan org lain ya lepas ni...
      mesti rasa bangganyerr!!)

*  Menyindir IMEJ & Personaliti isteri/teman wanita & membandingkan dgn wanita lain
   (..aduss...puji org lain lagi ke??..aduhaii..terimalah seadanya dia...tak yahlah nak banding2.!)

Suami tidak menjamah/makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak 
    sedap/tidak kena selera
  (...yelahkan....berkobar2 cuba resepi....tup2..tak nak rasa lakkk...terasa ati !.terbantut semangat!)

Suami/teman lelaki lebih suka bercakap & rancak berbual /bergurau dengan teman sekerja 
     wanita/lelaki berbanding si isteri/teman wanita 
  (agaknya lam hati pasangan,."hellooo...yang duk di sebelah ni..tunggul kayu kee!"..hehehehe)

Kedekut & terlalu berkira dalam perbelanjaan dengan si isteri/teman  serta tidak suka 
    mengeluarkan belanja untuk keperluan
   ( ..owhh!!mungkin nak amal berjimat cermat nihh..:)..)
*  Bila balik kampung isteri..sikap jadi dingin & tidak mesra
    (...mungkin penat kuttt..kesian lakk..)

*  Selalu sangat keluar rumah & balik lewat tapi tidak memberitahu sebab mengapa balik 
    lewat
  ( sesekali tu..mungkin tak dek hal..tp bila selalu sgt tu...cam pelikk jekkk...)

Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah tapi tidak mahu menolongnya
   (...kesian si isteri..berpeluh2 buat kerjanya..tup2 kena kritik sakan lakkk...!!)


*  Tidak membela teman/isteri tika disindir oleh saudara mara/ipar duai  akan kekurangan
    anak isteri
   (..kalau bukan suami/teman nak bela..siapa lagi kan..)

*  Tidak suka bersms/berhubung dengan telefon bertanya khabar tika ada kerja luar/outstation
   (...yelah kan..bila ada sms/tepon tu..rasa cam ambil berat jekk..cam dekat jekkk....er..er..
      tapi mungkin gak nak jimat creadit tepon kutttt....!.)

Suka bercakap kasar dan menengking
   ( ...mana laa ada romantiknya bila asyik tengking jekk...lama2 maunya rosak gegendang 
     telinga!!)

*  Banyak berdiam & merasakan seolah pasangannya sudah tidak kasih & sayang padanya
  (......ermm..mungkin diam yang melampau ni...terkebil2 teman/isteri dibuatnya..adusss...)


ermmm...
Kalau ikutkan lam artikel tu banyak lagi alasan kenapa wanita itu rajuk...
Dikatakan " Semakin Meningkat Usia..Semakin Mudah Hati tersentuh..
& Cepat Pula Rajuknya"
:
:
Pe2...rajuk itu perlu ada tempatnya
Rajuk yang tidak terkawal,pasti akan hanya memakan diri & hati
Yang penting...kerasionalan rajuk tu!
Wanita maupun Lelaki
MAsing2 ada hati & perasaannya..
maka..
Sama2lah menjaga hati ...
Kiranya...perlu ada

"Love & Respect"



:)
:)

Sekian...

AWAS!!!

1
DEODORANT..
TAK SELAMAT!!!
Di sebalik kegunaannya untuk nyah bau badan ..namun tahukah anda ia juga ada kesan sampingannya yang berbahaya kerana mengandungi ALUMINIUM & ZIRKONIUM.
Dalam satu buku What You Don't Know be Killing You,Dr Don Colbert menjelaskan bahan kimia ini mengundang penyakit ALZHEIMER & KEROSAKAN HATI!
Bagi mereka yang masih mahu menggunakan deodorant,pilihlah deodoran yang BEBAS  :

ALUMINIUM KLORIDA
ALUMINIUM KLOROHIDRAT
ALUMINIUM FENOSULFAT
ALUMINIUM SULFAT
ZINK FENOSULFONAT
ZIRKONIUM KLOROHIDRAT
ZIRKONIL KLORIDA



2
MINUMAN RINGAN
Punca  MANDUL !!
  
Kajian sekumpulan saintis dari Denmark membuktikan amalan pengambilan minuman ringan di kalangan lelaki mendedahkan mereka kepada KEMANDULAN!Pengambilan minuman ringan untuk setiap hari boleh berhadapan dengan masalah sperma yang ROSAK!
Hasil kajian yang dimuat dalam American Journal of Epidermiology mendedahkan,mereka juga memiliki jumlah sperma yang rendah iaitu 30% kurang berbanding mereka yang tidak mengambilnya!




  3
GULA  LEBIH
ANCAM KOLESTEROL  BAIK !!

Kajian terbaru yang dimuatkan dalam Jurnal American Medical Association menemukan satu fakta baru di mana dengan pengambilan gula yang berlebihan mampu MENURUNKAN kadar HDL ( Kolesterol Baik) dalam darah.
HDL berperanan melawan kolesterol jahat yang mengakibatkan SAKIT JANTUNG!




** Sumber  :  Bahan Bacaan Majalah i-Sihat July/2010

..Cantik Di Hati...

:
:
:
:
Bila
Mengimbau kenangan ..
rasa rindu itu ada..
Lantas..
Menyelinap rasa.....
..........sayu.
:
:
:
Buat TK
Terima kasih sekali lagi untuk ingatan yang tidak pernah luntur..
& tksh atas kesudian pemberian anugerah yang cantik!!
Terima kasih juga...dengan persahabatan..
Luv U!!! :):)


Dengan ini..sudi-sudikanlah untuk SEMUA TEMAN  yang
sudi singgah ke sini...menerima anugerah di atas..
Kerana
Hadirnya kalian biarpun di alam maya
namun ia tetap ada IKATAN PERSAHABATANNYA...
Sememangnya amat dihargai...
TQ!


** Untuk my best friend...K tie..& K June...
"saat bersama...satu keindahan..Tksh atas Persahabatan & Kenangan"

.....miss u..!
 

Ibarat TANAH & HUJAN...



Tertarik dengan satu tajuk di dalam majalah Solusi....iaitu dalam sebuah hadis Rasulullah SAW telah membuat satu perumpamaan tentang hidayah & ilmu di mana Baginda mengumpamakan  :

Hidayah & Ilmu itu bagaikan HUJAN  
manakala hati-hati manusia itu pula seperti  TANAH.

Lantas  Rasulullah SAW juga membahagikan pula tanah-tanah bumi yang menerima 
hujan kepada 3:


PERTAMA  :
 
"Di antara tanah itu,ada yang suci dan baik boleh mnerima air,lalu tumbuhlah di atasnya rumput-rumput & tumbuhan yang banyak"

Siapakah Golongan Ini?
:
Mereka ialah manusia yang menerima ilmu dan hidayah daripada Allah SWT,lalu beramal & memanfaatkannya untuk diri mereka.Malah kesan ilmu & hidayah itu bukan sahaja untuk dirinya,bahkan mereka manfaatkannya juga untuk oranglain di sekeliling dengan mengajarkannya & menyebarkannya.

KE-DUA  :
"Di antara tanah itu pula ,ada yang tidak menumbuhkan tanaman,ia menakung air ,maka dengannya Allah SWT memberikan manfaat kepada orang ramai,mereka minum,memberi minum dan juga bercucuk tanam"

Siapakah Golongan Ini?
 
Walaupun mungkin mereka tidak begitu mengambil faedah daripadanya atau ilmu itu tidak begitu berkesan pada diri mereka,namun mereka berjaya menyebarkannya & menyampaikannya kepada oranglain.
Maka dengan itu ramai manusia yang mengambil faedah malah lebih baik dari dirinya.Namun tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya kelebihan menyampaikan ilmu tetap menambah sahamnya di akhirat..

KE-TIGA  :
"Dengan hujan itu menimpa pula satu jenis tanah lagi,ia hanyalah tanah gersang,tidak mampu menakung air dan tidak pula menumbuhkan rumput"

Siapakah Golongan Ini?
Golongan ini merujuk kepada mereka yang tidak mahu menerima ilmu,dirinya juga tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang lain.

:
:
Untuk renungan sejenak..

Tanah jenis apakah kita ini?
Adakah selama ini kita benar-benar memanfaat 'hujan' itu?


Berfikir dan Merenung Pada Diri ini Jua......

..Doa Untuk Teman....



Wahai teman
ke manakah jalan hidupmu?
apakah ke laluan yang terang benderang,
atau ke lorong yang gelap dan kelam?
atau mungkin…
kau ingin menyelusuri laluan samar berkabus
penuh keraguan dan ketidakpastian?

Wahai teman
masa muda itu singkat
kematian itu dekat
masa lalu takkan kembali
yang ada hanya kini dan masa depan
berbuatlah sesuka hatimu sekarang
jika kau ingin sengsara di hari kemudian

Wahai teman
tatkala engkau merasa tersisih
ingatlah pesanku, percayalah kataku
bahawa dirimu terlalu istimewa
dan tak layak untuk engkau berputus asa
kerana Tuhan sentiasa ada
mendengar dan melihat segala

Wahai teman
tahun demi tahun berganti
saat demi saat tak pernah terhenti
cuma satu kupinta darimu
tetapkanlah matlamat hidupmu
laluanmu akan menjadi mudah

Wahai teman
jangan merasa berat dengan pesanku
kerana aku kasih dan sayang padamu
dan aku ingin…
agar kau kasih pada Tuhan dan Rasulmu.


Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya dari kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,
dunia dan akhirat

Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga
melupakan daku pada cinta hakki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu


Ameen....

..Biarlah Membina....


Terkadang...
Sesekali kita perlu..
Meletakkan diri kita di tempat oranglain...
Mungkin dengan cara itu
Kita akan tahu apa yang akan dirasa
Apa bebanan yang ditanggung
Apa peritnya yang digalas
Jangan biarkan
Diri kita
Terus menerus
Memikirkan 
kelemahan oranglain
Kerana
Andai merenung dalam diri kita sendiri
Pasti jua ada kekurangan & kelemahannya..
Yang tidak akan bisa untuk 
Memuaskan Semua hati
Orang lain...

Namun andai jelas kesilapan yang dilakukan oleh seseorang...,sememangnya wajar untuk dikritik...dan biarlah kritikan itu diberikan kepada individu yang sepatutnya dan bukannya
mencanangkannya kepada oranglain...kerana dalam situasi sebegini
sudah kita terjebak dengan dosa mengumpat...!


Seni penyampaian kritik yang benar hendaknya berupa kritik membangun untuk menolong orang yang dikritik melakukan tugas dengan lebih baik. Beberapa tips harus diperhatikan saat menyampaikan kritik.


1.  Berdua Saja
Hindarkan mengritik seseorang di depan umum. Bahkan, usahakan tidak mengatakan kritikan tersebut bila ada satu saja orang lain di sekitar situ yang mungkin bisa mendengarnya. Kerana, hal itu bisa melukai ego orang yang Anda kritik. Padahal, kalau Anda ingin kritikan itu berhasil, jangan membuat ego orang yang Anda kritik melawan. Prinsipnya, kritiklah seseorang di belakang umum, dan sampaikan pujian di muka umum.

2.Awali dengan Pujian

Kata-kata manis dalam bentuk pujian mempunyai pengaruh dalam menciptakan suasana yang bersahabat. Ini akan membuat orang yang akan dikritik merasa senang dan mengendurkan pertahanan dirinya. Pujian membuka fikiran orang terhadap kritik yang diberikan. 

3.Nothing’s Personal

Kritiklah perbuatannya, bukan orangnya. Dengan begitu, Anda tak hanya menjaga perasaan orang yang Anda kritik, tapi juga menyelamatkan egonya. Selain mengarahkan kritik Anda pada perbuatannya, pada saat yang sama Anda bisa memberi pujian dan menguatkan egonya. Anda bisa mengatakan, “Saya tahu dari pengalaman yang lalu bahwa kesalahan ini tidak biasa terjadi pada diri Anda:”  

4.Berikan Jawabannya/Tunjuk Ajarnya

Ketika Anda memberi tahu orang lain tentang kesalahannya, Anda pun berkewajiban memberi tahu cara melakukan yang benar. Penekanan dari kritik Anda sesungguhnya bukan pada kesalahannya, tapi pada cara memperbaikinya dan menghindari kesalahan itu terulang kembali. 



Inilah yang dikatakan Kritikan yang bijak...
dan bukannya yang membabi buta
Kritikan membina bisa membangkitkan oranglain untuk terus perbaiki diri...
Namun kritikan yang sememangnya ingin menjatuhkan
kredibiliti seseorang pasti akan memadamkan semangat oranglain..

Maka
Renung-renungkanlah.....


..Intan Mutiara..



Wahai muslimah, 
Allah telah memuliakanmu dan mengangkat tinggi kedudukanmu, Ia menginginkan dirimu terpelihara dan terjaga dari tangan-tangan jahat yang ingin menjerumuskanmu ke lembah kehinaan dan memanfaatkan kelemahanmu, oleh kerana itu, Ia menetapkan hukum dan peraturan yang dapat menjamin jatidirimu sebagai seorang wanita, kerana engkau bukanlah laki-laki dan laki-laki juga bukanlah dirimu, Allah SWT berfirman: "… ....dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan…"(QS. 3:36)




Sebagai renungan ....
          Beberapa hukum yang disyariatkan untuk wanita demi memelihara kemuliaan martabat & jati diri  yang tinggi

Pertama, Allah menghalalkan kepadamu memperhias diri dengan perhiasan dari emas dan sutra murni yang Ia haramkan bagi kaum laki-laki, Rasulullah bersabda: "Kedua perhiasan ini (emas dan sutra murni) diharamkan bagi laki-laki dan dihalalkan bagi wanita" (HR. Ibnu Majah dari Ali bin Abi Thalib a.). Ia halalkan semua ini untukmu demi menjaga kecantikanmu dan sifatmu yang lembut.


Kedua, Sebaliknya, Allah mengharamkan segala sesuatu yang dapat menghilangkan sifat kewanitaanmu yang halus dan lembut itu baik dalam berpakaian, bertingkah dan perilaku yang menyerupai laki-laki, demikian juga laki-laki diharamkan menyerupai wanita dalam pakaian, gerak dan tingkah laku, kerana hal itu tidak sesuai dengan jiwa dan tabiatnya. Rasulullah` bersabda: "Allah melaknati laki-laki memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian laki-laki" (HR. Abu Daud dari Abu Hurairah ra.)

Ketiga, Allah melindungi kelemahanmu dan menempatkanmu selalu dalam naungan laki-laki, Ia tidak menuntutmu mencari penghidupan untuk memenuhi keperluanmu atau keperluan orang lain, tetapi kaum laki-lakilah yang wajibkan memenuhi semua keperluan hidupmu, kerana mereka tak ingin engkau bergelut dalam kehidupan demi sesuap nasi agar engkau tak terhina. Jika engkau seorang gadis, ayahmu dan saudara laki-lakimulah yang memenuhi keperluanmu, jika engkau seorang ibu, anakmu yang laki-laki yang dituntut menjamin keperluan hidupmu dan jika engkau seorang isteri, suamimu yang harus bertanggung jawab atas semua keperluanmu, lalu jika tak ada seorangpun di antara mereka yang menjamin keperluan hidupmu maka Allah mewajibkan kepada pemerintah memenuhi semua hajat hidupmu yang asasi.
Keempat, Allah memerintahkan kepadamu menjaga pandanganmu terhadap lawan jenismu agar syaitan tidak menjerumuskanmu ke dalam kubangan yang hina. Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka…" (QS. 24:31)


Kelima, Allah memerintahkan kepadamu menjaga tubuhmu dari pelecehan tangan-tangan jahil dan penghinaan mata-mata yang nakal, dengan membalutnya dengan pakaian mulia kecuali muka dan telapak tanganmu. Allah berfirman: "…dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dada mereka…"(QS. 24:31)

Keenam, Allah memerintahkan kepadamu tidak menampakkan perhiasanmu yang tersembunyi seperti rambut, leher, betis dan lengan tanganmu kecuali kepada suamimu, dan orang-orang yang termasuk mahram bagimu. Allah berfirman yang ertinya: "…dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita..." (QS. 24:31)
Ketujuh, Allah memerintahkan kepadamu berjalan dengan santai dan berbicara dengan nada rendah sehingga engkau nampak berwibawa dan terhormat. Allah berfirman: "…Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan..." (QS. 24:31)"…Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya…"(QS. 33:32)


Kelapan, Allah memerintahkan kepadamu menghindari segala sesuatu yang dapat menarik perhatian kaum laki-laki kepada dirimu dan tergoda dengan penampilanmu dengan mengikuti perilaku kaum jahiliyah pertama atau kaum jahiliyah abad ini. Rasulullah bersabda: "Wanita yang memakai wangian lalu keluar dari rumahnya agar orang-orang mencium aromanya adalah penzina" (HR. Abu Daud)


Kesembilan, Allah melarangmu berduaan dengan laki-laki selain suami dan mahrammu agar syaitan tidak menjatuhkanmu ke jurang kehinaan. Rasulullah bersabda: "Janganlah seorang laki-laki berduaan dengan seorang wanita dan janganlah pula ia pergi kecuali di dampingi mahramnya" (Muttafaqun'alaih)

Wahai teman..., 
jika direnungkan semua perintah Allah ini dengan hati nurani yang jernih dan jujur, 
maka kita sedari  bahawa Allah sungguh telah menempatkan diri wanita bagaikan intan mutiara yang tersimpan di tempat yang terjaga yang tidak boleh dijamah oleh tangan orang yang di hatinya ada penyakit,dan sesungguhnya,.....betapa mulianya & terhormatnya WANITA  di dalam Islam.


** Sumber  :  Kiriman email teman..tq :)
Peringatan untuk diri ini jua.....

..Moga Bahagia...


Pasangan pengantin yang merupakan bekas anak didik
Spm 2003..kiranya dua2 student biology
dan kedua2nya pelajar yg baik..
Bila ke majlis..
Aduhai...dah besar anak2 murid..
Kiranya dah tua bekas gurunya ni..aduhaii..
Tika jumpa si pengantin perempuan Hazwani...
Maka berjumpalah bekas pelajar2 yang lain..maka apa lagi..
Riuhhhhhh!!ehhehe..
Ada tu..menjerit bila tgk cikgunya ni..
"Cikkgguuuuuuu!!"...
"Cikgu nampak sama jekkk cam duluuu..."
(owhhh!!...ayat skema nihh..mmg biasa dgr dr anak2 murid bila
ke kenduri kahwin dia org..mahupun bila terjumpa di sekolah...aduhaii...
agaknya ayat nak ambil hati kuttt...hehehe..)
Kata orang bila 40x disebut2...maunya jadi kenyataan!!!
Yelah kan...apa yg disebut itu org kata satu doa..Aminnnn..

Bila bergambar tu...adusss
sempat lagi hazwani tanya..cikgu bila nak approve saya lam facebook niii..
ehhehehe...
aduhaii..sebut FB ..mmg jarang sgt dibukanya.. dan 
mereka mmg tidak tahu
yang gurunya ni ada blog dan sibuk berblog!!..ermmm..

Pe2 Untuk my lovely ex-students...
merangkap Pengantin Baru ..(akadnya semlam dah)

Puan Che Wan Nurul Hazwani & Muhd Khairul Hazwan
(Hazwani & Hazwan....dekat2 jek namanya...)

Moga Selamat Melayari Bahtera Perkahwinan
&
satu petikan yang indah...
" Tidak perlu mencari secantik Balqis,andai diri tak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharap teman setampan Yusoff jika kasih tak setulus Zulaikha..
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar
&
Mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammad jika ada
keburukan pada diri,bimbinglah dirinya & terimalah kekurangan itu
sebagai keunikan,Carilah kebaikan pada dirinya....
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya...
& berdoalah dia milikmu."

 
Selamat Pengantin Baru
Moga Bahagia Selamanya.
:)


Jenis Bentuk Badan

Bentuk Epal
 

Berat tertumpu pada bahagian pinggang ke atas.
Punggung kecil & kaki langsing!

Maksud  :

Keseimbangan hormon seksual termasuklah testosteron & estrogen dan hormon tekanan cth.serotonin & dopamine mungkin blh menjadi penyebab berkumpulnya lemak di bhg pinggang.
Dan ada juga disebabkan terlalu byk tekanan,
pengambilan makanan yg salah,kurang beraktiviti!


Kesihatan  :

Apabila mengalami kenaikan berat badan,lebihan lemak 
akan terbina di bawah kulit.Jika tdk dikawal,mampu tingkatkan kolesterol & masalah insulin.
Maka ujian terhadap kolesterol dlm darah,
gula & tekanan darah perlu dibuat 
bagi mengelak risiko penyakit 
jantung,diabetes &angin ahmar.


BENTUK  PIR
Bahagian dada kecil,pinggang ramping...
namun punggung & paha agak besar!


Maksudnya  :

Berita baiknya lemak yg ada di bahagian punggung & paha tidak akan meningkat risiko penyakit jantung,angin ahmar&diabetes!


Kesihatan  :

Lebihan lemak di bahagian bawah tubuh,mudah berisiko mengalami masalah 'varicose vein' & 
juga lebihan air pada buku lali dan kaki.
Tahap estrogen juga dipercayai tinggi  mampu 
meningkatkan risiko terjadi serangan 
kanser payudara!!
Maka,
dinasihatkan amal pemeriksaan 
payudara sendiri setiap bulan!






BENTUK  AVOCADO


Bentuk tubuh antara epal-pir.
Anda tidak kurus & tidak gemuk.
Ukuran dada & pinggang lebar.
Jika ada cergas,lengan & paha akan 
kelihatan berotot & kuat.




Maksud  :

Anda berisiko mendapat tiroid.Ini kerana anda mudah mengalami peningkatan berat badan tetapi agak sukar utk menurunkannya.Orang yang berbentuk badan ini dikatakan mudah diserang tekanan & sukar tidur


Kesihatan  :

Mudah merasa penat & ini menyukarkan
anda utk bersenam 
atau melakukan aktiviti cergas.
Untuk elak risiko penyakit jantung,selalulah melakukan aktiviti menenangkan minda.
Ini kerana setiap kali rasa tertekan,
hati anda akan membebaskan lemak ke dalam salur darah..
maka riangkan diri anda!!!:)



BENTUK  PISANG
 


Pinggang kurus,kaki panjang & bentuk badan seperti lelaki!!!(lurus sahaja..)
Namun,bentuk badan sebegini,sering dicemburui teman2 sekeliling!


Maksud  :

Berisiko rendah mendpt penyakit jantung,diabetes & kanser payudara.
Tetapi jika anda tidak 'fit' & mempunyai banyak lemak di tubuh berbanding otot,anda tetap jua berisiko!

Kesihatan  :

Oleh sebab bentuk badan ini lebih cenderung kepada lelaki,anda berkemungkinan mempunyai tahap estrogen yang rendah.Maka tidak mustahil akan mengganggu proses ovulasi(waktu subur) & juga kesuburan anda.
Anda juga dikatakan berisiko mendapat 
penyakit osteoporosis...
Maka bersenamlah & banyakkan pengambilan Kalsium!!



** Sumber  : Bahan bacaan Rapi/Mei2010

Open Your Eyes..



Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..

Alhamdulillah..
الحمد الله



**  ...menghayati bait2 kata di dalam lirik..
...buat hati tersentuh.....

Kiasan Keindahan Panorama...


:
:
:
:
:






























Lagi-Lagi Cuti!!!!

Destinasi cuti kali ini
KB...!!
errmm...antara tempat yang semmgnya sentiasa ada dlm list utk bercuti-cutian
Tak tahu kenapa...
Yang pasti memang suka sgt ke sana
Hinggakan ada yang bertanya..
"Ahh!KB??Nak buat pe ke sana??"
Opss!!
aduhaii..susah jugak nak menjawabnya...
Yang pasti..saje2 nak bercuti bersama family
Tak salah kan??
:):):)
Jauh Perjalanan..buat Aisha Zzzzzzz
Mak Aisha lak...bzzzz menanda paper bio!!
(dah ada aura nak menanda...hinggakan tak sedar dah sampai ke destinasinya!!)

sampai je....terus nampak 'bulan'
:):):)

.....menginap di hotel kaler PURPLE !!!!

Bila di KB..
maka jumpalah...nasi kerabunya....
...aisha pelik.."mak kenapa nasi kaler hitam makkk..."
aduhaii..

&
Di Kelantan juga..tempat yang tak asing..
Rantau Panjangnya & Pengkalan Kubor...
Sampai lee jugak ke sana
Sebab motifnya...nak carikan hadiah org kawin!!


..opss!!!hanya pandang sebelah mata jekk..coz tak minat!!!erk!

Tapi tu lee...berlagak lakk tokey kedai ..siap cakap
kalau pelanggannya beli set Vantage..baru lee dia manyak untunggg!!..
Eiii....
mujur lee org nak beli kat kedainya..
6 set barangan kaca tarak untung lagi kaa!!haiiyaa...:P
Tak bersyukur punya olang maa....
(dialog lam hati jekkk nii...hehhehhehe...)

...siap dibungkus....yang pasti... corak rose lagi!:)

..aisha minat jekk tgk akak2 tuu bungkus...senyummm lagiii
Abangnya lakkk...
..boringg jekk..tapi tak pe..dah beli baju 'bola'nya..
aduhaiii..

Di bilik hotel...aktivitinya.. 
....mari mewarna...!!!

&
Setelah 2 malam di KB..
Masa untuk pulang..:)
Aisha & Abang Jadnya...
(susah toii nak ajak berposing anak teruna ni..maluuu..!!)

Sebelum berangkat..
sempat juga ke Pasar Besar Siti Khadijah
:)
antara yang dicari..apa lagi..
makanan kesukaan Aisha..:
..Aisha & 'Sagon'nya..

Sekian..Laporan..Cuti2 Malaysia..:p





LISTEN TO QURAN

Listen to Quran