CETUSAN MINDA

...."TERBAWA" balik!....


:P
Harap teman sekalian masih ingat n3 lepas
tentang Checklist Isteri Bekerja!
Antara senarai berkenaan
Mungkin 1 tabiat tuan blog susah nak elak..
iaitu....
:
:
:
:
:
V
...ter'bawa' balik kerja ke rumah!!
erk!
:P:P


Dalam pening nak buat itu ini...
Beralih kejap ke blog
Tapii!!
bila masuk je blogger dashboard..nak taip n3 ni
Aikss!!
Lain lakkk formatnya!
UHHhh!!
Tak suka!!
Sebab lum 'mesra alam' lagi dengan setting baru nii..
GRRrrrr..!


Anyway..
Untuk  teman sekalian
Maaf ya...
andai belum  berkesempatan menjenguk blog kalian...


i'm very busy right now...
uhh!
:(


Checklist Isteri Bekerja..



PENAMPILAN  :

-  Penampilan isteri di tempat kerja direstui suami & tidak bercanggah dengan Islam
Cth. - mengenakan pakaian berwarna pastel berbanding warna-warna terang
yangboleh menarik perhatian ramai

-  Tidak berpakaian ketat seperti memakai kebaya yang menyerlah susuk tubuh

-  Tidak mengenakan baju yang diperbuat daripada material yang jarang
kerana ia membuat kelihatan seksi




PERGAULAN  :

-  Menjaga nada suara ketika bergelak ketawa bersama rakan-rakan
biarpun ketika bersama rakan sekerja perempuan

-  Menjaga aib suami dengan tidak menceritakan perihal rumahtangga
kepada rakan-rakan

-  Tidak bercakap mahupun bergurau secara lampau atau menyalahi adab

-  Tidak berhubungan rapat dengan rakan sepejabat berlainan jantina
kerana ia boleh membawa fitnah!



 SIKAP  DI RUMAH  :


-  Elakkan membawa balik kerja ke rumah kerana masa yang ada di rumah
seharusnya diperuntukkan kepada suami & anak melainkan
jika suami mengizinkan.

-  Kurangkan bercerita hal tempat kerja yang remeh temeh kepada
suami kerana suami juga mungkin mempunyai masalahnya
yang tesendiri di pejabat.

-  Tidak melewat-lewatkan waktu pulang ke rumah sehingga suami perlu
menunggu lama di rumah melainkan jika mempunyai hal penting.




 Olahan Sumber - Anis Bil 176 April 2012




..Masih Ada Yang Ingat....


Tadi..
Program Temu Mesra di sekolah 
Sempat ditegur bekas anak murid...
Dari jauh..memang guru dah dapat cam wajahnya
cuma biasalah..
nak ingat nama memangggg lemah!
Aduhai..
Bila berjumpa...rupanya dia my ex-student spm 2005!!
" Cikgu...saya dah habis belajar.."
" belajar apa yaa?"
"..MEDIC!.." 
Uhh!!


" Terima kasih banyak-banyak Cikgu.."
" Aikss!....tak dek apa lah cikgu niii..."
"Mana ada cikgu!....Sebab cikgu saya minat bio!!.."

uhh!
Terharu ..! 






Bukannya apa..
Bila anak2 murid ke menara gading
terasa lepas tanggungjawab guru
dalam mencipta kejayaan mereka...
Namun..
Tidak sangka pula
rupanya..
masih ada yang menghargai
&
mengingati 
gurunya 
ini..


:)
Thanks my dear!



...Kena 'CIUM'..



Hari ni...
TERCIUM !!!!!
uhhh!

Cium siapa yaa????

Jap!!!
:
:
:
:
:
:

:
:
:
V

OpS!
hehehe...
Tak peee!
Dah ditakdir kete Getz purple kena cium benda alah ni
huhuhu..
Memang tak perasan langsung !
Mujur tak terpancut air pili bomba nii....
kalau tak ...lagi haru biru
gempak lak nanti!
heheheh.. 

Alahai..
 Kiranya tanda kenanganlah kan
sempena hari last berkursus!
erk!

:P










...Hitung KESYUKURAN..




Sering terjadi kita hanya fokus kepada ujian & musibah
 yang melanda dalam hidup.
Kita terlalu
 MEMBESARKAN
derita,kesusahan,keperitan yang terbeban di pundak rasa.
Dalam masa yang sama,
kita selalu MEMBUTAKAN MATA
terhadap kilauan nikmat yang bergemerlapan di sekeliling.
Sedangkan kita sebenarnya tersangat MEWAH & KAYA
dengan KENIKMATAN.
Segala nikmat yang dicurahkan dari Yang Maha Penyayang
sering  kita lupuskan dari sanubari & ingatan.
BENARLAH!
Kita hanya asyik mengira kesukaran tetapi
lupa untuk menghitung 
KESYUKURAN.
:
:
:
:
NIKMAT YANG DINISBAHKAN 
DENGAN DUNIA
:
:
V

*   Kita mendapat NIKMAT DIRI & KESEMPURNAAN susuk tubuh
Kita beroleh pelbagai KESENANGAN & KESELESAAN
Kita dihindar dan dijauhkan daripada segala MUSIBAH & KECELAKAAN

Renungkanlah....
Betapa berharganya nikmat bernafas..
Turun & naik nafas yang berlaku dalam disiplinnya yang sempurna.
Adakah pernah kita merasainya sebagai satu yang
SANGAT BERNILAI??

Perhatikan fakta berikut...
&
Lemaskan hati dalam LAUTAN KESYUKURAN
yang tersangat dalam....:

*  Setiap Seminit Manusia bernafas sebanyak 16.53 kali
* Satu jam : 992 kali
*  Satu hari : 23,809 kali
* Satu Minggu  : 166,666 kali
*  Satu Bulan : 714,280 kali
* Satu Tahun  :  8,571,428 kali.

Bayangkanlah...
Kalau kita dikenakan bayaran bagi setiap kali tarikan nafas tersebut...!!


Maka..

SYUKURLAH  PADA NIKMAT YANG DIBERINYA.... 

ALHAMDULILLAH...


p/s :
Sumber: Petikan dari bahan bacaan Anis Bil 173/Jan 2012

- Sempat bern3..sebelum ke tempat kursus!
Sekadar mengingatkan diri..
agar tidak terlalu menghitung kesukaran atau
kepayahan..
Moga terus ikhlas dengan amanah yang diberi...
:)
InsyaAllah



...Banyaknya ' Bukti'!!..



Hari ni kursus..
Esok hari lastnya..
Tadi..
'Kenyang' dengan ..
Band1,Band2,Band3,Band4,Band5,Band6

"Tahu...Tahu&Faham...Tahu,Faham& Boleh Buat....
Tahu,Faham,Boleh Buat dengan Beradab...
Tahu,faham& boleh buat dengan beradab terpuji....
Tahu ,faham& boleh buatndengan beradab Mithali.... "
 erk!
Mata berpinar dengan....
Deskriptor-deskriptornya..
Terkedu dengan 81 evidens ...
Minda mula mencongak jumlah pentaksiran...
:
:
V
Seorang pelajar ditaksir dengan 81 evidens kerja Sains
Jumlah pelajar Tingkatan 1 diajar =  95 orang
Jumlah evidens perlu ditaksir =  95 orang  x 81 evidens 
bersamaan
:
:
:
:
V
7695
ermmmmmm....
Tak ke
 Banyak Bukti tuuu.....
(huhuhuh...) 

:p


 Kerja penilaian  berterusan sepanjang tahun
dan perlu dikemaskini sentiasa secara On line!
Kelak siap ada projek mini dan midinya untuk seseorang pelajar
Semua ini penting untuk menentukan kedudukan 
BAND seseorang pelajar nanti..
 ermm....


 ....Sebahagian binaan instrumen yang perlu diperbaiki ...huhuhu...

So..
siapa cakap yaa kerja guru
 relaks?
:p


Okk..
 Bukan nak mengeluh...
Sekadar berkongsi di ruang blog sendiri
Menaguk aura positif agar bisa melaksana sebaik
 yang mungkin dengan nilai integriti
yang baik!

INSYAALAH...

:)


p/s: 
Mana2 perkataan yang tidak difahami abaikan ya...
kerana  perkataan/istilah  berkenaan
hanya akan difahami bila kalian ke kursus PBS
Nak Join kee...??
Ops!
;)



















..JANGAN Beri SEMUA...



"Andai dinda menjadi bunga...kanda menjadi kumbangnya
Andai terpisah di lautan berapi...akan diri renangi jua..
Cinta kasih di hati ini sepenuh jiwa & raga
Ibarat bintang di langit... buih-buih di lautan..
yang tiada tolak tandingannya... "


Sabda Rasullullah SAW,
" Cinta kasihmu kepada sesuatu perkara membuta & menulikan engkau"

(Riwayat At Tarmizi)



Rasullulah SAW pernah bersabda :

"Cintailah,kasihilah kekasih (orang yang engkau cintai itu)
sekadarnya sahaja kerana suatu masa nanti
mungkin ia akan menjadi orang
 yang engkau benci...
Dan
Sekiranya membenci seseorang,bencilah seseorang sekadar sahaja
kerana mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi orang
yang engkau kasihi.."


Sebegitulah Rasulullah memberi panduan & bimbingan
kepada kita betapa perlunya mengawal & mendidik jiwa
agar cinta kasih yang berputik di hati tidak diberikan semuanya...
tetapi  perlu jua ditinggalkan sedikit waspada,
sedikit kebencian
atau 
sekelumit kemarahan...
Agar apa jua yang berlaku di kemudian hari
masih terdapat ruang pemikiran 
serta kewarasan
dengan tiada rasa 
kekecewaan yang 
membuak ...



Mencintai,Merindui,
Mengasihi manusia
seharusnya sekadar-kadar sahaja
Melainkan mencintai 
ALLAH  &  RASUL-NYA
Perlu dengan sepenuh hati ,jiwa dan perasaan..
Kerana Itulah 
 Cinta Hakiki Yang Abadi.






Olahan sumber  :  Majalah Anis/Bil. 175-Mac2012

...10B..



p/s:
Gambar yang disnap dari Bilik Mesyuarat Sekolah!
:p



..Bersawang..



Perasan atau tidak..
Rasanya dah lama tuan blog tidak meng-update blognya..
Dah hampir bersawang blog CM ni kut..
 ermm...

Tup2 pagi ni muncul pula tuan blog
sapu mana2 sawang yang ada...
memecah ke'sunyian' blog 
Agar masih ada yang sudi mengikuti blog CM 
yang tidak seberapa ini.

Cerita hari ni??
:
:
:
:
V
 Tuan blog CRK

Apa kes??
:
:
:
V
Ubat yang 'wajib' ada dalam simpanan....
 Ubat ini kepunyaan
:
:
:
:
:
:
:
V
 ....biasalah dia...bila batuk + selsema..melarat ke demam...

Alhamdulillah..selepas makan ubat tadi
demam dah mula kebah..
:)

Cuma tuan blog lakk yg...
:
:
:
:
:
V
...ubat yang  'wajib' dalam simpanan tuan blog!
erk!


Rasulullah saw bersabda :

" Tidaklah seseorang muslim tertimpa
kelelahan,sakit,gelisah,
sedih,susah atau rasa sakit
meskipun hanya duri yang menusuknya,
melainkan segalanya itu akan
menjadi penebus
kesalahan-kesalahannya.."

(Hadith riwayat Bukhari - Muslim)





LISTEN TO QURAN

Listen to Quran