CETUSAN MINDA

WASIAT..

Tazkirah ringkas yang pernah kaunselor sampaikan..berkenaan dgn kematian & wasiat.
Biasanya individu akan mewasiatkan sesuatu yang berharga apabila akan meninggalkan alam kehidupan ini..Namun betapa terasa terharu apabila Nabi Muhammad SAW yg tika dalam akhir nyawa Baginda..masih sempat bersuara.."UMATKU..UMMATKU..UMATKU.."..
Betapa cinta ,kasih dan berharganya Umat pada Baginda Rasullulah...

dan antara wasiat Baginda kepada Saidina Ali R.A :

" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahasiakan ibadahnya.
2) Merahasiakan sedekahnya.
3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Namun...kini..ada di antara umat Baginda jauh terpesong..leka dgn kenikmatan duniawi..tiada kenal erti dosa ..tiada tahu halal dan haramnya..
Betapa terasa kerdil dan tiada kekentalannya kerana hanya mampu berdoa jauh di sudut hati agar mereka kan diberikan Nur keinsafan..dan menjadi Umat Baginda yang setia....

Semoga kita sekalian sentiasa diteguhkan iman ...

*** Peristiwa kewafatan Rasulullah ini berlaku ketika pagi hari Isnin dua belas (12) Rabiulawwal tahun kesebelas (11) Hijrah di waktu usia Rasulullah genap enam puluh tiga (63) tahun dan empat (4) hari. ***

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran