CETUSAN MINDA

Ayat Tersirat Wanita..!

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh
kain-baju sekali, yek.


Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa
macam nak jadi awek you je.


Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la
nama dia depan aku.


Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa
dua ekoq gak yang seronok.


Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira!
Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Sumber : 1001RahsiaDiri

Ulas sikit:

Pompuan ni..penuh dgn kesopanan dan kelembutannya..hinggakan di sebalik
kata-katanya ada yg membawa makna yg tersirat..tak ke gitu?!.. :)

4 comments:

a kl citizen said...

benar.. hanya jauhari yang mengenal manikam

Pn Kartini said...

yesszaa..! :)

Abd Razak said...

Salam...:)

Padah jak terus terang owh...boleh sik??

:)

Pn Kartini said...

Salam..:):)
Boleh ..boleh...boleh..
Cuma bila ada maksud tersirat tukkk..lembuttt jakk dengar..!!Control anggun tukk:):)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran