CETUSAN MINDA

..JANGAN Beri SEMUA...



"Andai dinda menjadi bunga...kanda menjadi kumbangnya
Andai terpisah di lautan berapi...akan diri renangi jua..
Cinta kasih di hati ini sepenuh jiwa & raga
Ibarat bintang di langit... buih-buih di lautan..
yang tiada tolak tandingannya... "


Sabda Rasullullah SAW,
" Cinta kasihmu kepada sesuatu perkara membuta & menulikan engkau"

(Riwayat At Tarmizi)



Rasullulah SAW pernah bersabda :

"Cintailah,kasihilah kekasih (orang yang engkau cintai itu)
sekadarnya sahaja kerana suatu masa nanti
mungkin ia akan menjadi orang
 yang engkau benci...
Dan
Sekiranya membenci seseorang,bencilah seseorang sekadar sahaja
kerana mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi orang
yang engkau kasihi.."


Sebegitulah Rasulullah memberi panduan & bimbingan
kepada kita betapa perlunya mengawal & mendidik jiwa
agar cinta kasih yang berputik di hati tidak diberikan semuanya...
tetapi  perlu jua ditinggalkan sedikit waspada,
sedikit kebencian
atau 
sekelumit kemarahan...
Agar apa jua yang berlaku di kemudian hari
masih terdapat ruang pemikiran 
serta kewarasan
dengan tiada rasa 
kekecewaan yang 
membuak ...



Mencintai,Merindui,
Mengasihi manusia
seharusnya sekadar-kadar sahaja
Melainkan mencintai 
ALLAH  &  RASUL-NYA
Perlu dengan sepenuh hati ,jiwa dan perasaan..
Kerana Itulah 
 Cinta Hakiki Yang Abadi.






Olahan sumber  :  Majalah Anis/Bil. 175-Mac2012

11 comments:

Acik Erna said...

Assalam tini..menarik..akak suka..alhamdulillah dari dulu dah akak pegang kata2 ini..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...:)

Moga kitak terus dikurniakan Allah kesihatan yang baik serta jiwa yang tenang dalam beribadah kepada~Nya..aamiin

Cinta itu indah dan apabila kita mencintai Allah pada hakikatnya kita akan beroleh segala-galanya.

Alangkah bertuahnya jika cinta kita benar, pasti kita akan sentiasa bersama kebenaran dan akan bersama dengan cinta itu di akhirat kelak.

:)

MulutPayau said...

perkongsian yg menarik...terima kasih dik...

Nur-nba said...

Betul tu kak.. setuju sangat.

Ros said...

Assalamualaikum Pn Kartini,

Betopi tu...,cinta sejati hanyalah pada Allah SWT..

Kunang-Kunang said...

Salam Sis Tinie,

Cinta Allah cinta yang abadi sebab Allah kekal buat selamanya.

Cintakan manusia, kita akan berpisah jugak bila tiba waktunya.

Kamsiah said...

salam
bersederhanalah dalam segala hal..baik menyayangi mahupun membenci....
begitu jugak dalam pergaulan...

Tinaz said...

Dear...with salam ^_^


Cinta ALLAH adalah kunci segala-galanya.
Jika semua manusia cinta ALLAH, semua masalah akan selesai.

Manusia derhaka dan melakukan kemungkaran
kerana tidak cinta ALLAH.

Ahli maksiat mempertahankan budaya maksiatnya
kerana tidak cinta ALLAH.

Pemerintah tidak adil dan menzalimi rakyatnya
kerana tidak cinta ALLAH.

Para pentadbir khianat dan rasuah
kerana tidak cinta ALLAH.

Akhirnya, yakinlah pejuang-pejuang agama terkandas dalam perjuangan
kerana belum cinta ALLAH.

mamaijat said...

.....Cinta pada yang agung adalah cinta terindah dan melebihi segala2nya..

cinta,kasih dan sayang sesama manusia kadang2 merumitkan.....

Cikli said...

bila cintakan Allah dan Rasul, kita akan mengasihi orang lain yang patut kita cintai terutama ibu dan ayah.

Zaitun said...

Salam Tinie...betul tu jangan benci orang lebih2 nanti itulah orang yang paling disayangi.

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran