CETUSAN MINDA

Tanda-Tanda Kematian...

Teringat pada tazkirah kaunselor pasal tanda2 kematian..memang menarik..
Bila ingatan itu dtg..terus mencari topik berkait dlm internet..Alhamdulillah..inilah dikatakan info di hujung jari..:)




100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya
dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya.
Walaubagaimanapun,semua org Islam akan mendapat tanda
ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini
akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dr hujung rambut sehingga ke hjg kaki
akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil.
Contoh seperti daging lembu yang baru disembelih di mana
jika diperhatikan dgn teliti,kita akan mendapati daging tersebut
seakan bergetar.Bagi mereka yg sedar & berdetik di hati bhw mungkin
ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti & hilang setelah
kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bg mereka yang tidak diberikan
kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian,tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa
sebarang munafaat.
Jadi bg mereka yg sedar kehadiran tanda ini,maka ini adalah
peluang terbaik utk manfaat masa yg ada utk mempersiapkan diri dgn
amalan & urusan yg akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian
pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun
yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang
di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan
mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya
ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti

kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan
wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi
kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan
dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.



7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka
yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera
untuk makan.


3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita
selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita
tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya
akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur
masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan
jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan
merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu
di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar
keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu
keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan
seterusnya akan naik kebahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat
maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang
telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sumber : reformasi-malaysia





LISTEN TO QURAN

Listen to Quran