CETUSAN MINDA

..Berbezanya Raya...



Raya Tahun lalu...


Jelas terpancar keceriaan dan kegembiraan di pagi raya....
Senyuman yang menggambarkan
rasa bahagia bila berkumpul bersama
Terasa  keakraban nan utuh yang melengkapkan 
sebuah keluarga ....

Namun semalam.....
terasa  berbezanya raya  kali ini...
mendengar alunan takbir raya
bagaikan mendayu2 mengusik perasaan
Sememangnya diri kalah berdepan situasi
Namun cuba menjadi seorang yang kental di hadapan bonda..
Kerana diri mengetahui akan kerinduan dan kesayuan bonda 
bagaikan  tiada penghujungnya...
yang tidak bisa digambarkan dengan kata-kata
terhadap 
arwah ayahanda tersayang...

Terlerai seketika kerinduan
menziarahi pusara di pagi raya
dengan iringan doa  buat ayahanda tercinta
Agar bersemadi dengan tenang di sana....

..gambar dari google...


Al-fatihah.....


...Salam Aidilfitri..



Kad Raya tidak seberapa untuk teman sekalian....
Sudi-sudikanlah menerimanya
:)

Kepada semua teman 
tidak kira mana jua berada
Sempena menjelangnya Hari Raya tidak lama lagi
Diri mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf 
kiranya ada salah & silap sepanjang persahabatan
Memandangkan diri hanya manusia biasa 
yang pastinya tidak akan terlepas dari melakukan 
kesilapan yang mungkin tidak disedari 
terkasar bahasa...tersilap kata....
& jua  tindaktanduk yang mungkin
Membekas lara...Menoreh luka
yang bisa mengguris 
hati & perasaan..

Moga 
Ikatan Ukhwah berpanjangan...
InsyaAllah.. 

SELAMAT  HARI  RAYA  AIDILFITRI
MAAF  ZAHIR  &  BATIN


Kad Indah Dari Teman ...
Terimakasih untuk kad-kad raya yang cantik sekali!!


Drp  KakCiks

Drp KakAni

Drp DikNur



Drp Maiyah






Salam  Aidilfitri...


..Al-kisahnya membuahkan SENYUM!...



n3 kali ni nak cakap pasal kuih raya..
Biasalah kan...kuih raya...biskut raya...
memang akrab bila tibanya raya!

Tahun ini..
  tradisi buat kuih/biskut/kerepek 
brand 'tunjuk-tunjuk' diteruskan lagi oleh orang sini!!
Erk!!....
 (...psttt!!!..rasanya nak buat sekuk raya ni..perlu kesabaran tinggi pee!...

Tapi..
kat bawah ni nak tunjuk apa yang telah dibuat.......

1


2


3


Jangan salah sangka yaa..
semua yang di atas tuuu bukan orang sini yang buat yaaa....
Tapiiii...........
:
:
:
:
:
:
:
:
V
...ini lee yang tukang buatnya!!!!!

Guru pra-sekolah dedah kemahiran buat biskut raya kuttt...
 Satu kelas buatnya tuu...
:)

Yang nak gelak
 bila ditanya apa nama biskut ni....nak tahu apa anakanda cakap..
"BISKUT COP-COP"!
Aduhaii...........macam cop batiklah pulakkkk!!
(Pandai2 jee dia reka nama biskut tu...mentang2 biskut tu diterap2 guna acuannya!!..)

Dan
Citer Semalam..

Bila ambilnya dari umah babysitter..tengok2 ..tangan Aisha berinai lakk!
Berinai hanya sebelah tangan kanannya!!
Aduhaiii...
(......nak beraya2..pakai lakkk dia inai!!...)

Maka petang semlm...
terpaksa lee makbonda carikan inai kat kedai
dan pakaikan utk tangan sebelah kiri lakkk...
agar tak nampak janggal

&
hasilnya....
:
:
:
:
:
:
:
V
...model kuku berinai!...

:)

Sekian...
Catatan dairi kerenah anakanda....
yang pasti buat makbondanya tersenyum!



..Ada Nak Komen?..


Alhamdullilah...
Lam sibuk2 menanda paper trial biology..
Yang sememangnya ada sahaja yang 'menggoncang' perasaan bila mana
jawapan yang diberi pelajar tidak menepati apa yang diajar 'tok guru'nya...
Maka sesekali mengalih perhatian..
menyiapkan tugas yang diberi..apa lagi kalau bukan membuat pamplet!

Dan hasilnya..
Pamplet yang disiapkan tadi..

...muka depannya...Kejap nak letak gambar ketupat..kejap nak letak pelita..
last2..letak tulisan khat raya jeee...
(ermm...perasan atau tidak..gambar masjid tu pernah dijadikan kad raya blog CM 2010)
:)

...di belakang pamplet...

ermmm...


Agak2...
ada nak komen ? 


:)

..Ra..Khaa...Ghaaa...



...Ini Wajah Ceria


Ini lak wajah tak cerianya...


Zoommmm skit...
Tak dek senyum ...apa taknya... baru lepas 'hujan' !


Apa kes??

Petang semalam  ...ajar laa si Aisha baca iqra'nya..
Bila semek tuu asyik sebut 'Ra'...bila ditegur disebutnya "Khaa" 


Bila maknya asyik perbetulkan sebutannya...
mula2 ok lagi...
Tup2..
UUUwwwwaaAAaa!
Lorrr...nangis lakkk....
Sakan laakk makbondanya pujuk..Aduhaii...

 Malam semalam ngaji lagi iqra'nya



Dan sesi perbetul sebutan masih diteruskan...
ermmm....
:)



InsyaAllahlah kann....
nanti2 pandailah dia menyebut "Ghaaa" tu yaa
(...betul tak yaa ejaan ruminya ni..?!..)

:)





..Tidak Tergambar Kedahsyatannya..




Hari Kiamat itu sesuatu perkara yang benar sebagaimana benarnya 
setiap manusia ini akan mati... 



Allah berfirman dalam bermaksud:

“Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti akan datang,
tidak ada keraguan padanya…”

Surah al-Hajj ayat 7









Betapa tidak tergambar kedahsyatan hari pengakhiran dunia ini...







Andai Ini Ramadhan Terakhir...




















Animasi Bulan Ramadhan..



Animasi 1 :
Bila Berpuasa..Bangunlah Sahur!









Animasi 2 :
Sentiasa Bertenaga Dengan Bersolat!








Animasi 3 :
  Jangan Berpesta Makanan Pula!













Di Luar Buruk..Di Dalam Indah!..





Si buah Manggis...
Di luaran kulit tidak seindah mana
Hitam..Kusam..Gelap...Bertampok-tampok
Bagi yang menilai secara zahirnya...pasti dipandangnya sebelah mata
Namun
Di sebalik kekurangan luarannya...
ada kehebatan dalamannya yang tersembunyi..


Lihat keindahannya..
Terpelihara isi dek kulitnya
Yang tebal dan tegar dari anasir luar yang bisa merosak isi
Biar kulit luaran hitam..Namun isi dalamannya putih salju
Lagi penuh kemanisan.
Uniknya ia
Betapalah  jujur diibaratkan...


Lihat sahaja di bawahnya..
Bilangan sepal yang dizahirkan di bawah buahnya...
Adalah sama dengan bahagian isinya..

Itulah kehebatan Si Buah Manggis...


Di sebalik cerita Si Buah Manggis..
Andai direnung di dalam diri
Biarpun fizikal tidak menarik..Penampilan serba kekurangannya...
Namun andai hati bersih 
tiada hasad dengki,riak,benci,dendam,ujub,sombong dan lain-lain sifat mazmumah
Pasti kehebatan tiada bandingannya!

Begitu juga kejujuran di hati..
Biarlah apa yang diluah dari kata-kata menyamai kata-kata di hati
Jangan pula
Mulut kata Sayang.....Hati kata Benci
Di depan bermanis muka..Berkata Indah
Di belakang lain pula ceritanya!





** 
 Olahan Sumber : Bahan bacaan bertajuk 
" Peringatan Buat Diri"-W.M Nazif W.M Nori



LISTEN TO QURAN

Listen to Quran