CETUSAN MINDA

Dengki & Irihati Biarlah Pada Tempatnya

Hadis :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari


Huraian :

1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati
melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan
sahaja.

2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih
dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan
hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati
terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:

i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu
yang
dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.

ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu
dijalan yang diredhai oleh Allah.

Sumber: Dakwah2U

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran