CETUSAN MINDA

...U Shut Up!!!!


Pagi masa sarapan...
Berpesanlah makbonda kepada anak  :

Makbonda:
"Bila dalam kelas...buat kerja cikgu....jangan banyak cakap.."

Anak  :
 "Ok....Aisha nak diam je hari ni.."

Makbonda  :
 " Kalau ada yang nak cakap...beritahu Aisha nak buat kerja..
nanti cikgu marah"

Anak  :
 " Okkkkk...Aisha nak cakap kat kawan Aisha"
:
:
:
:
:
:
:
:
V
" YOU  SHUT  UP!!"
" Makan t**i   Badak"


Makbonda:
"Hahhh!"

Berpantun dua kerat lakkk diaaaa...
Makbondanya ni pun tak reti nak berpantun2 ..
Pandai lakkk diaa
huhuhu...

Ini lee rupa budak berpantun 2 kerat
:
:
:
:
V

  ..." Aisha dengar masa sekolah pra-sekolah dulu..Kawan Aisha cakap..."

Aduhaii..
Ingat pulak dia tuuhh!!




...Masalah LEMAK di PERUT??..



Bagi yang menitik berat penampilan..
adalah menjadi satu masalah besar bila di dapati berlaku 
perubahan bentuk fizikal yang tidak lagi langsing seperti dahulu !

Masalah LEMAK di PERUT yang mengundang kepada kebuncitan
merupakan satu contoh masalah yang boleh mendatangkan kegusaran di hati
 terutama pada kaum wanita!
Maka pelbagai cara yang difikirkan dan dilakukan bagi mencapai
 impian yang memuaskan..


TAHUKAH ANDA....

TERDAPAT  7 JENIS  MAKANAN YANG  BOLEH  "PERANGI" LEMAK PERUT :

Dengan hanya melalui pemakanan,
kita mampu memerangi lemak perut tanpa perlu berlapar!



1- OAT



Lupakan nasi lemak,roti canai atau mee goreng saat bersarapan pagi.
Gantikan dengan pengambilan OAT yang sememangnya kaya serat.
Kandungan serat boleh membantu mengurangkan kadar gula dalam tubuh.
Ia akan membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama selain melancarkan sistem penghadaman.
OAT juga membekalkan kita protein,vitamin & mineral yang diperlukan untuk menurunkan berat badan.
Kandungan karbohidratnya- fruktooligosakarida mampu merangsang pertumbuhan bakteria baik yang penting untuk merangsang kesihatan usus.









2-  SAYURAN



SAYURAN mentah seperti salad adalah sumber serat & antioksidan yang baik untuk tubuh.
Dengan mengambil lebih banyak SAYURAN,
ia boleh memberi rasa kenyang tanpa meningkat jumlah kalori.
Makan pelbagai SAYURAN terutama 
sayuran hijau seperti bayam & brokoli
 yang kaya vitamin & mineral bagi membantu membakar lemak pada
 perut selain menyediakan kita pelbagai nutrisi penting 
termasuk kalsium,magnesium,
protein,zat besi,kalium,
Vitamin C,A dan B.






3- DAGING TANPA LEMAK




Diet bukan bermakna kita perlu 
melupakan sumber protein.
Sumber protein seperti 
DAGING TANPA LEMAK
 merupakan salah satu makanan paling penting dalam program 
penurunan berat badan.
Namun elakkan pengambilan daging
 yang mengandungi lemak atau yang dimasak dengan santan.
Selain daging tanpa lemak,kita juga boleh memilih daging putih seperti 
ayam dan ikan.






4- GANDUM




Makanan yang diperbuat 
daripada 
Tepung  GANDUM
 (whole grains)
mengandungi serat,asid folik,
vitamin E,magnesium dan semua zat
 yang diperlukan untuk mengurangkan lemak perut.
GANDUM menjadi sumber yang baik
 untuk memperoleh karbohidrat kompleks disamping  membekalkan tenaga 
secara efektif kepada 
tubuh kita.
GANDUM penuh mampu
 menambah serat dan vitamin B kompleks dalam pemakanan
 seharian kita.






5- TELUR




Cara lain yang mudah untuk perangi
 lemak perut adalah dengan 
pengambilan protein.
TELUR merupakan sumber protein yang baik,kaya vitamin dan lemak 
yang mudah dihadam.
TELUR juga merupakan punca 
mineral perlu & mengandungi kalori 
yang rendah.
 TELUR juga mengandungi nutrisi lain seperti vitamin B12 yang membantu 
tubuh membakar lemak.
Biarpun ramai orang takut makan telur kerana kolesterol,
tetapi sebenarnya 
choline dan phosphytidylcholine
 dalam kuning telur membantu mengelakkan longgokan kolesterol
& lemak dalam hati 
serta
 pembuluh salur darah.




6- MINYAK  ZAITUN



Lemak sihat adalah bahagian penting dalam kepada tubuh dalam membantu menghancurkan lemak perut.
Salah satu makanan yang mampu menghasilkan lemak sihat dalam tubuh adalah 
MINYAK ZAITUN.

Tambahkan sedikit MINYAK ZAITUN
ke dalam sayuran atau salad agar 
lebih enak dimakan selain 
membantu membakar 
lemak perut.
Banyak kajian pakar sains menunjukkan
MINYAK ZAITUN merupakan sejenis antioksidan yang diperlukan
 untuk memerangi kolesterol jahat yang menyumbat arteri jantung,
yang merupakan penyebab utama 
serangan jantung. 










7- KACANG  ALMOND







Kajian yang dijalankan di 
Universiti Purdue 
mendapati bahawa individu yang makan KACANG ALMOND
akan berasa kenyang dengan lebih lama berbanding individu yang makan
 nasi atau kek.
Amalkan makan lebih daripada 24 biji KACANG ALMOND
sehari untuk menghilangkan 
rasa lapar tanpa mendapat kalori 
yang berlebihan.
Namun elakkan daripada mengambil KACANG ALMOND 
yang telah diproses & mengandungi garam tambahan kerana 
boleh meningkatkan 
tekanan darah.















Sumber  :
 Bahan bacaan Harmoni/Februari 2012

...Lapangkan Hati...















:)

Moga Kita Mendapat Manfaatnya Bersama...

InsyaAllah...


... Makanan & Mood....





 
Pakar nutrisi telah lama mendapati bahawa
MOOD manusia dipengaruhi oleh 
BAHAN KIMIA 
tertentu di OTAK.
Mereka mendapati banyak ZAT NUTRISI
 dalam makanan yang dapat mempengaruhi keadaan
 & 
sistem saraf Otak.







Berikut Antara Makanan
  & 
Kesannya pada Mood Kita  :



- SENTIASA  BERTENAGA -

Sayuran Berdaun Hijau,Labu & Brokoli

Di dalam makanan ini terkandung mineral penting seperti 
ZAT BESI,MAGNESIUM & POTASIUM
yang dapat mencegah ANEMIA .
Masalah anemia akan membuat kita lemah,
tidak bersemangat & mudah  cemas!

- MENGHINDARI  PMS  -

Susu & Semua Produk Tenusu,Dadih,Keju,Brokoli & Buahan Kering

Makanan yang kaya KALSIUM ini bukan sahaja membantu pembentukan & menguatkan tulang,tetapi juga mencegah hadirnya mood kurang baik semasa haid,selain mencegah keinginan untuk mengunyah yang berlebihan!
Makanan kaya kalsium juga dapat membantu mempertahankan fikiran agar tetap tenang & seimbang.



- AGAR LEBIH GEMBIRA -

Sayuran Hijau seperti Bayam,Daging Lembu,Makanan Laut & Pisang

Makanan ini mengandungi MAGNESIUM yang membantu meredakan rasa gelisah,sedih & bingung.


- AGAR TIDAK MUDAH MARAH -

Bit,Kubis,Saleri,Buah-buahan & Sayuran Segar

SERAT dalam makanan membantu melancar sistem pencernaan.
Menurut pakar nutrisi,pencernaan yang lancar akan membuat seseorang berasa lebih gembira.Gangguan sistem pencernaan bukan sahaja menimbulkan rasa tidak selesa tetapi juga dapat membuat kita mudah tersinggung dan marah-marah!


- TAJAM FIKIRAN -

Bijiran,Roti,PastaGandum Penuh,Nasi Putih,Kekacang,Ikan,
Susu,Sayuran & Buahan Segar

Makanan ini mengandungi VITAMIN larut air seperti 
VITAMIN B KOMPLEKS
(Tiamin,Riboflavin,niasin,pyridoxine & kobalamin) 
yang membantu fungsi otak dan sistem saraf agar bekerja dengan baik.
Nutrisi pada makanan ini juga meningkatkan peredaran darah ke otak 
& mengubah makanan yang kita makan menjadi tenaga
 yang diperlukan oleh otak.
VITAMIN B akan meningkatkan fungsi neurotranmitter otak 
& meningkatkan kemampuan untuk berfikir,
belajar & berimaginasi.


- AGAR TETAP TENANG -

Bijirin,Gandum Penuh,Kekacang,Ayam,Ikan,Telur,Susu &
Produk Tenusu,Buahan & Sayuran Segar.

Makanan ini mengandungi ANTIOKSIDAN,VITAMIN A,C,E,BETA KAROTENA,SELENIUM,ZINK & Banyak lagi.
Semua ini merupakan nutrisi yang membantu menghilangkan tekanan lantas membuat kita lebih rasa tenang.



...Kecik Je Dulu..


 Dah lama tercari-cari gambar nii...
Ingat dah terdelete!
Rupanya masih elok tersimpan dalam tepon lama...
Saje nak diletakkan di sini
Sebagai kenangan tuan blog
:
:
:
:
V
 ....Nampakkan...dadanya...
Nampak dalam sangat lekukannya...
Sayu sangat2 masa pertama kali  melihatnya..
:
:
:
:
V
Dan hari ini..
Yang kecik je dulu tuu...
dah sebesar ini.....
:
:
:
:
:
:
V
 ...Alhamdulillah...

Bila direnung2kan dulu2..
dan sehinggalah ke hari  ini..
Memang benarlah...
:
:
:
V


Syukur...
:)



** Untuk  Sis Hazeleyed,....tini dah tunai yaa 
permintaan akak untuk post gambar  latest Aisha
;)








..Pesanan Berguna..










Bila dihayati semula bait-bait  senikata
Memang satu pesanan berguna khas buat anak2 didik sekalian
Kadang2...
Melihat anak2 didik yang hanyut dibuai keseronokan...
Memang buat diri rasa terkilan..
Andai setiap hari ...
Ada sahaja ...melihat mereka bersenang-lenang di sudut tangga..
Andai setiap kali solat....
sentiasa ada adegan berkejar-kejaran...
Ada pula yang sanggup memanjat pagar..
kerana malasnya berjemaah...
Hati mana yang tidak gundah kan...
Namun,
Hati sedikit berasa terpujuk bila
Setiap kali mengingati kata2 seorang ustaz
 :
 :
V
"Jangan kita melabel seseorang..."
"Jangan sesekali kita melihat seseorang itu tiada berguna...
melabel seseorang itu tidak baik!
Sekali Tuhan membukakan pintu hati mereka menerima hidayah...
Pasti mereka kan berubah..
Dan mungkin pada masa itu...mereka lebih baik dari kita....."
:
:
:
:
:
V
...Ini hanya rakaman di dunia...
bisa kita gagah melarikan diri...
Namun,
kealpaan kita membuat diri terlupa
Ada Yang Maha Melihat 
Di sana...
Moga hati-hatimu kan menerima hidayahNya..
dan terbentuk akhlak 
Permata hati bonda.....
Harapan agama....
Harapan bangsa...



Mudah-mudahan
mereka kan berubah & terbentuk dengan akhlak yang
CEMERLANG ...


InsyaAllah...




....Saje Me-'REPORT'


Assalamualaikum...

Alhamdulillah...
Dah masuk seminggu...
Dan tinggal  seminggu lagi ...
makbonda di Tanah Suci 
Tiada khabaran sebenarnya...
Namun didoakan mereka dalam keadaan sihat walafiat &
dipermudahkan mereka dalam mengerjakan ibadah di sana...
InsyaAllah..



Sehubungan itu juga leee...
bermakna 2 minggu laa juga orang sini
Tak dek buat
 LAPORAN  ITU ..ADUAN INI..
LUAHAN ITU..LUAHAN INI...
CERITA  ITU..CERITI INI......!!
ermmm...
:(
 Kalau takkkkkk...
petang2 mesti makbonda kena kacau dengan anak2 yang suka 'bergayut' dengan pelbagai versi ceritanya...menyampai berita2 terkini yang mungkin tak berapa nak sensasi..mengadu masalah itu ini lee..cit cat ini..pok pek itu...bla..bla...bla...
Kadang2...penat lelah dengan aktiviti2 kerja seharian..bila dapat cakap dgn makbonda
terubat juga....releaseeeeee pe!
Uhh!


Pe2...
Tak nak banyak citer...
Tuan blog sedang mengumpul aura & mood sebenarnya
(.........terasa sayuuuuu je di hati.....!uhuhu...)
dalam kesibukan agenda itu ini...yang setakat ini bertubi2 mendatang
Namun InsyaAllah..
Selagi ada kudrat dan dengan izinNya
bisa ditempuhi!
:)

ermm..
dengan lunch segelas air teh + biskut kering munchy's
Harap ada tenaga nak ke padang..untuk latihan sukantara lak!

Menghampiri 4.00 pm...
InsyaAllah berangkat!
Yang pasti...
akan ...

BERPANASAN 
di tengah padang!

Ok..ok..
Smile!

;)


... Penyucian Jiwa......


Hari ini
12 .02.2012
:
:
:
:
:
:
:
V

Untuk Yang dikasihi
Bonda,Abang,Kakak & Adik

Selamat Menunaikan Umrah
Moga dipermudahkan segala urusan
Diberikan kudrat & kesihatan yang baik
Sepanjang berada di Tanah Suci...
:
:
:
:
V
...Lambaian Kaabah buat Bonda..Abang...Kakak....Adik......
( ...gambar dari koleksi haji kakak 2010...)



Semoga Selamat Sampai
&
 Selamat Kembali Nanti.....

SEMOGA SEMPURNA SEGALA IBADAH ...

Amin..




.....Bila Silap Sebut!!..



Dialog semalam..

Makbonda tanya..
" Sha...esok nak bawa bekal apa kat sekolah .."
 "ermm...boleh tak bawak bubur..?"
(....semalam lunch & dinner Aisha dengan bubur....sebab Aisha sakit tekak+batuk+selsema+demam)
"Mana boleh....bekal makanan lainlah"

"ermmmmm....mak...,Aisha  bawak...
ROTI  KIAMAT lahh..."

"Ahhh!!....Aisha nak bawak pee..???"
(Saje tanya semula....sebab nak dengar dia sebut lagiiiii....!!!..)

"Bawak  
ROTI KIAMATTTTT"


Memang tergelak makbonda dibuatnya
Bila dengar anakanda sebut dengan confidenttt jeee tuu..!
Sesekali Aisha tersilap sebut
Memang lucu!
Aduhaiii....

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V
... "ROTI  KIAMAT "  Aisha!
(..pinjam  pic. dari Google!..)



:)







...Salam Maulidur Rasul..









Selamat Menyambut Maulidur Rasul





..Banyak Panggilan!...

Assalamualaikum..
:)

Menurut kajian sains,
semakin meningkat usia seseorang ..kekuatan daya ingatan akan berkurang
disebabkan banyak saraf neuron di otak merosot menyebabkan 
neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej 
dari satu neuron pada neuron lain turut  terjejas. 

:
V
Maka tidak hairanlah untuk orang sini
Nak ingatkan semua nama anak2 murid untuk semua kelas
memang problem juga!
Yalah kan...
purata untuk satu kelas lebih kurang 30 lebih pelajar
Bila dah mengajar 4-5 kelas..
maunya haru biru nak ingat semua!
ermmm..





Agak-agaknyalah kan 
Camtulah jugak lah kut  untuk  orang lain nak ingat nama orang sini..





Contohnya
Untuk tahun ni sahaja...
Rasanya banyak lakk panggilan orang sini terima...
Aduhaii
(er..er...susah sangat kee  nama orang sini....
ermmm.....no laaaaaaa...too simple maa...!!..) 
:p
Menjelang nak masuk hari persekolahan hari tu..
Orang sini dipanggil dengan nama 

 CIKGU MASKARTINI.. 
(..nama ala-ala indon gitu..!)
erk!
Then
Masuk awal tahun lakk...
di panggilnya..

 CIKGU PAKAI SPEC!
( ..memang pakai spec pun...!)
uhh!

&
The latest...
..masa  lam meeting..
dipanggilnya lak  kita


CIKGU GALAXY TAB!!!!!!
(..mana lee orang sini ada galaxy tab tuhh...setakat htc flyer tu ada lee...)
Uhhhhhhh!

Pernah sekali tu...
masa taklimat ringkas pagi
Orang sini terpaksa jawab msg kat phone
Dan ada kawan suruh jawab msg sorok-sorok skit..
Dengan spontan orang sini jawab...

"Tak pe...nanti-nanti dapat pula nama
CIKGU SONY ERICSSON!!!"


ermm..
 Terkedu juga kan...
bila dapat banyak panggilan nii..
Agak2 apa lakk lagi title yang dapat lepas ni yaaa..
Aduhai..

Pe2..



Keep SmiLinG
&
Be HapPY

:)








..Cerita DINGIN..



Kebelakangan ni
Lambat je nak update blog
Kalau nak buat alasannya..memang macam-macam
Tapi yang paling pasti----->  Aura berblog tak kunjung datang!
Hanya menunggu masa yang terluang....
tika semangat muncul menerjah

So....
n3 kali ni
Ingin tuan blog mengabadikan kenangannya di sini
Biarpun boleh dikatakan cerita yang ingin dikongsi agak DINGIN
Yalah kan...apa taknya....cerita cuti-cutian CNY hari tu...
(..sepertimana yang dijanjikan dalam last n3 !..)
Kiranya bukan lagi cerita PANASlah kann...
:)



DESTINASI  : 
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Tempat Penginapan Di sini  :
:
:
:
V
Pemandangan dari jendela/beranda bilik hotel..
Anakanda Aizad cam biasa...bawa sekali homework cutinya..
 dan sesekali disakat adiknya!
 
Kat hotel ini juga..
Pada petang sebelum CNY...kita dapat angpauuu
:
:
V
Angpau...RM 0.05 ...2 keping!
:)


Agenda seterusnya..
Keluar Jalan-jalan Cari Makan
Dan 
destinasinya
:
:
:
V
2-3 kali dah ke Melaka...cuma kali ni je baru dapat singgah 
ke
MEDAN IKAN BAKAR, UMBAI..
Memang sesak!
Macam2 makanan laut ada.....cuma yang jadi pilihan kita
Ikan Siakap Bakar berempah-Goreng Sotong Celup Tepung
-Udang Goreng Mentega-Kerang Rebus
(.......Kalau nak tanya menu pilihan---> Udang Goreng Mentega!
Yang kurenggggggggg ----> Sotong Celup Tepung Goreng!..)
Rege semua menu : 
:
:
:
V

Keesokan hari...
Sempat juga kita ke sini
:
:
V
 MENARA TAMING SARI MELAKA



Antara panorama sekitar Melaka yang sempat disnap!...Cantik kann!

Memandangkan 'Gyro Tower' ni bergerak pelan2...
jadi bagi yang gayat ketinggian rasanya 
No Problem!
:)
Mana2 nak mencuba... 
Tiket Dewasa : RM 10 dan Kanak-kanak  : RM 5


Dari Menara Ke Kapal Lakkk..!

MUZIUM  MARITIM

..Yang haru-biru..bila nak naik ke kapal ni.....banyak anak tangga!!!
So....just imagine!!!....dengan lutut yang tak OK...orang sini cuma jugak naik..!!
Uhhhh!!
Tiket masuk ke sini...Dewasa RM3 Kanak-Kanak  RM 1
:)


Dari Muzium Kapal Kita orang naik 'kapal bergerak lakk"
Actualy Aisha yang excited nak naik..
Si makbondanya  biasa jee...al-maklum lee..
dulu2 dah biasa naik SPEEDBOAT!!!
huhuhu...
;)
:
:
:
V
...agaknya sebab dulu2 dah naik SPEED bOAT...bila naik boat yang speednya kurengg..
lambat pula rasanya nak tunggu boat ni buat 1 pusingan...
hehehe..
Tapi tak pe...at least ..merasa juga naik boat kat Melaka niii
;)

Agenda hari seterusnya..
Ke sini...

:
:
:
V

ZOO MELAKA
Memang dah acap kali juga ke Zoo nii....cuma kali ni...
berpeluang naik KERETA LEMBU!!!
(...si aisha cakap...tak best sebab lembu tuuu jalan slow...!..
Aduhaii...kalau nak laju naik kuda leee ..aduhaii..)
Sekali satu pusingan naik kete lembu ni....hanya RM 10
:)


Oklah..
Dah hampir complete laporan Cuti-cuti Malaysia!
Sesekali Bercutian...
Memang seronok kan..
Biarpun dalam 'kaki yang tak OK.."
huhuhu..
;)















LISTEN TO QURAN

Listen to Quran