CETUSAN MINDA

Checklist Isteri Bekerja..



PENAMPILAN  :

-  Penampilan isteri di tempat kerja direstui suami & tidak bercanggah dengan Islam
Cth. - mengenakan pakaian berwarna pastel berbanding warna-warna terang
yangboleh menarik perhatian ramai

-  Tidak berpakaian ketat seperti memakai kebaya yang menyerlah susuk tubuh

-  Tidak mengenakan baju yang diperbuat daripada material yang jarang
kerana ia membuat kelihatan seksi




PERGAULAN  :

-  Menjaga nada suara ketika bergelak ketawa bersama rakan-rakan
biarpun ketika bersama rakan sekerja perempuan

-  Menjaga aib suami dengan tidak menceritakan perihal rumahtangga
kepada rakan-rakan

-  Tidak bercakap mahupun bergurau secara lampau atau menyalahi adab

-  Tidak berhubungan rapat dengan rakan sepejabat berlainan jantina
kerana ia boleh membawa fitnah!



 SIKAP  DI RUMAH  :


-  Elakkan membawa balik kerja ke rumah kerana masa yang ada di rumah
seharusnya diperuntukkan kepada suami & anak melainkan
jika suami mengizinkan.

-  Kurangkan bercerita hal tempat kerja yang remeh temeh kepada
suami kerana suami juga mungkin mempunyai masalahnya
yang tesendiri di pejabat.

-  Tidak melewat-lewatkan waktu pulang ke rumah sehingga suami perlu
menunggu lama di rumah melainkan jika mempunyai hal penting.




 Olahan Sumber - Anis Bil 176 April 2012




9 comments:

kakcik said...

Assalamu'alaikum adikku Tinie...

Selalunya kakcik balik ke rumah bersama suami. Kalau Along habis kerja cepat, dia akan ambil kakcik dan kakcik tiba ke rumah lebih awal dari suami. :)

MulutPayau said...

kalau berbual dan bergelak ketawa dgn rakan2...mmng tak ingat dunia...lepas ni kena kntrol sikit...hehehe...

Kamsiah said...

salam
kalau lah semua isteri bekerja faham dan amalkan perkara2 tersebut...tak la terjadi curang mencurangi pasangan...

Abd Razak said...

Assalamualaikum kitak..:)

Moga kitak sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik dalam menyempurnakan ibadah kepada~Nya..

Kamek sebagai orang lelaki harus sentiasa mengingati kaum wanita bawah jagaan kamek tentang peringatan kitak tok dan tidak melampaui batas-batas syariat.

Terima kasih kitak..:)

Acik Erna said...

assalam tinie..terima kasih..kongsi
alhamdulillah sentiasa menjaga adab sebagai seorang isteri..

adol ihsan said...

Salam..

Waaahh.. menarik informasi ni ..
Moga ramai perempuan di luar sana boleh menjaga adab sebagai seorang isteri dengan baik ..

Zaitun said...

Salam Tinie...Kalau adap dijaga taklah berlaku perkara2 yang tak diingini.

Kak Zai rasa isteri yang tak bekerja pun patut menjaga adap sebagai seorang isteri.

Teacher Basariah said...

salam..alahamdulillah sejak dapat pindah semenanjung dan duduk dekat dengan suami ni, jarang sekali saya bawa balik kerja ke rumah kecuali terpaksa..sekarang?lagila..balik je terus lentok atas katil..lembik..hehe

Cikli said...

"suami saya yang mahu saya nampak seksi begini," kata seorang kerani yang cun lagi seksi.

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran